Alhamdulillah, segala permasalahan dapat ditangani..segala perancangan berjalan dengan baik sepanjang 2008 walaupun ada juga yang tertangguh, tetapi..kedatangan 2009 mesti di sambut dengan penuh keazaman.

Lazimnya, setiap hujung tahun kita akan meletakkan azam baru untuk dicapai pada tahun yang berikutnya. Menurut Kamus Dewan versi maya, azam ditakrif sebagai kemahuan, keinginan atau cita-cita yang sangat kuat. Oleh itu, orang yang berazam adalah orang yang bercita-cita kuat untuk melakukan atau mencapai sesuatu..

Mahu tidak mahu setiap manusia mesti mempunyai azam. Tanpa azam, suatu keniginan sukar untuk di gapai. Walau apapun azam anda, hanya anda yang berhak menentukannya. Apa yang pasti, jadikan hari esok (2009) lebih baik dari semalam (2008)..


Yang ni pun dikira transformasi gak nie...2008 to 2009. Hehehe


Semoga dengan kehadiran tahun baru ini, maka bertambahlah ketaqwaan kita kepada yang maha Esa, InsyaAllah.

Doa Akhir Tahun

Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah - Ahad 30 Zulhijjah 1429H bersamaan 28 December 2008)

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".


Doa Awal Tahun

Doa awal tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib - Isnin 1 Muharam 1430H/ 29 Decmber 2008)

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, Insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.



Apa kene mengena dengan tajuk di atas..memang ada kena mengena dengan aku. Sebenarnya dari jam 7 pagi sampai 11 malam nie....aku belum rehat lagi. Bahkan sekarang jam 2.10 pagi..pun belum dapat tidur. Terkeja terkejar sini..alih-alih isi otak aku pun macam benda kat bawah ni dah. Pening....

Forum atau debat Wacana Transformasi Politik Negara berkenaan telah dijalankan pada malam semalam 20.12.08 bertempat di Dewan Besar Balai Islam Lundang, K.Bharu, Kelantan. Ianya dipengerusikan oleh Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohammad Agus Yusoff serta dihadiri lebih 3,000 orang.

Antara ahli panel ialah Naib Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin, Naib Presiden PAS Husam Musa dan Pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari. Sedikit rakaman mengenai debat....rakaman penuh [klik sini]

NUTP telah menjalankan kaji selidik mengenai pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) terhadap guru. Maklum balas yang diterima menyatakan bahawa para guru mendapati tahap penguasaan Bahasa Inggeris murid- murid kurang memuaskan. Untuk mengatasi masalah ini, mereka mencadangkan supaya waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris ditambah. Pelajar juga digalakkan supaya banyak membaca bahan bacaan Bahasa Inggeris, dan para guru pula memperbaiki serta mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka.

Mereka berpendapat bahawa sukatan PPSMI tidak dapat diselesaikan pada masa tertentu, dan mencadangkan supaya kerajaan memilih bahasa yang senang dikuasai murid, iaitu bahasa ibunda. Memandangkan pelajar lebih memahami subjek-subjek yang diajar dalam bahasa ibunda dan Bahasa Melayu, para guru yakin bahawa P&P Sains dan Matematik akan lebih berkesan sekiranya bahasa ibunda digunakan.

Melalui pemerhatian para guru, antara sebab mengapa pelajar tidak berminat dalam P&P PPSMI ialah kerana mereka tidak faham. Penggunaan bahasa yang mudah difahami murid iaitu bahasa ibunda dapat mengatasi masalah ini. Tambahan pula istilah sains seperti photosynthesis faleum dan herbivourous sukar dieja, dibaca,diingat dan difahami. Oleh sebab inilah cadangan para guru supaya standard Bahasa Inggeris di kalangan pelajar dikukuhkan terlebih dahulu diambil perhatian. Peruntukan masa PPSMI yang tidak mencukupi juga disuarakan oleh para guru dalam kaji selidik ini. Mereka turut mengingatkan bahawa bukan semua pelajar prasekolah mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Oleh kerana ini juga pelaksanaan PPSMI di sekolah rendah amat tidak sesuai.

