Dua tiga hari ni memang agak tak terurus sikit kehidupan aku, bukan apanya..boleh dikatakan 23 jam dok mengadap komputer saja (lagi sejam sembahyang...jgn tinggal beb!!). Mengadap komputer bukan dok update blog ke apa, ataupun baca blog-blog yang lain..tapi dok menservis komputer pasal kena spyware...

Hancus...scan guna anti spyware kurang berkesan, akhirnya aku ambil keputusan format drive-c. Ingat boleh laa..mula-mula ok, esoknya rasa lembap semacam saja..

Akhirnya format kali kedua..kali ni aku pindahkan semua dokumen aku ke dalam portable hard disc aku (160G tu...). dan proses format pun bermula....format semuanya!

Selesai memformat komputer aku, dan segala aktiviti meng'install' program dilakukan...alhamdulillah komputer aku boleh berfungsi seperti dulu...bestnya.

Tapi..

Time aku nak pindah semula segala dokumen aku dari portable hard disc ke dalam komputer tiba-tiba....

Portable hard disc aku rasa semacam ja..dah boleh detect..lampu merah ada, hijau tadak! alamak dah jadi ultroman ker? Nak tahu apa jadi? Portable hard disc aku yg 160G tu jahanam!!!

Aku cuba tenangkan diri...cuba bersabar pada malam tu walaupun tidor tak lena, esoknya aku pergi SP, niat asal memang nak pi pun...tapi alang-alang pi..bawak sekali portable hard disc aku yang 160G tu ke PC Depot..(tempat aku beli dulu laa..). Nak test tengok.

Tindakan: 1. Tukar kabel 2. Tukar casing

Keputusan: HARD DISC AKU ROSAK!!! JAHANAM....!!

Kesan: Dokumen aku semua hilang...yang ada cuma saki baki dalam lab top saja...gambar-gambar famili aku semua hilang...yang ada gambar-gambar sekolah dalam lab top (nak buat ap????)

Moral: Lu fikir la sendiri....asssalamualaikum!
Raja Perempuan Besar Perlis, Tuanku Tengku Budriah Tengku Ismail telah kembali ke rahmatullah pada jam 3.47 pagi tadi (28.11.08) di Hospital Kuala Lumpur. Almarhum yang juga bonda Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin mangkat pada usia 84 tahun.

Bagi menghormati kemangkatan almarhum, rakyat negeri Perlis akan berkabung selama tiga hari mulai hari ini. Ia diumumkan dalam pengisytiharan oleh Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Dr Md Isa Sabu, pagi tadi menerusi Radio Perlis FM pada jam 7.15 pagi tadi...

Al-Fatihah.

Sumber: Bernama
Tengku Budriah Kerabat Yang Amat Disenangi

KUALA LUMPUR 28 Nov.— Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland dekat sini kira-kira 6.30 petang tadi.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom ketika dihubungi Bernama hari ini. - Bernama

Penulis: Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau....

[kemaskini]

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail meninggal dunia secara mengejut di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands dekat sini kira-kira 6.30 petang tadi. Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Difahamkan Razali, 59, yang juga anggota Parlimen Kuala Terengganu rebah ketika bermain badminton di institut itu. Alimuddin berkata, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Hospital Bentong, Pahang.

Razali meninggalkan seorang isteri Datin Nooraini Lob Yusoff dan lima anak.

Sementara itu, seorang kakitangan institut itu berkata ketika kejadian, Razali sedang bermain badminton di situ untuk beriadah dengan beberapa kakitangan institut berkenaan.

"Dia tidak ada acara spesifik di situ tetapi dia datang untuk berekreasi," katanya. Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika dihubungi pula berkata kematian Razali merupakan satu kehilangan besar kepada kementeriannya.

"Terlalu sedih...Ia satu kehilangan besar," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). Hishammuddin berkata beliau sedang menguruskan jenazah Allahyarham di tempat kejadian.

sumber: malaysiakini

Ada seorang manusia yang bertemu dengan setan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka setan pun sambil tersenyum berkata dalam hati, "Orang ini memang pantas menjadi sahabatku..!"Begitu juga ketika waktu zohor orang ini tidak mengerjakan solat, setan tersenyum lebar sambil berkata dalam hati, " Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!"

Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asyik dengan kegiatannya, setan mulai terdiam....Kemudian ketika datang waktunya maghrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka setan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut.

Dari wajahnya nampak bahwa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu. Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isyak, maka setan itu sangat panik. Ia rupanya tidakbisa menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskanpersahabatan kita!"

Dengan kehairanan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat ?". "Aku takut!", jawab setan dengan suara gementar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintahNya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada Adam, telah dilaknatNya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud padaNya. Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu!", kata setan sambil pergi.

Moral: Jangan lewatkan waktu sembahyang, apatah lagi tak buat langsung!
Apa kelebihan yang ada pada blogger in draft? Saya dapati banyak yang kita boleh buat dengan blogger in draft. Antaranya Commentbox untuk blogspot. Yang kedua Export blog.

Ap
a yang saya maksudkan dengan export blog adalah anda boleh export keseluruhan posting blog anda termasuk komen pelawat dan boleh dimasukkan di blog baru.

Kelebihannya disini, anda tidak perlu untuk copy satu persatu posting anda untuk dimasukkan ke blog baru. Senagng bukan? Cara mengexport anda boleh baca disini..

Sekarang anda lebih mudah mengendalikan blogspot. Pelbagai kemudahan sudah diberikan. Anda hanya perlu bijak menggunakannya.
Selangkah ke hadapan...mungkin itu yang selalu kawan aku 'rumah teres' ucapkan apabila sesuatu perubahan atau pembaharuan dilakukan..sebenarnya aku cuma nak 'promosi' satu barangan yang lama tapi baru je jadi milik aku...itu dia Panasonic VDR D220 ataupun videocam terbaru. Harganya?..kalau market price dalam RM1600 juga la...tapi atas kebijaksanaan aku akhirnya harga dapat dikurangkan 50%..jadi la RM800. heheh..bijak tak?



Ada lagi, setelah dirunding habis-habisan dengan mengambil kira kos penghantaran ditiadakan (beli by hand), tanpa SD card dan juga DVD disc..akhirnya penjual memulangkan semula RM100 kat aku...jadi lah harga muktamadnya RM700 jer...murahkan? Terima kasih kepada bro Shah yang menghantar terus di pintu rumah aku. Fuh...


bro shah kat rumah aku

Kini harga minyak dunia berada pada paras di bawah $50 setong. Berapakah 'actual price' untuk seliter?

Kita rakyat Malaysia merupakan rakyat yang begitu prihatin kepada kerajaan kerana memberi subsidi petrolium lebih kurang 50sen daripada setiap liter yang kita beli di stesen-stesen minyak (anggaran harga minyak sebenar tanpa subsidi kerajaan pada kadar RM1.50 per liter).

Cuba kita ingat kembali, harga minyak RM1.10 per litter sewaktu harga minyak dunia $35 setong. Naik seposen kepada RM1.22 seliter sewaktu harga minyak dunia meningkat kepada $50 setong.

Ketika minyak dunia cecah $60, kerajaan naikkan 20sen+seposen+seposen = 40sen. Tahun berikutnya naik lagi 30sen, kononnya naik 30sen sekaligus lebih baik daripada naik sedikit demi sedikit. Waktu itu, harga minyak dunia sedikit melebihi $70 setong dan harga minyak domestik ialah RM1.92.

Jun lalu naik 78sen, sebab harga minyak cecah $130 setong.

SEKARANG, harga minyak dunia ialah $48 setong. Di manakah letaknya keprihatinan kerajaan kepada rakyat apabila masih menetapkan harga minyak melebihi RM1.92 ??
Kalau baca tajuk di atas memang nampak kasar. Sebab semua orang tahu babi ni sangat sensitif untuk orang Melayu dan Islam khasnya..semuanya gara-gara TV3 pada malam Khamis 19.11.08 yang menyiarkan berita mengenai rancangan penternakan babi moden di Bukit Selambau, Kedah. Berita yang aku agak kurang lengkap ini dan menjadi tajuk utama berita menyatakan seolah-olah kerajaan negeri sekarang telah bersetuju untuk membangunkan penternakan ladang babi moden di situ. (Rujuk berita tv3 di sini)

Sebenarnya mengikut Utusan Online Kerajaan negeri hanya akan membuka ladang babi moden secara berpusat di kawasan tersebut jika ianya tidak mendapat bantahan daripada penduduk tempatan. Kerajaan negeri dalam jawapan bertulis pada Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-12 yang dikeluarkan hari ini memberitahu, tapak seluas 162 hektar itu telah diluluskan pada 4 Disember tahun lalu (sebelum PRU12).

