Masih sekitar isu PPSMI yang belum ada sebarang keputusan lagi.. Perdana menteri meminta isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diselesaikan segera kerana bimbang bantahan orang ramai makin meluas pada masa depan.

Akibatnya? Beginilah jadinya.......Bahasa Melayu pun dah nak di 'b.i' kan..

Sebaik-baiknya...macam inilah!

Tapi jangan dok kaji, kaji dan kaji...tanpa sebarang tindakan! Jangan kita memberi alasan kita tidak akan maju jika tidak melaksanakan PPSMI kerana sejarah telah membuktikan sesiapa sahaja boleh maju walaupun menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar....

[kiri: ahli politik pangkat menteri, kanan:
Pengerusi Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN)]


Comments (3)

On March 11, 2009 at 4:47 PM , Anonymous said...

Isu PPSMI ni ntah smpai bila akan selesai. PM suruh selesai segera. Mnteri pelajaran dok cari salah orang. Klau benar perjuangkan melayu, patutnya dengar suara orang2 melayu. Layan dengan cara elok klau x nk dibenci. oppss..skadar pndangan peribadai.

*parti melayu pun guna nama dlm english.. UMNO short term for..
cmna nk prjuangkan bhasa melayu ni.

 
On March 11, 2009 at 8:06 PM , Unknown said...

Masalah yang timbul ialah para pelajar gagal memahami konsep untuk menjawab persoalan yang dikemukakan. Jika ia diajar dalam bahasa ibunda masing-masing.

Bukankah lebih ramai pelajar yang bijak dan cemerlang akan dapat dilahirkan. Jangan hanya melihat keuntungan semata-mata, ingatlah biarpun segelintir mereka bangga dan seronok dengan PPSMI namun fikirkanlah juga majoriti pelajar yang tercicir akibat dasar ini!

Kalau ada yg menyokong PPSMI ini dipersilakan hujah anda di sini...

 
On March 11, 2009 at 11:27 PM , Anonymous said...

apa yg berlaku kepada PPSMI wajar dijadikan teladan kepada kita semua....ini lah akibat daripada perlaksanaan tanpa kajian menyeluruh....apabila timbul masalah mulalah nak buat kajian......itu lah akibatnya kalau org politik bertindak atas dasar peribadi.....nak laksana PPSMI sepatutnya tanya org akademik ini tidak...tanya kat peladang so result dia pun jadi caca merba la....rakyat terutamanya generasi muda lah yg akan menerima kesannya.....