PPSMI menjadi satu beban bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga kepada guru. Ini adalah disebabkan terdapat guru yang lemah dalam penggunaan Bahasa Inggeris, bukan hanya pelajar. Guru-guru ini belum bersedia menggunakan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Kursus-kursus dalam perkhidmatan yang diadakan untuk para guru bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran subjek-subjek PPSMI juga tidak mencukupi dan tidak berkesan.

NUTP berharap Kementerian Pelajaran Malaysia akan mendengar suara para guru dalam hal ini dan menjadikan maklum balas yang diterima sebagai rujukan dalam meneliti semula pelaksanaan PPSMI bagi memastikan pelajar dapat manfaat yang optimum.

Sumber: Cikgublog dan NUTP

Baca: komen Dr Khir dan pengalaman penulis sendiri di sini

1. Servis kereta ikut jadual - kereta yg di maintain dgn baik akan beroperasi pada kecekapan maksimum

2. Penapis udara dan penapis minyak petrol kena check! (Penapis minyak petrol kene tukar 40 000 km sekali)

3. Spark plug perlu dlm keadaan baik ( Tak hitam & gap OK )

4. Tayar perlu diisi angin dgn pressure yg betul, kalu tayar tak cukup angin, minyak makan...

5. Pakai kereta yg CC rendah tapi kalau nak pakai yg CC tinggi pun boleh cuma system kene bagus la macam Honda i-VTEC, Toyota VVTi atau pakai sistem

6. Jangan tarik pick-up lebih 3000 rpm setiap gear , tapi sekali-sekala boleh la takut engin lemau

7. Go slow man ! jangan speeding .90-100 km/j tu kira ok la.., tapi kalau terbakar sebab ada orang ajak race. Kejar.. jgn tak kejar

8. Elakkan kesesakkan jalan raya, lagi lama tersangkut (engin idle) lagi makan minyak (kene tukar gear selalu)

9. Kalau parking menunggu tu, matikan engin

10. Berkongsi kereta

11. Naik motor (4 lejang)

12. Naik Basikal

13. Naik pengangkutan awam

14. Guna tayar kereta yang low profile dan ada special rubber compound (Grip tinggi rintangan kurang)

15. Pakai rim tayar biasa dah le, kalu nak pakai sport rim biar sesuai dgn kereta (dapat pakai macam rim motor lagi bagus - ringan maa... macam kereta klasik)

16. Isi minyak kat stesen minyak yang pakai meter analog. Ada ker?

17. Tingkatkan tahap kecekapan pembakaran engin, kalau kereta biasa - 80% daripada campuran bahan api dibakar dgn sempurna. Kalau nak tingkatkan ke 90% pakai high frequency converter dlm sistem spark plug seperti Stromberg ataupun pakai special magnet pada talian minyak (Dah terbukti !!!)

18. Isi minyak slow-slow masa kat stesen minyak. Isi minyak sambil minum kopi dan borak-borak

19. Elakkan jalan berbatu dan tanah merah

20. Gunakan engin Hybrid (gas-electric)

21. Guna engin Electric (pakai bateri)

22. Gunakan tenaga solar

23. Kurangkan penggunaan air-con,

24. Kalau kat highway tu, cucuk angin kereta lain (follow belakang kereta lain utk kurangkan daya tolakan angin (Di sarankan cucuk angin kereta yg power sahaja seperti Mercedes, BMW, EVO )

25. Buang Catalytic converter pada system ekzos dan ganti dgn free flow center bullet (Tapi sebelum buat pastikan tahap kecekapan pembakaran engin anda ditingkatkan, kalu tidak banyak asap keluar beb)

26. Ganti ekzos belakang dgn free flow ekzos (Kalu takut bising, cari yg brand baik punyeee, mesti marii)

27. Loweredkan kereta anda. Heh, aku dah buat!

28. Pakaikan kereta anda skirt labuh tapi jangan cecah jalan dah la.Ini bertujuan untuk kurangkan rintangan angin, tapi skirt tampal tak main sebab takut angin tembus

29. Kalau nak pergi kedai kat rumah tu, jalan kaki lagi bagus, boleh exercise

30. Cari tempat kerja dekat dgn rumah, kalau dapat tidur,makan, berak,mandi kat office lagi best.

31. Petrol mudah terpeluwap, jadi kalau nak isi minyak isi time pagi atau waktu sejuk dan kalau dapat parking tempat redup lagi best. Cuba korang kene jemur.. masak dibuatnye.

