Dua tiga hari ni memang agak tak terurus sikit kehidupan aku, bukan apanya..boleh dikatakan 23 jam dok mengadap komputer saja (lagi sejam sembahyang...jgn tinggal beb!!). Mengadap komputer bukan dok update blog ke apa, ataupun baca blog-blog yang lain..tapi dok menservis komputer pasal kena spyware...

Hancus...scan guna anti spyware kurang berkesan, akhirnya aku ambil keputusan format drive-c. Ingat boleh laa..mula-mula ok, esoknya rasa lembap semacam saja..

Akhirnya format kali kedua..kali ni aku pindahkan semua dokumen aku ke dalam portable hard disc aku (160G tu...). dan proses format pun bermula....format semuanya!

Selesai memformat komputer aku, dan segala aktiviti meng'install' program dilakukan...alhamdulillah komputer aku boleh berfungsi seperti dulu...bestnya.

Tapi..

Time aku nak pindah semula segala dokumen aku dari portable hard disc ke dalam komputer tiba-tiba....

Portable hard disc aku rasa semacam ja..dah boleh detect..lampu merah ada, hijau tadak! alamak dah jadi ultroman ker? Nak tahu apa jadi? Portable hard disc aku yg 160G tu jahanam!!!

Aku cuba tenangkan diri...cuba bersabar pada malam tu walaupun tidor tak lena, esoknya aku pergi SP, niat asal memang nak pi pun...tapi alang-alang pi..bawak sekali portable hard disc aku yang 160G tu ke PC Depot..(tempat aku beli dulu laa..). Nak test tengok.

Tindakan: 1. Tukar kabel 2. Tukar casing

Keputusan: HARD DISC AKU ROSAK!!! JAHANAM....!!

Kesan: Dokumen aku semua hilang...yang ada cuma saki baki dalam lab top saja...gambar-gambar famili aku semua hilang...yang ada gambar-gambar sekolah dalam lab top (nak buat ap????)

Moral: Lu fikir la sendiri....asssalamualaikum!

Comments (5)

On November 30, 2008 at 5:45 PM , azleyazmi said...

barang yang lepas
hai jangan dikenang
kalau dikenang
meracunlah diri
..............
................
(sila habiskan lirik ini)
aku pun penah kena dulu, tapi pas 3 ke 4 tahun baru jiwa rasa tenang

 
On December 1, 2008 at 7:27 AM , Unknown said...

sambungan lirik utk azleyazmi...

Tiap insan hai tidaklah kekal
Tentu kembali dimana berasal
Janganlah sedih hai janganlah pilu
Serahkan pada allah yang satu

Ooo dunia ibaratnya roda
Naik turun tiada hentinya
Sama juga hidupnya manusia
Ada yang riang
Dan ada yang duka

Barang yang lepas
Hai jangan dikenang
Kalau dikenang
Meracunlah diri

Ooo tak guna menangis memilu
Makin sedih menambah derita
Lupakanlah semua yang lalu
Tidakkan mungkin
Kembali semula

Barang yang lepas
Hai jangan dikenang
Kalau dikenang
Meracun diri

puas hati???? aku tak puas hati lagi nie...gambar aku....

 
On December 1, 2008 at 12:32 PM , neldras said...

Sesungguhnya yang kekal atas dunia hanyalah Dia yg Esa... Kesian dikau yuk.. napa tak minta bantukan pakar kita??

 
On December 1, 2008 at 12:46 PM , Anonymous said...

nak buat mcm mana habuan la.......dah tertulis suratan mcm tu...terimalah qada dan qadar seadanya......mungkin ada hikmah d sebalik suatu kejadian......mungkin ujian utk kita dekatkan diri dgn yg esa.......

 
On December 1, 2008 at 12:51 PM , Anonymous said...

neldras,
nak minta bantuan mcamana...pakar pun buang karan saja...ceh!

hamba yg bersyukur,
kemas hang noooo...