PUTRAJAYA, 12 Mac (Bernama) -- Sejumlah 6,277 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil berbanding 5,060 calon pada 2007.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya di seluruh negara..ingatlah ini baru permulaan..perjalanan anda semua masih jauh dan berliku. Jangan lupa kemaskini borang permohonan UPU 2 minggu dari sekarang...

Untuk pelajar SMKAB, tahniah diucapkan kepada Firdaus dan Muniroh yang berjaya mendapat 9A..

Ke mana anda selepas ini? Berikut merupakan panduan yang boleh pelajar ambil tindakan selepas keputusan SPM ini..

1. Mengemaskini permohonan borang UPU. Tarikh tutup 25 Mac. Rujuk [sini].
2. Memohon ke Kursus Perguruan Lepasan SPM (PISMP). Tarikh tutup 17 April. Rujuk [sini]
3. Memohon ke Politeknik. Tarikh tutup 22 Mac. Rujuk [sini].
4. Memohon ke Program Diploma atau Pra-Diploma UITM. Tarikh tutup 31 Mac. Rujuk [sini] dan [sini].
5. Memohon ke IPTS. Rujuk [sini] dan [sini].
6. Memohon ke Tingkatan 6
7. Memohon ke Institusi MARA spt UniKL, Kolej Poly-Tech MARA, Kolej Profesional MARA, IKM, KKTM dan GMI untuk program diploma atau sijil. Tarikh tutup 20 April. Rujuk [sini].

SEMOGA ANDA SEMUA BERJAYA KE IPT!!

Comments (5)

On March 13, 2009 at 12:26 AM , Anonymous said...

Kadang kita selalu terlepas pandang dengan pelajar2 yang mendapat keputusan kurang memuaskan...
yang cemerlang dipuji dan dirai...diberi juga panduan untuk ke sana-sini...

yang gagal terus kecewa...jarang ada yang memberi nasihat dan pandangan tentang haluan yang boleh dituju untuk mereka memajukan diri...

 
On March 13, 2009 at 9:02 AM , Norliza said...

Tahniah untuk pelajar-pelajar SPM 2008. Terima kasih kerana sudi melawati blog saya. Blog tersebut khas untuk murid-murid saya di Tingkatan 3, SMK Telok Datok, Banting, dan saya juga amat berbesar hati jika dapat digunakan oleh orang lain ...

 
On March 14, 2009 at 2:04 PM , Panitia Kimia, Fizik, Biologi dan Sains said...

Aku nak balik kampong sa lagi...

 
On March 15, 2009 at 11:12 PM , Unknown said...

sebagai manusia biasa mungkin kita terlepas pandang, tetapi hakikatnya penerangan telah diberikan lagi sebelum peperiksaan berlangsung..

yang ada kesedaran awal akan buat betul2..yang kurang kesedaran akan mengelak dari berjumpa guru slps keputusan diumumkan..

 
On March 17, 2009 at 9:52 AM , Anonymous said...

yang kurang kesedaran......hantaq kat pak ya......kauseling sket....huhuhuhuhuhu