32.. Kalau nak isi petrol kat stesen minyak pastikan isi penuh, tak payah nak ulang alik cari stesen minyak

33. Jangan bawak banyak barang. Kalau boleh bawak yg perlu sahaja. Penggunaan minyak bergantung kepada weight/power ratio - power kereta dah fix, bila berat bertambah - nisbah meningkat dan penggunaan minyak pun meningkat. Lagi satu, cuba-cubalah kuruskan badan tu sikit dan turunkan perut tu....

34. Tinted cermin kereta anda (Semua cermin). Lagi kurang cahaya matahari masuk, lagi bagus (cthnya gold dust 95% block heat) sebab ia berkaitan dgn penggunaan air-con dan emosi anda. Contohnya, kalau air-con kurang guna atau guna pada tahap minimum, minyak pun save dan anda pun kurang terbakar atau kurang nak marah sebab ada kajian menunjukkan cuaca panas akan meningkat tahap kebrutalan seseorang itu Bila dah 'panas' mula la jadi samseng jalan raya

35. Terdapat juga teknologi baru dimana kadar ketembusan cahaya pada cermin kereta anda boleh diubahsuai (Kat negara kita belum dikomersialkan) menggunakan tenaga elektrik drp bateri anda. Bila nak parking - gelapkan cermin kereta, bila nak drive cerahkan balik.

36. Gantikan Air filter kereta anda dengan filter K&N sebab filter K&N diperbuat daripada gentian kapas dimana kadar aliran udara adalah lebih tinggi daripada filter biasa yg diperbuat dari kertas dan mudah tersumbat

37. Boleh cuba pakai micro-compressor atau Air Injector

38. Kalau nak pergi kerja tu, keluar la awal sikit, takde la terkejar-kejar. Rilek je drive dan tak sakit kepala.

39. Pasang intercooler pada enjin anda (bila suhu enjin diturunkan, power meningkat dan boleh save minyak)

40. Minta kerajaan turunkan harga minyak!!!
LONDON - Berjuta-juta pengguna yang mengakses internet menggunakan pelayar Internet Explorer dari Microsoft mungkin menghadapi risiko komputer mereka digodam kerana terdapat satu kecacatan tahap keselamatan baru, lapor sebuah akhbar semalam.

Pakar-pakar keselamatan menggesa pengguna internet bertukar kepada pelayar internet yang lain seperti Firefox, Opera atau Safari sehingga masalah itu dapat diatasi.
Masalah itu pertama kali didedahkan pada minggu lepas dan ia membolehkan penjenayah siber mengawal komputer serta mencuri kata laluan rahsia sekiranya pengguna melawat laman yang dijangkiti virus. Syarikat antivirus, Trend Micro menyatakan terdapat 10,000 laman web berkompromi untuk mengambil kesempatan terhadap kecacatan tersebut. Setakat ini, laman web itu yang kebanyakannya dari China digunakan untuk mencuri kata laluan permainan komputer bagi dijual di pasaran gelap.

Seseorang penggodam komputer boleh memperoleh sehingga £9,000 (RM49,110) dengan menjual kata laluan itu kepada penggemar permainan komputer.Namun, seorang penasihat keselamatan, Paul Ferguson berkata, terdapat kebimbangan kecacatan itu mungkin dieksploitasi bagi jenayah yang lebih bersifat kewangan. - Agensi

sumber: Kedahlanie
Kuala Lumpur: Kerajaan hari ini mengurangkan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter berkuatkuasa esok, 16 Disember.

