Bloger rmz sedang di asak oleh aku..hahahah!
Ngantuk nie, dah pukul 2.41 am.
Family day...boleh lah dikatakan meriah walaupun perit matahari membakar kulit tengah hari tu..26.1.2009 bertempat di Iron lake Agro Farm (promosi free nie...), aktiviti memancing, mensiang ikan, membakar, menggoreng, memasak dsb dilakukan dengan penuh kerjasama erat...heheh..

Fuhh...kerja berat biasanya di bayar dengan habuan diakhirnya..nasi berlaukkan talapia dan ayam panggang, di cicah pula ulam bersama asam pedas...hmm bertuah sungguh jimi yer...mail? alahai rugi laa...

Lain kali boleh buat lagi noo...tuan rumah kena sedia khemah siap dengan kipas nie...


memanggang ikan dan ayam...buluh tu sapa ambik??


menggoreng...yang last tu sampai tertinggal, rentung...


haaa..tambah2 nasi tu...jimi jimi....bertuah sungguh!!

gambar oleh neldras. Lain-lain gambar klik sini



[kemaskini]

Maaf lah wahai cik rmz, lupa lak nak siarkan gambar hang yang cun tu...gambar ini didedikasi khas buat bloger rmz...



[entry asal]

Kejohanan merentas desa sekolah..biasa lah aktiviti sukan tahunan yang menghiasi kalendar/takwim persekolahan setiap sekolah. Tahun 2008, masih lagi track lama (mungkin bertukar tahun hadapan..rasanya laa)..

Kejohanan bermula jam 8.30 pagi, 22.1.2008. Lihat aksi2 gambar di bawah yang sempat di rakam sewaktu bertugas sebagai marshal pada hari rehearsal dan kejohanan sebenar tersebut..


lari-lari..eyah eyah


peace....dan posing lagi tu. eh yang kiri student ker nie?


baik naik moto terus...macam aku. hahaha


jaga check point ker dok check bende lain ustaz...hehehe

Lagu Aku Bukan Musuh Harta hasil ciptaan Dr Asri bekas mufti Negeri Perlis ini telah di ban oleh RTM. Kenapa di ban? Hanya RTM yang ada jawapannya...

Tapi, lagu nyanyian Kopratasa ini memang mempunyai maksud mendalam..suatu dedikasi khas untuk pemimpin-pemimpin yang tamakkan harta duniawi semata-mata.




Dulu RTM1 kini TV1...kalau dulu RTM1 saluran perdana kemudian di tukar ke saluran infotainment anda. Tagline itu tidak lama kemudian ditukar kepada saluran inforia kerana dikritik hebat oleh pakar-pakar bahasa, kini TV1 menggunakan tagline saluran informasi. Emm...nampak bagus!

Bagaimana pula dengan TV2? Dulu RTM2 menggunakan tagline saluran emas The Golden Channel)..lalu di tukar kepada saluran famili anda kemudian terbaru melalui TV2 kini ianya bertukar kepada dunia ria. Emm..nampak bagus juga!

Tapi...tengok bawah..

Gambar ni di ambil di simpang ke UITM Arau. sebelum Istana Arau atau berhadapan dengan Pejabat Ahli Parlimen Arau..jangan ada darah yang menderau dah..





sila klik gambar untuk paparan yang lebih jelas

Perniagaan ini beroperasi di negara Muslim, memberi pekerjaan dan meningkatkan ekonomi. Tidakkah usaha boikot merugikan kita sendiri?

Benar, banyak dari syarikat perniagaan yang tersenarai menjalankan operasi atau perniagaan mereka di negara-negara Islam, justeru mereka memberi pekerjaan kepada masyarakat Islam dan membantu ekonomi negara Islam. Tetapi kita seharusnya belajar dari peristiwa-peristiwa pembangunan ekonomi dunia, di mana keruntuhan sesebuah entiti perniagaan selalunya membuka peluang kepada entiti yang lain. Kita seharusnya mengambil situasi ini sebagai peluang untuk membina ekonomi sendiri, bukan sebagai kehilangan punca ekonomi.

Sebagai contoh, Coca-Cola yang sekian lama mendominasi pasaran Asia Tengah telah mengalami kemerosotan jualan sehingga 60% akibat boikot. Kemerosotan ini telah membuka peluang kepada produk alternatif milik perniagaan Muslim dari Iran, ZamZam Cola. ZamZam Cola sehinggakan tidak dapat menampung permintaan bagi memenuhi kekosongan pasaran Coca-Cola. Malahan, mereka berjaya menjual sebayak 4milion tin minuman dalam minggu pertama, suatu yang tidak sekali-kali dijangka. Sekarang? ZamZam Cola meluaskan perniagaan dengan membuka kilang-kilang di negara Teluk, sekaligus memberi peluang pekerjaan yang jauh lebih menyeluruh kepada masyarakat. Dan buat pertama kalinya sebuah negara dari Eropah, iaitu Denmark, mula mengimpot ZamZam Cola.