Jawapan bertulis kerajaan negeri itu sebagai menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah yang bertanyakan sama ada kerajaan negeri mempunyai perancangan untuk membuka ladang bagi menternak babi secara komersial bagi menampung keperluan masyarakat bukan Islam di negeri Kedah dan Pulau Pinang yang asalnya telah diluluskan pada 4 Disenber 2008.

Jadi di sini nampaknya tv3 jelas tidak menyiarkan sepenuhnya isu itu. Secara ringkas kerajaan lama dah lulus, tup2 bulan March kalah, kerajaan baru ambil alih, bila sidang DUN ADUN bertanya tentang perkara (penternakan babi) yang diluluskan, nak terus ke tak? Kerajaan baru kata tengok penduduk kalau bantah tak payah, kalau tak bantah kita buat..sebab dah diluluskan. MB mesti tahu penduduk mesti bantah..so mesti tak jadi punya ladang tu.
Apa itu Favicon?Favicon adalah sebuah logo atau grafik kecil yang terletak pada kotak sebelah kiri URL browser (Firefox & Internet Explorer) anda. Juga dikenali sebagai website icon, page icon atau urlicon. Favicon biasanya digunakan dalam URL bar, fungsi bookmark dan juga pada tab browser.

Lihat gambarajah berikut sebagai contoh. Tanda no 1 & 2 adalah salah satu bentuk favicon yang di maksudkan :

Langkah-langkah membina Favicon [klik sini]. Aku belum cuba lagi..korang buat dulu..hehehe..dah buat promote laa..boleh tengok. Selamat mencuba...
Mulai 1 Jan tahun depan pengguna kenderaan persendirian Kelas 1 yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Elite dari 12 tengah malam hingga 7 pagi akan menerima diskaun tol sebanyak 10 peratus untuk tempoh dua tahun .

Diskaun 20 peratus turut diberikan kepada pengguna kenderaan Kelas 1 yang menggunakan lebuh raya dari 12 tengah malam hingga 7 pagi pada hari perayaan Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas, juga untuk tempoh dua tahun juga berkuatkuasa tahun depan.

Ulasan penulis:
1. Ini adalah satu pelan yang boleh meningkatkan kadar kemalangan dilebuhraya pada waktu malam. Sebabnya pengguna-pengguna lebuhraya kemungkinan besar akan meningkat pada waktu yang disebutkan diatas (12 tengah malam - 7 pagi) semata-mata ingin mendapatkan "diskaun" yang tak seberapa dari pihak PLUS (dalam keadaan ekonomi meleset, rakyat akan melakukan apa saja untuk mengurangkan kos perbelanjaan).

2. Berapa pula statistik kes melanggar had laju yang akan dicatatkan di ke dua2 lebuhraya PLUS dan ELITE selepas ini? Yer la..tak mustahil ada pemandu yang akan memandu kenderaan melebihi had laju yang ditetapkan kerana mengejar waktu diskaun. Kejadian ini akan berlaku pada waktu pagi sebab masing-masing memecut laju untuk tiba dekat tol supaya tak terlepas pukul 7.oo pagi seperti mengejar 'punch card'. Maka kejadia 'jam' akan menjadi lebih teruk lagi.

3. Jam 12 tengah malam hingga 7 pagi bukanlah waktu yang baik dan sesuai untuk pemanduan jarak jauh...berbagai bahaya menanti di lebuhraya pada waktu itu. Banyak kes-kes kemalangan, rompakan dan berbagai jenayah lebuhraya sering dilaporkan berlaku pada waktu tersebut. Waktu sambutan hari raya contohnya diskaun 20% diberi..tapi boleh menyebabkan kejadian no 1 di atas. (baca semula..hehehe)