Dengan itu harga petrol RON97 dikurangkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter; petrol RON92 daripada RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter dan diesel daripada RM.180 seliter kepada RM1.70 seliter.

[Untuk info terkini tentang harga minyak semasa, sila lihat widget di sebelah kanan. Ianya akan diupdate setiap hari jika ada perubahan harga minyak.]

KUALA LUMPUR 11 Dis. – Mulai 1 Januari 2009, kelayakan cuti tahunan bagi kakitangan awam baru kecuali polis, tentera, penguat kuasa maritim dan pegawai pelajaran akan dikurangkan lima hari, kata Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam.

Pada masa ini, kakitangan awam menikmati kelayakan cuti tahun sebanyak 30 hari.

Mengikut undang-undang, semua kakitangan awam yang sedang berkhidmat akan diberikan opsyen untuk mengekalkan kelayakan mereka atau memilih kelayakan baru yang dikurangkan itu. Borang opsyen akan dikeluarkan secepat mungkin kerana hari terakhir bagi membuat opsyen itu ialah 31 Disember.

Mereka yang tidak mengembalikan borang opsyen itu menjelang tarikh itu akan dianggap memilih kelayakan sekarang.

Reaksi CUEPACS:

Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd. Zin berkata, mereka akan mengadakan perjumpaan dengan Ismail esok untuk membincangkan perkara itu selain isu lain yang relevan. Kesatuan itu mahu tahu rasional kepada pengurangan cuti itu.

Adalah tidak adil untuk mengurangkan kelayakan itu kerana untuk jangka panjang kakitangan awam baru akan kerugian. Sebagai contoh, kemasukan baru ke dalam perkhidmatan awam yang berkhidmat selama 30 tahun, akan kerugian 150 hari yang bersamaan dengan lima bulan.

CUEPACS akan memohon kakitangan terbabit diberikan pampasan.

Seiring dengan peningkatan jumlah pelajar,MTT kini memerlukan tenaga pengajar yang berminat dan berkelayakan bagi matapelajaran - matapelajaran yang berikut:

1) Guru Tahfiz

2) Bahasa Arab

3) Bahasa Melayu

4) Bahasa Inggeris

5) Sains

6) Matematik

7) Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB)

Semua subjek adalah untuk peringkat menengah rendah dan menengah atas.

Kepada mereka yang berminat dijemput menghadiri temuduga yang akan diadakan sebagaimana berikut :

Tarikh: 21 Disember 2008

Masa : 9.00 pagi -3 petang

Tempat : Ma'ahad Tahfiz wal Tarbiyyah Darul Iman, Tok Jiring

Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Pendaftar MTT atau datang ke pejabat MTT. Tolonh hebahkan kepada rakan-rakan anda dengan membuat link ke blog ini atau MTT.

sumber: Ma'ahad Al tahfiz

Alhamdulillah aku panjatkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana tanpa izinNya aku pasti tidak dapat menulis lagi di sini...syukur aku dan semua rakan dalam Keluarga Medan 2008 kerana telah selamat pulang ke tanah air pada 6 Dec 2008. Perjalanan serta pengalaman selama 4 hari 3 malam amat bermakna walaupun meletihkan tetapi cukup menyeronokkan.

3 Dec 2008 - Keluarga Medan seramai 30 orang bertolak dari SMKAB ke Bayan Lepas International Airport kira-kira jam 3pm. Waktu berlepas jam 9.20pm. Sengaja bertolak awal, mengelak kesesakan jambatan Pulau Pinang dan sebagai persediaan tukaran matawang RM ke Rp. Boleh la RM1=Rp3100.

Berlepas dengan Air Asia. kira-kira 40min kami sampai di Polonia International Airport Medan. Menyambut ketibaan kami pada waktu itu adalah hujan!. Memulakan malam pertama di Medan dengan suasana sejuk...kami dihidangkan dengan hidangan makan malam di Simpang Tiga Restaurant. Menyelerakan kerana lapar sungguh pada waktu itu...

