Bila baca balik berita bertarikh 5 Julai 2008 ini, sebenarnya isu ini tidak pernah selesai..tak kira di mana tempat kerja anda khususnya guru. Aku belumlah sampai ke tahap kronik sehingga masuk hospital..tetapi rasa pening, sakit kepala, nak demam..itu selalulah..itu yang aku rasa. So, untuk kawan-kawan di sekolah..sorry lah tak boleh nak join malam tadi dan malam ni..esok En. Nasir nak mai...

Apa yang aku sibukkan sangat sekarang ini. Entahlah semua orang sibuk, rasanya semua orang faham. Mungkin rasa tanggungjawab tak sama kut, itu yang aku terbeban sekarang ni. Amanah dan tanggungjawab aku dahulukan...yang lain-lain tolak tepi.
Baca seterusnya..

Bermula dengan stok bengkel yang perlu pembaharuan semula (setelah ditinggalkan sebegitu lama..ingat aku baru pegang tahun ni)..6 fail stok (minimum) perlu dibuat pembaharuan...beli baru, balut, mengisi maklumat.....letih!! Itu belum lagi kira satu-satu peralatan bengkel seperti file, scriber, chisel, tong dan banyak lagi lah..

Digemparkan pula dengan perancangan strategik setiap tingkatan, post mortem ujian Februari (7 kelas semuanya), post mortem SPM. Hari Anugerah Cemerlang...kerja-kerja lain sedikit tertangguh..Ini semua perlu dimuatkan dalam fail panitia (7 fail semuanya..) dan lebih 40 item perlu dilengkapkan..Fuh!

Jangan lupa kelas cikgu! P&P wajib dilaksanakan..kerja kursus pelajar mesti berjalan. Ini lagi satu kerja memenatkan sebenarnya..memantau pelajar melaksanakan kerja kursus. Bukan calang-calang kerja kursus, site supervisor pun tak sanggup nak handle..soal keselamatan pelajar, kebersihan bengkel, pengurusan masa semuanya perlu di jaga, akhirnya aku pun letih sama...sorry pada cikgu-cikgu yang masanya terpaksa dicuri...hehe

Antara projek yang dijalankan...gazebo bersaiz 4' x 5'. Boleh baring nie...terdapat 6 kumpulan yakni 6 produk berlainan yang akan dihasilkan...

Soal keselamatan adalah utama..baik-baik guna chisel tu..

Alat ketam elektrik..yang baru deperbaiki...rosak pun diaorang ni yang buat...Lain-lain gambar akan dimasukkan kemudian setelah projek siap nanti..

Banyak lagi yang yang menunggu...pelajar-pelajar semakin ramai datang bertanyakan robotik, F1..bila nak start? bila nak buat latihan? Cikgu, kawan saya nak masuh team, boleh tak? Isk, budak-budak ni tak reti penat ker? 5 bulan lagi Percubaan SPM. Itu yang penting sebenarnya..tetapi seringkali kita lupa core business kita..tujuan asal kita ke sekolah..

Comments (3)

On March 31, 2009 at 7:01 PM , Anonymous said...

guru skrang dh mnanggung beban yg besar. bukan stakat mngajar ja. mcm2 nk kna buat. dlu x dak pun f1, robotik gini..

dasat gak projek tk utk student tu. zman sya dlu projek individu. buat ikut suka...jnji ada kaitan dgn tknologi.

 
On March 31, 2009 at 7:31 PM , Unknown said...

F1 dan robotik mula thn 2007..wpun penat tapi ttp mengharumkan nama sekolah...ada menang juga peringkat negeri...

oh dulu dgn cikgu ismam ka?atau azira?ni cth produk teknik yang berjaya nie...hehe

 
On April 1, 2009 at 7:51 PM , geng said...

cg la...byk dok kacang2...tu yg jadi gitu.....huhuhu...jgn mare...