Calon Ketua Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir hari ini mencadangkan supaya diwujudkan satu sistem pendidikan yang menggabungkan semua sekolah bagi mengelakkan polarisasi kaum di negara ini terutamanya untuk sekolah rendah.

"Mungkin boleh dipertimbangkan satu sistem pendidikan di mana semua sekolah diserapkan di bawah satu sistem iaitu sistem pendidikan Malaysia yang menggunakan bahasa Malaysia sebagai perantaraan kecuali bagi subjek Sains dan Matematik.

"Inilah cara terbaik merealisasikan aspirasi negara untuk mewujudkan perpaduan yang bermakna antara kaum," katanya di lobi Parlimen di sini, hari ini.

sumber: malaysiakini, mstar

Ulasan penulis:

1. Cadangan yang bagus, wujudkan hanya satu jenis sekolah sahaja..bahasa pengantar yang satu iaitu bahasa malaysia (sekarang bahasa melayu) dan kurikulum yang seragam. Ini bermakna semua sekolah jenis kebangsaan akan hapus. Kaum Melayu, Cina dan India akan belajar satu di bawah satu bumbung yg sama.

2. Perkara ini memang boleh mewujudkan perpaduan kaum kerana pelajar mula bercampur sejak dari kecil lagi, iaitu sejak sekolah rendah..sehinggalah peringkat sekolah menengah dan universiti.

3. Cuma masalahnya kaum Cina dan India haruslah memahami keadaan ini, dan kaum melayu pula mestilah menerimanya..kerana apa? kerana faktor sikap perkauman yang masih menebal di kalangan masyarakat kita pada hari ini memang sukar untuk diruntuhkan.

4. Tak kira siapa yang memberi cadangan, cadangan yang baik hendaklah diterima...anda setuju ke tidak?

baca sekolah vernakular, sekolah satu aliran

Comments (4)

On December 2, 2008 at 10:44 AM , Anonymous said...

mmg betul kena wujudnya sek. yg seumpama itu bg membentuk perpaduan.......sy nak citer sket tentang pengalaman sewaktu jadi fasilitator kat program latihan khidmat negara.....rata2 pelatih pelbagai bangsa agama dan adat resam...dan mereka di satukan dlm satu program bg mewujudkan perpaduan...mmg pada mulanya mrk susah bergaul...sebagai contoh apabila mkn melayu dgn group melayu, cina dgn group cina, india dgn group india dan sebagainya...tp akhirnya setelah di tekankan mrk akhirnya boleh duduk bersama.....dan akhirnya d akhir program nampaknya ada kesan...tetapi perlaksanaannya bukan mudah...sebab pelbagai rintangan dan cabaran untuk merubah minda dan gaya hidup mrk selama 18thn....dan plkn ader masa cuma 3 bulan.....akan tetapi kalau mcm yg d cadangkan oleh YB Jerlun tu rasanya cita2 untuk mewujudkan satu bangsa malaysia akan berjaya...tetapi harus di ingatkan setiap pemimpin politik dan kaum perlu senada dan jangan mainkan isu semata2 kerana kepentingan peribadi....dan perkara ini perlu kajian menyeluruh....sebagai contoh,kalau d sekolah guru melayu x boleh berat sebelah bangsa melayu ja...begitu juga sebaliknya....dan perkara ini amat penting sekali dlm membentuk perpaduan di akar umbi...begitu juga keluarga dan masyarakat.....semua kena ambil perhatian kalau nak capai kejayaan......apa yg menari saya boleh kongsi dsini..kita tgk masyarakat d pelbagai kaum d kelantan....nampaknya dari segi perpaduan mrk mendahului negeri lain d malaysia.....setakat ni dulu komen....lebih lanjut...tungguuuu

 
On December 2, 2008 at 1:13 PM , Ir. hydir said...

sy bersetuju untuk mewujudkan satu jenis sekolah shj kerana ia bukan masalah sebenarnya... kita sahaja yg mewujudkan masalah tersebut ..

selagi kita semua berfikiran puak2 dan bangsa2 maka api semarak ketegangan antara bangsa akan sentiasa boleh berlaku...

kita kena ingat ... mulia kita kerana Islam .. bukan kerana bangsa!

 
On December 4, 2008 at 6:24 PM , Anonymous said...

Mereka bukan lagi bangsa imigran tetapi bangsa Malaysia, jadi apa perlunya lagi mendukung keimigranan itu.

Kalau negara Malaysia ini boleh mereka terima, kenapa tidak dengan bahasa kebangsaan, sistem pendidikan kebangsaan yang tentunya bahasa perantaraannya bahasa Melayu.

Bangsa imigran tidak perlu lagi bersikap asing dengan keimigranan itu bahkan perlu sesuaikan diri dengan 'habitat' di sini.

semutarhitam.

 
On December 26, 2008 at 1:28 PM , Anonymous said...

Tak setuju dengan sekolah aliran Cina atau aliran Tamil. Ia menyerlahkan sentimen kaum dan bukannya sentimen kebangsaan negara. Tentunya negara ini beracuan sendiri dan bukannya bangsa rojak walaupun terdiri pelbagai kaum, agama dan budaya. Tak perlu ada tamil atau cina kalau nak serlahkan bangsa negara.