PUTRAJAYA 20 Mac - Sebanyak 1,000 siswazah akan dilantik sebagai guru kontrak di bawah program Tenaga Pengajar Secara Kontrak dengan peruntukan RM48 juta.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, guru-guru yang terpilih dijangka dapat memulakan perkhidmatan selewat-lewatnya pada Mei ini.

Beliau berkata, peluang tersebut dibuka kepada semua peringkat pencari kerja sama ada siswazah atau mereka yang sedang mencari pekerjaan. Berita penuh di [sini].

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA!!
[Tema hari guru 2009]

Comments (1)

On March 21, 2009 at 6:25 PM , GURU_CIKGU said...

Satu usaha murni KPM. Mungkin ada ilmu dan kemahiran yang mereka miliki boleh diterapkan kepada pelajar sekolah. Paling menarik andainya mereka mempunyai kemahiran dalam bidang sukan dan berpersatuan.

Mungkin untuk mereka yang berperestasi tinggi dan terpilih, KPM boleh menghantar ke IPG untuk mendapat latihan. Selepas mendapat latihan, mereka mungkin boleh diserap sebagai guru terlatih.

Bagi yang berprestasi rendah dan hanya menjadi penumpang, gantikan sahaja dengan orang lain yang lebih berminat dan sedia memberi khidmat.

Walau bagaimanapun, perlu ada 'terma' yang menyatakan KPM tidak terikat untuk menyambung terus kontrak mereka kerana dikhuatiri golongan penumpang akan menggunakan Kesatuan Sekerja untuk mendesak kontrak mereka disambung tanpa putus.