Sepatutnya tidak perlulah diberi diskaun, kurangkan terus kadar tol tanpa mengira waktu siang atau malam. Itupun kalau nak laa...ataupun kalau nak berdiskaun juga, berilah pada waktu orang ramai hendak pergi kerja (6.00-9.00 pagi) dan pulang dari kerja (4.00-7.00 malam). Pada waktu begini lah ramai sekali pemandu kenderaan yang berada di jalan raya. Khususnya di bandar2..
1) Minyak turun: Kerajaan hari ini mengumumkan penurunan harga petrol dan diesel sebanyak 15 sen seliter berkuatkuasa hari ini. (18.11.08)

2) Beras turun: Harga siling beras lima peratus hancur tempatan (ST5) turun 20 sen kepada RM2.60 sekilogram daripada RM2.80 manakala beras 10 peratus hancur tempatan (ST10) turun 30 sen kepada RM2.40 berbanding RM2.70 sebelum ini.

3) Kemungkinan 'TOL' pun akan turun juga selepas ini...:Plus Expressways Berhad (Plus) dijangka menurunkan kadar tol di lebuh raya kendaliannya dan pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat oleh syarikat berkenaan Selasa ini, kata Menteri Kerjaraya, Datuk Mohd Zin Mohamed.

4) Agak-agak ada lagi ker yang akan turun selepas ini...??
Hari ini merupakan hari ke3 SPM berlangsung. Hari ini juga keputusan UPSR bagi sekolah rendah diumumkan..Hari ini juga hari terakhir sesi persekolahan bagi tahun 2008..bermakna hampir semua pelajar akan bercuti termasuk guru-guru kecuali sesetengah pelajar tingkatan 5 dan guru-guru yang bertugas semasa cuti sekolah...aku pun termasuk dalam kumpulan itu, kena bertugas jaga periksa, terima jela. Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris dan Matematik dah selesai untuk hari ke3 ini. Masih jauh perjalanan pelajar-pelajar ini sehingga 4dec ini. Sebenarnya aku cuma nak berkongsi sedikit pengalaman saja sewaktu menjaga kertas Matematik hari ni. Timbul rasa kesian, bila tengok segelintir pelajar yang tidak mampu menjawab dengan penuh soalan Matematik hari ini..

Antara keluhan pelajar, selepas bersembang secara tak rasmi selepas peperiksaan..mereka kata tak faham soalan. Walaupn dwibahasa yakni boleh baca BM kalau tak faham BI tapi mereka tetap tak faham kerana Cikgu ajar dalam BI dalam kelas (mereka kurang faham). Jadi kalau Cikgu ajar dalam BM mereka mungkin akan faham. Jadi kesimpulannya subjek Math ni kena ajar dalam BM supaya pelajar betul-betul faham baru boleh jawab soalan. Agak merugikan jika pelajar tak faham sebab cikgu cakap dalam BI..bila dapat soalan tak boleh jawab. Masalah ini banyak terjadi kepada pelajar-pelajar di luar bandar khusunya..

Tentang nak mempertingkatkan penguasaan pelajar dalam BI itu kena fikir kaedah lain rasanya. Antara cadangan yang boleh dibuat seperti memperbanyakkan waktu belajar BI, tambah bilangan guru-guru BI dan adakan subjek Bahasa Inggeris Komunikasi. Masa subjek tu pelajar speaking jer dari awal sampai habis waktu..lama-lama pandai la..jangan lah kita hendak mengejar menguasai BI sehinggakan subjek lain ikut tergadai sama umpama "yang dikejar tak dapat yang dikendong pula keciciran"..
Perkembangan terbaru di negeri yang terkenal dengan boria ini, Ketua Menaterinya telah pun melancarkan teknologi Wi-Fi yang boleh digunakan di seluruh Pulau Pinang. Apa tu Wi-Fi? Kalau nak tau, Wi-Fi ni adalah perkhidmatan internet tanpa wayar sepertimana yang banyak terdapat di Starbuck, Old Town, Coffe Bean dan lain-lain tempat lagi. Kini ianya telahpun diperkenalkan di seluruh Pulau Pinang secara berperingkat-peringkat. Mulai September baru-baru ini Bangunan KOMTAR telah pun mempunyai Wi-Fi dan sedia untuk digunakan.

Hal ini merupakan suatu perkara yang paling membanggakan rakyat Pulau Pinang khususnya kerana telah mendahului negeri-negeri lain dalam teknologi internet tanpa wayar ini. Harap-harap lepas ni Kedah pun ikut sama macam Penang..senang sikit, asyik-asyik kabel kena curi saja...boleh kut?

