Ramai pelajar yang keliru, memilih program matrikulasi, asasi atau diploma selepas keputusan SPM diumumkan baru-baru ini. Rasanya belum terlambat untuk pelajar membuat pilihan kerana tarikh tutup untuk program-program ini masih ada...

Walaupun mungkin ramai pelajar telah didedahkan dengan program matrikulasi, asasi atau diploma oleh pihak sekolah, namun masih ada yang keliru..masih ada sms yang sampai bertanya tentang ini..

Matrikulasi dan program asasi adalah program khas yang dirangka untuk membolehkan pelajar cemerlang melangkau program diploma. Terdapat program satu tahun (PST) dan dua tahun (PDT) bagi matrikulasi. Matrikulasi yang popular sekarang ialah matrikulasi KPM..3 jenis program matrikulasi KPM iaitu matrikulasi sains, perakaunan dan teknikal (terbaru). Rujuk [sini].

Bagi program asasi seperti program asasi sains, undang-undang, pengajian islam, kejuruteraan, perakaunan dan banyak lagi juga memberi peluang lepasan SPM melangkau ke peringkat ijazah dalam tempoh singkat iaitu 1 tahun (2 semester). Contoh program asasi IPTA sila rujuk [sini].

Selepas tamat program matrikulasi atau asasi, iaitu dengan cemerlang pelajar layak meneruskan pengajian ke peringkat ijazah pertama aliran sains, perundangan, perubatan, kejuruteraan dsb..Rujuk [sini].

Diploma pula terbuka kepada semua lepasan SPM untuk tempoh pembelajaran yang panjang iaitu 3 tahun. Hanya selepas tamat diploma, barulah pelajar boleh mengikuti program ijazah dalam bidang yang mereka minati, sama ada aliran sains, teknikal atau sastera. Selepas tamat pengajian pelajar boleh membuat keputusan sama ada terus sambung belajar (ijazah) atau terus bekerja..di sini lah kelebihan diploma.

Untuk pelajar semua, jika anda memilih matrikulasi atau program asasi ketahuilah bahawa kesusahan (strugle) anda dibayardengan kepantasan memasuki bidang ijazah dan dunia pekerjaan manakala program diploma, walaupun tidak terlalu strugle belajar (3 tahun) tetapi akan terlewat masuk ke peringkat ijazah dan seterusnya lambat memasuki bidang pekerjaan sebagai lepasan ijazah..

Walau apapun pilihan anda..hanya anda yang menentukannya..di harap post ini akan membantu pelajar sebelum tarikh akhir kemaskini borang 25 Mac ini (UPU). Tetapi bagi program matrikulasi KPM ianya telah ditutup.

Info: Matrikulasi teknikal anjuran KPM hanya kepada pelajar yang mengambil subjek Lukisan Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan/PKA/PKE/PKM

Comments (0)