Hari 1 (5.3.09)
Sungguh memenatkan...sejak dari pagi, seawal 8.00 pagi kontijen SMKAB telah berkampung di Sek Model Khas Baling sehingga 6.30 petang, selesainya hari pertama kejohanan MSSD..

Beraksi bukan atas pilihan juara..tetapi hari pertama membuahkan hasil menerusi gangsa acara lempar cakera 2P. Tahniah Nadia...sasaran 2e, 2p, 2g. Untuk tahun 2008 sekolah mendapat 1e 2p 3g..InsyaAllah.

Keadaan cuaca yang baik pada sebelah pagi berterusan sehingga petang..sehingga selesainya upacara perarakan dan perasmian..barulah hujan turun. Mujurlah tidak lebat...kejohanan diteruskan untuk acara 100m saringan pada sebelah petang.

Gambar2 sekitar Hari 1...


Atlit olahraga perempuan dan lelaki, bersama jurulatih-jurulatih. Zaimi mana kau?? Yang seluk poket tu KJ..


Antara pasukan beruniform yang mengambil bahagian..SMKAB menghantar pasukan pandu puteri..Ohh, kat sini kau yer Zaimi??


Berbaris menunggu ketibaan Pangarah JPNK..Pemeriksaan barisan kontijen2 yang mengambil bahagian oleh Pengrah JPN,Tuan Hj Shahidan Bin Abd Rahman diringi oleh PPD Baling SikTuan Hj Abd Rashid Bin Md Yosof..


Kak Edah dan Kak D...setia bersama kontijen olahraga saban tahun..semoga jasamu dikenang selama-lamanya...Kak D marah sapa tu?

Lagi gambar [klik sini]

Comments (2)