Tetapi sebelum anda boleh menggunakankemudahan Wi-Fi percuma ini, kenalah daftar dulu kat [sini] senang jer...

Kalau nak tahu kawasan yang WiFi ni boleh digunakan di negeri Pulau Pinang bolehlah semak kat [sini]


Ya Allah berikan kemudahan dan ketenangan kepada pelajar-pelajarku semasa berjuang di medan jihad ilmu pada hari esok.
Ya Allah jauhkan mereka dari sifat lupa dan putus asa. Berikan mereka minda yang segar dan semangat yang berkobar-kobar demi menjulang agamaMu di pentas dunia ini.
Ya Allah berikan kejayaan kepada semua anak didikku dengan kejayaan yang gemilang. Limpahi rahmat dan pertolonganMu kepada pelajar muslim agar mereka berjaya di dunia dan di akhirat.. Amin Ya Allah..

Selamat menghadapi SPM 2008 buat semua pelajar SMKAB dan semua pelajar di seluruh negara..."Hidup biarlah terus berjaya"
Masih ingat lagi tak lagu nyanyian Zainal Hitam ini. Suatu ketika dulu kalau dengar Pak Din (Allahyarham Azarudin Othman) Radio 3 Alor Setar (sekarang Kedah.fm) memang selalu putarkan lagu ini. Sekarang ada juga tapi jarang-jarang.. Lagu ini perihal seloka rakyat Kedah yang menceritakan tempat-tempat menarik di Negeri Kedah. Mai kita layan lagu ni...korang tau ke tajuk lagu ni?

Malam ini (7.11.08 jam 8 malam), semua warga SMKAB termasuk guru2 dan staf telah menghadiri majlis jamuan akhir tahun tingkatan 5 dan juga majlis perpisahan untuk mereka. Minggu hadapan bermulalah cabaran sebenar mereka sepanjang 5 tahun berada di sekolah. SPM 2008 akan bermula Selasa ini 11.11.08.

Di sini cikgu semua mengucapkan selamat menduduki peperiksaan SPM 2008 untuk semua calon tahun ini, walaupun ini hanyalah salah satu ujian awal kerana ujian seterusnya masih lagi menunggu di hadapan...tetapi permulaan yang baik memudahkan perjalanan menuju destinasi akhir. .

Tahniah kepada semua pelajar yang bertungkus lumus meyediakan persiapan majlis sehingga berjalan dengan lancar. Semoga anda semua berjaya.


TIME, LIKE LIFE CANNOT BE RECALLED
Sebenarnya idea untuk menulis tentang tajuk ini adalah hasil terbitnya Catatan Medan (Part 1) sebelum ini. Tujuannya cumalah untuk memberi sedikit input mengenai Kota Medan dan untuk membangkitkan mood nak pergi Medan...lagi 26 hari, tak lama dah.

Untuk info pertukaran matawang terkini Ringgit Malaysia ke Rupiah Indonesia adalah RM1 bersamaan dengan Rp3147.55. Ini bermakna anda akan menjadi jutawan segera jika berada di Medan untuk 3,4 hari di sana...



Lagi-lagi tentang Medan (Klik sini)
Download tentatif lawatan (klik sini)



Calon Demokrat, Barrack Obama mencapai kemenangan dan menjadi presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat. Manakala calon Republik, John McCain mengucap tahniah kepada Obama selepas kemenangan Obama itu.

Sehingga jam 12.20 tengah hari ini, Obama mendahului dengan kutipan 297 undi berbanding calon Republik, John McCain yang memperoleh 145 undi. Calon memerlukan sejumlah 270 undi untuk menang.

Kemenangan terbesar bagi Obama ialah apabila beliau diisytiharkan pemenang di Ohio dan Pennsylvania - tempat berlakunya kempen yang paling panas dan sengit antara kedua-dua calon tersebut.



bacaan lanjut di Malaysiakini
Tak ada pembaris kerusi pun boleh..

Masa sekolah tadika..
Cikgu : Amri, awak ada berapa beradik?
Amri : Tiga, cikgu
Cikgu : Awak yg paling tua?
Amri : Tak. Atuk saya... .