Selepas makan malam, kami check in di Garuda Plaza Hotel di tengah bandar Medan..disebabkan penat yang amat sangat, terlena terus sampai ke pagi..walaupun cerita Who Am I versi Indonesia belum habis siaran lagi......ZzZzzzzz...

4 Dec 2008 - Usai sarapan pagi, kami bergegas ke bas kerana destinasi utama hari ini adalah Parapat. Tetapi sebelum itu kami sempat melawat Istana Maimon Sultan Deli dalam Kota Medan. Seterusnya melalui Tebing Tinggi perjalanan mengambil masa lebih 4 jam...kami singgah makan tengah hari di Simpang Tiga Restaurant (duduk menelilingi meja sambil kaki berbuai di bawah) memang suatu pengalaman yang seronok. Tidak lupa singgah di Patent Shop untuk menjamah sedikit pelbagai jenis makanan spt kacang tumbuk dll.

Melewati jalan yang sempit dengan kenderaan yang sesak sedikit sebanyak menggusarkan, tambahan lagi dengan gaya pemanduan yang agak kasar dan lasak. Hon berbunyi di sana sini adalah suatu perkara yang normal di sana.

Singgah di sebuah kedai telefon membeli kad sim Indonesia, untuk kegunaan sementara di sana..walaupun mottonya "tiap detik makin pe de ngobrolnya...nyambung teruss" tetapi panggilan selama 34saat sudah habis 16,000 Rp. adohya...simPATI PE DE...gratis sungguh!

Kami tiba di Parapat jam 6.00 petang dan check in di Quality Hotel Parapat..betul2 menghadap tasik toba suatu pemandangan waktu petang yang sungguh syahdu..bayangkan waktu makan malam anda menghadap kilauan lampu Kota Singapura yang jaraknya cuma hampir 1km sahaja.

5 Dec 2008 - Masih lagi sekitar Parapat, pagi ini kami menaiki boat menuju ke Samosir untuk melawat Tomok. Tomok di sini bermaksud suatu kawasan yang mempunyai hampir 500 deretan kedai menjual pelbagai barangan cendera hati dan pakaian oleh rakyat Indonesia berketurunan Batak. Kiranya shopping laa....mula-mula takut juga, takut kena tarik tapi alah biasa jer...

Hampir sejam setengah melewati kedai-kedai di situ, kami menaiki boat semula menuju Parapat. Makan tengah hari di Istana Restaurant kemudian solat jumaat di Masjid Raya Taqwa Parapat, kami bertolak ke Berastagi. Perjalanan yang mengambil masa hampir 4 jam melalui kawasan rumah-rumah penduduk dan kawasan pertanian begitu menginsafkan kami...

Hairan lagi menakjubkan! itulah yang boleh diperkatakan apabila singgah sebentar di Sipo-sipo Waterfall..air terjun semulajadi tanpa henti persis Niagara Fall di Ontario dan New York memang menginsafkan kami betapa kuasa Allah SWT melebihi sekalian makhluknya. Aktiviti bergambar kenangan, tidak lupa juga membeli sedikit cendera hati sudah menjadi kebiasaan sesetengah ahli rombongan bila singgah di mana-mana. Jaket kulit hitam tentu menggamit kenangan sesetengahnya di sini....

Perjalanan jauh tentu memenatkan. Singgah sebentar di Simarjar Unjung membasahi tekak dengan ramuan teh herba yang cukup pekat, memeritkan anak tekak anda untuk menelannya...suatu pengalaman yang pasti tidak akan kami lupakan.

Suasana sejuk mengiringi perjalanan kami seterusnya menuju ke Berastagi apabila sampai di Fruits Central Market. Menjamah jagung bakar dan pisang kaki sambil menghirup udara dingin mengingatkan kami Cameron Highland di Malaysia..bezanya di sini kesejukan tanah tingginya di temani oleh kawah gunung berapi yang mungkin boleh meletus bila-bila masa sahaja..suatu Sebayak dan satu lagi Sinabung. Kami menginap di Danau Toba Cottage, sejukkkk....

