Lihat contoh di bawah...kenapa ini berlaku?

Adakah pelajar tersebut tidak faham soalan? Mungkin, sebab soalan tersebut dalam bahasa inggeris lalu menyukarkan pelajar tersebut untuk memahami soalan tersebut. Kerana pelajar tersebut lemah dalam bahasa inggeris (kebanyakkannya pelajar luar bandar/pedalaman)..

Jadi apa perlu di buat? Mantapkan atau perkasakan penguasaan pelajar tersebut dengan ilmu bahasa inggeris dahulu melalui subjek bahasa inggeris..

Atau mungkin pelajar tersebut faham soalan tersebut..tetapi masih tidak mampu untuk menjawabnya. Kenapa? sebab semasa dalam kelas cikgu menerangkan langkah-langkah penyelesaian dalam bahasa inggeris menyebabkan dia langsung tidak faham apa-apa..tambahan pula kalau penerangan guru pun tersangkut-sangkut kerana telalu hendak mem 'b.i' kan ayat...

Jadi siapa yang rugi? Tentulah pelajar tersebut..sebab? Sudahlah bahasa inggeris lemah lalu tidak ada apa-apa program peningkatan penguasaan bahasa inggeris, di tambah pula belajar sains, fizik dll dalam bahasa inggeris..bahasa inggeris entah ke mana, ilmu sains entah ke mana..jadilah seperti gambar di bawah ini pula!

Pernah tak kajian mengenai ppsmi melibatkan para guru dan pelajar? Agak-agak kalau guru dan pelajar menjadi responden apa keputusannya...

Comments (4)

On March 23, 2009 at 6:09 AM , D'Rimba said...

Kami di ipt pun sedang menghadapi masalah yang sama fasih berbahasa Inggeris entah ke mana fasih bahasa Melayu ala-ala Inggeris perkara biasa kelasla kononnya fahamke hafal ilmu pun masih tak pastinya

 
On March 23, 2009 at 1:42 PM , Unknown said...

kita semua kena faham, isu bahasa lain, isu ilmu lain...biar anak2 kita faham belajar sains dan matematim dlm bahasa ibunda..itu lagi mudah...

jgn kerana ego, rosak anak bangsa kita...bukan rosak bangsa melayu, saya setuju belajar bhs inggeris tidak merosakkan kemelayuan seseorang malah bahasa ingeris adalah bahasa penting sekarang..

sudah jelas bahasa inggeris penting, mari kita mahirkan bahasa inggeris kita..melalui bahasa inggeris itu sendiri..bukan sains dan matematik..

 
On March 23, 2009 at 4:11 PM , Anonymous said...

mmg betul...apa yg berlaku sekarang adalah lantaran daripada pemikiran cetek mereka2 yg pentingkan diri sendiri......yg jadi mangsa adalah pelajar....bila result spm je keluarlah di muka2 akhbar peratus ppsmi meningkat....bangga la KPM pada rakyat malaysia....tapi hakikatnya...graf lulus di turunkan...semua kena tipu huhuhuhuhu...........kalu sistem tu dah x betul.....jenuh buat perancangan strategik la....pastu pakat2 menipu....dah diajar camtu....tul tak...huhuhu

 
On March 23, 2009 at 5:13 PM , neldras said...

setakat cakap anti jer tak guna.. buktikan kesungguhan anda semua... layari http://lantera-jiwa.blogspot.com.