Hari ini merupakan hari ke3 SPM berlangsung. Hari ini juga keputusan UPSR bagi sekolah rendah diumumkan..Hari ini juga hari terakhir sesi persekolahan bagi tahun 2008..bermakna hampir semua pelajar akan bercuti termasuk guru-guru kecuali sesetengah pelajar tingkatan 5 dan guru-guru yang bertugas semasa cuti sekolah...aku pun termasuk dalam kumpulan itu, kena bertugas jaga periksa, terima jela. Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris dan Matematik dah selesai untuk hari ke3 ini. Masih jauh perjalanan pelajar-pelajar ini sehingga 4dec ini. Sebenarnya aku cuma nak berkongsi sedikit pengalaman saja sewaktu menjaga kertas Matematik hari ni. Timbul rasa kesian, bila tengok segelintir pelajar yang tidak mampu menjawab dengan penuh soalan Matematik hari ini..

Antara keluhan pelajar, selepas bersembang secara tak rasmi selepas peperiksaan..mereka kata tak faham soalan. Walaupn dwibahasa yakni boleh baca BM kalau tak faham BI tapi mereka tetap tak faham kerana Cikgu ajar dalam BI dalam kelas (mereka kurang faham). Jadi kalau Cikgu ajar dalam BM mereka mungkin akan faham. Jadi kesimpulannya subjek Math ni kena ajar dalam BM supaya pelajar betul-betul faham baru boleh jawab soalan. Agak merugikan jika pelajar tak faham sebab cikgu cakap dalam BI..bila dapat soalan tak boleh jawab. Masalah ini banyak terjadi kepada pelajar-pelajar di luar bandar khusunya..

Tentang nak mempertingkatkan penguasaan pelajar dalam BI itu kena fikir kaedah lain rasanya. Antara cadangan yang boleh dibuat seperti memperbanyakkan waktu belajar BI, tambah bilangan guru-guru BI dan adakan subjek Bahasa Inggeris Komunikasi. Masa subjek tu pelajar speaking jer dari awal sampai habis waktu..lama-lama pandai la..jangan lah kita hendak mengejar menguasai BI sehinggakan subjek lain ikut tergadai sama umpama "yang dikejar tak dapat yang dikendong pula keciciran"..

Comments (5)

On November 15, 2008 at 1:20 AM , Anonymous said...

awat hang p jaga kertas matematik tu?kertas maths tu x lari p mana pun, hang kena mengawas calon2 SPM yang amik paper matematik, diulangi bukan jaga kertas matematik, lepaih nie pastikan mengawas calon2 SPM, bukan menjaga kertas peperiksaan. Hang dok jaga kertas matematik pasai tu depa xleh jawab.

 
On November 15, 2008 at 12:21 PM , Anonymous said...

betol tu..kena ada cara lain utk tingkatkn penguasaan BI. yang jadi mgsa budak2 sekolah luar bndar. sudah la BI pun terkapai-kapai, pastu nk kena blajar math & sains dlm BI plak.
klau kt kwasan bndar, rmai yg lebih kuasai BI drp BM. bhsa sndiri pun bleh dpt C. x ke heran.

 
On November 16, 2008 at 1:34 AM , Unknown said...

anonymous,
maaf banyak2 la..maksud asal telah disalahtafsirkan..itu la bahana kalau dah terlalu agungkan bahasa asing sampaikan bahasa ibunda tersalah tulis..ralat sungguh!

 
On November 16, 2008 at 12:35 PM , azleyazmi said...

xpa ehh, cek tak marah, nasehat, tapi betoi, dok buat PPSMI ni ngarut, budak2 bukan reti sangat pun, bahasa omputih yg depa dok blajaq pun x berapa clear, tambah plak bahasa 'lidah ibu'(mothertounge) pun x betoi2 lagi, kita jadi kite, tapi aku heran org utara p kl cakap depa jadi depe, ntahapaapa la depa tuh.

 
On November 18, 2008 at 11:50 AM , Anonymous said...

betui la...sistem pendidikan kita ni dah berterabur......asyik ubah kpd yg x berfaedah.......cian kat cikgu tua2 ckp omputih pun mcm siam ckp melayu...uhuhhuhuh