6 Dec 2008 - Usai sarapan pagi, kami bertolak semula Medan. Melalui kawasan Sibolangit. Perjalanan kali ini agak singkat, cuma 2 jam kami cuma singgah sekali di Pondok Durian Ula Lupa...cuma menyinggah, nak merasa rasa macam kenyang jer....

Kami tiba di Kota Medan, aktiviti terakhir adalah membeli belah...destinasi utama adalah di Pasar Ikan. Walaupun namanya Pasar Ikan tetapi yang dijual bukanlah ikan, pakaian yang memenuhi setiap ruang kedai di situ. Letih juga...bukan kerana penat memilih tetapi dikejar "kedai bergerak". dari hari pertama sehinggalah hari terakhir...asyik2 dia ni jer, memang cekal orang-orang Indonesia ni mencari rezeki, sesuatu yang boleh dicontohi oleh orang Malaysia.

Makan tengah hari terakhir kami di Medan adalah di Idai Restaurant. Sungguh menyelerakan dengan menu utama ikan bakar dan ayam berempah..."rasa-rasa" juga tiada tandingannya. Sebelum ke Airport, kami sempat singgah di Fashion Outlet dan Medan Mall, juga aktiviti biasa..membeli belah. Mengalas perut dengan bakso agak mengenyangkan perut kami seketika.

Akhirnya destinasi terakhir adalah Polonia International Airport. Waktu berlepas jam 7.10 malam, akhirnya kami berada di tanah air Malaysia jam 8.30 malam waktu Malaysia. Mengakhiri lawatan dengan keseronokan di Medan tetapi memulakan hari pertama di Malaysia dengan sedikit karenah Kastam Malaysia di Bayan Lepas Intenational Airport sedikit mencacatkan percutian kami.

Alhamdulillah kami tiba di SMKAB kira-kira jam 12 malam...selamat tinggal Medan! Lagi gambar sepanjang lawatan ke Medan sila gambar medan 1 dan gambar medan 2. Nantikan kemunculan lawatan ke Medan versi video. Tunggu....


Calon Ketua Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir hari ini mencadangkan supaya diwujudkan satu sistem pendidikan yang menggabungkan semua sekolah bagi mengelakkan polarisasi kaum di negara ini terutamanya untuk sekolah rendah.

"Mungkin boleh dipertimbangkan satu sistem pendidikan di mana semua sekolah diserapkan di bawah satu sistem iaitu sistem pendidikan Malaysia yang menggunakan bahasa Malaysia sebagai perantaraan kecuali bagi subjek Sains dan Matematik.

"Inilah cara terbaik merealisasikan aspirasi negara untuk mewujudkan perpaduan yang bermakna antara kaum," katanya di lobi Parlimen di sini, hari ini.

sumber: malaysiakini, mstar

Ulasan penulis:

1. Cadangan yang bagus, wujudkan hanya satu jenis sekolah sahaja..bahasa pengantar yang satu iaitu bahasa malaysia (sekarang bahasa melayu) dan kurikulum yang seragam. Ini bermakna semua sekolah jenis kebangsaan akan hapus. Kaum Melayu, Cina dan India akan belajar satu di bawah satu bumbung yg sama.

2. Perkara ini memang boleh mewujudkan perpaduan kaum kerana pelajar mula bercampur sejak dari kecil lagi, iaitu sejak sekolah rendah..sehinggalah peringkat sekolah menengah dan universiti.

3. Cuma masalahnya kaum Cina dan India haruslah memahami keadaan ini, dan kaum melayu pula mestilah menerimanya..kerana apa? kerana faktor sikap perkauman yang masih menebal di kalangan masyarakat kita pada hari ini memang sukar untuk diruntuhkan.

4. Tak kira siapa yang memberi cadangan, cadangan yang baik hendaklah diterima...anda setuju ke tidak?

baca sekolah vernakular, sekolah satu aliran