Masa sekolah rendah..
Suatu hari, Amri ponteng sekolah. Dia telefon guru kelasnya dan menyamar sebagai ibunya.
Amri : Hello, adakah itu Cikgu Aminah binti Ali, guru kelas tahun 6 hijau?
Cikgu : Ya, saya.
Amri : Cikgu, hari ini Amri tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit.
Cikgu : Ok...ok..., er...boleh saya tahu siape yang sedang bercakap?
Amri : Emak saya...

Masa sekolah menengah..
Suatu hari seorang ibu hairan apabila anaknya pulang awal dari sekolah tidak seperti biasa
Ibu : "Amri kenapa kamu pulang awal hari ini sedangkan jam baru pukul 10.00 pagi.."
Amri : "oo.. tadi Amri boleh jawab soalan Cikgu Aminah dengan tepat..lalu disuruh pulang... "
Ibu : "Oooo... bagus.. pandai anak ibu... apa soalan dari cikgu kamu itu?"
Amri : "Cikgu tanya... SIAPA YANG MEMBALING KASUT KE MUKA CIKGU ?

Bila dah habis SPM..
Cikgu Aminah bertanyakan pada Amri pada hari keputusan peperiksaan SPM keluar.
Cikgu : Tahniah, kerana mendapat keputusan cemerlang!
Amri : Terima kasih cikgu.
Cikgu : Saya tahu, kamu telah buat yang terbaik untuk peperiksaan kamu. Jadi apa rancangan kamu selepas ini ?
Amri : Balik ke rumah!!

Moral: Jadi cikgu kena banyak bersabar...kerana guru adalah insan hebat yang menjalankan tugas mulia..kerana sejarah juga sudah membuktikan lahirnya seorang PM itu mahupun mana-mana pemimpin di dunia ini asalnya adalah dari seorang guru yang mengajar tulis dan baca..
Sabtu: 1 Nov 2008 semua guru SMKAB telah menghadiri kursus dalaman yang terakhir untuk tahun 2008 ini. Melalui kerjasama Panitia PJ/PK dan Unit Kaunseling kursus ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya..

Kursus ini dinamakan sebagai Kursus Ujian Segak. Aktiviti dimulakan dengan senam robik beramai-ramai dengan iringan instructor yang diimport khas dari luar negara (pakai cd jer...). Kemudian barulah aktiviti ujian segak ini dilakukan oleh cikgu-cikgu yang sungguh komited dan dedikasi itu...


Kandungan video: Ujian tekan tubi:Masa ni la yang paling best...tang orang lain buat yang lain pakat-pakat dok kondem..riuh satu dewan..kita tengok jela si zaimi ni kena...tapi Ustaz Othman memang power!!

Ujian jangkaun melunjur: Cuma baring dengan kaki dbengkokkan..kemudian bangun dengan tangan diluruskan..buat selama yang boleh..tengoklah aksi-aksi mereka ini..yang cekang urat pun ada..kurang senam tu..

Ujian naik turun bangku: Nampak senang, ya memang senang..cuma naik atas bangku, kemudian turun balik mengikut detik jam selama 3 minit. Selepas 5 saat ambil nadi...Yang cool nadi rendah la..yang gelabah nadi kuat...mudahkan?

Aktiviti ringkuk tubi separa: Yang cekang urat memang susah nak buat..tapi tetap berusaha dan memang wajar dipuji..tengklah gaya-gaya Ramzi, Ust Alaudin, Ust Zurin, Cg Z, Sir Azizi..

Tapi kadang-kadang lain yang diajar lain pulak yang dibuat oleh cikgu-cikgu ni...saksikan lah semasa ujian naik turun bangku dilakukan...
(antara yang ada dalam video: Cg Ramzi, Cg Zaimi, Cikgu Zakaria, Cg Rosli, Cg Azli, Sir Azizi, Cg Zakaria, Cg Lini, Cg Zuraidah, Cg Liza, Cg Wan, Cg Mas, Cg Aini, Cg, Cg Suhaimi, Ust Zurin, Ust Alaud, Ust Ya, Cg Shidi, Cg Ghazali, Cg Amzari, Cg Hisahamudin, Ust Sham, Cg Ter dan ramai lagi...tengoklah!)