Senario sama berlaku di Mesir pada tahun 2001, di mana penutupan syarikat Sainsbury telah berjaya meningkatkan perniagaan milik tempatan yang tidak mungkin mampu bertahan dengan dominasi pasaran syarikat-syarikat besar dari luar.

Buat kita di Malaysia, apakah salahnya kita meninggalkan ayam goreng McDonald’s dan seterusnya mencuba produk alternatif, contohnya Radix Fried Chicken atau mana-mana restoran Mamak Muslim berdekatan. Tidak rugi kita meninggalkan minuman Coca-Cola dengan memilih alternatif produk tempatan yang diusahakan oleh orang Islam. Apakah salahnya kita beralih daripada mengunjungi Pasaraya Tesco kepada Pasaraya Maidin?

Apakah usaha ini akan berjaya?

Mengapa tidak? Lihat kepada salah satu syarikat yang mengalami kesan teruk akibat boikot - McDonald’s.

McDonald’s merupakan “rakan korporat utama” kepada Jewish United Fund (JUF.) JUF menggelarkan diri mereka sebagai “bekerja untuk mengukuh ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik kepada Israel; memerhati dan sekiranya perlu, memberi respon kepada laporan media berkenaan Israel.” Pengerusi dan Ketua Eksekutif McDonald’s adalah Jack M Greeberg, yang juga merupakan Pengarah Kehormat American-Israel Chamber of Commerce and Industry.

Dalam bulan Oktober 2002, McDonald’s menutup operasi mereka di Asia Tengah kerana kerugian akibat kesan secara langsung daripada usaha boikot. Di Jordan, 2 daripada 6 francais McDonald’s terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan. Di Mesir, McDonald’s terpaksa menukar jenama mereka kepada Manfoods sebagai usaha untuk mengelirukan pelanggan. Usaha menukar jenama itu tidak berjaya, dan pihak berkuasa Mesir terpaksa diarahkan mengawal pintu-pintu masuk ke restoran McDonald’s akibat tindakan masyarakat yang membaling batu ke arah restoran berkenaan. Sejumlah 175 restoran mungkin ditutup, dengan membawa kerugian sebayak USD350juta.

Sekiranya syarikat gergasi seperti McDonald’s boleh menerima kesan dan tekanan akibat boikot, sudah tentu syarikat-syarikat yang lebih kecil, yang menyokong Israel, akan membuka mata dan berhati-hati dengan usaha boikot ini.

Dalam kes memboikot Amazon.com, perniagaan yang menjual buku dan produk berkaitan melalui internet tersebut telah menghentikan kerjasama mereka dengan Jerusalem Post pada bulan November 2002. Jerusalem Post telah menyumbang sebahagian daripada keuntungan hasil kerjasama dengan Amazon.com kepada tentera Israel yang pulang dari tugasan mereka di daerah Palestin.

Iklan-iklan Amazon.com yang berbunyi “Buy Amazon.com & Support Israel” dipaparkan dalam hampir setiap mukasurat Jerusalem Post. Amazon akhirnya dikatakan memberhentikan kerjasama tersebut akibat desakan pelanggan yang prihatin.

Beberapa syarikat yang sedih dengan apa yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap Palestin, membuat keputusan untuk turut bersama memboikot Israel.

Pada bulan May 2002, Texas Automotive Export, iaitu sebuah syarikat di US yang mengekspot peralatan kereta telah memutuskan untuk tidak meneruskan perniagaan dengan Israel.

Kejayaan dan sambutan boikot memang membimbangkan US dan Israel, sehinggakan US mengancam untuk mengenakan denda terhadap syarikat yang terlibat dengan boikot ini. Jabatan Perdagangan US telah mengenakan lebih dari USD 26milion denda tidak lagi mengeluarkan lesen ekspot kepada syarikat yang terlibat.

sumber: Kedahlanie
KUALA LUMPUR: Kira-kira 5,000 aktivis dan anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam berarak menyertai perhimpunan aman di hadapan kedutaan Amerika Syarikat (AS) bagi membantah pencerobohan Israel di Gaza yang kini masuk hari ke-12.

Perhimpunan anjuran bersama Dewan Pemuda PAS Pusat dan 15 NGO itu turut menyerahkan memorandum bantahan bagi menggesa campur tangan segera AS dalam menangani konflik di Palestin. Dalam perhimpunan itu juga, saranan supaya memboikot barangan keluaran Israel dan Amerika juga dinyatakan. Memang betul, ini sebagai satu tanda protes rakyat terhadap keangkuhan dan kekejaman rejim zionis itu. Antara barangan popular di Malaysia yang merupakan barangan keluaran Amerika adalah seperti di bawah. BOIKOTT........!!!!!!!!!!

lain-lain barangan sila [klik sini]

Gambar aku masa kecik2 dulu...cari la yang mana agak2nya...Thanks to Rostini yang telah tag gambar ni kat aku. Masa ni tahun 1989, aku kelas 3 Hijau. Kepada rakan2 aku yang ada dalam gambar ni...kebanyakkannya ada juga yang jumpa time2 raya...atau time balik kampung. Yang lain2 tu...ada yang dah lama tak jumpa..

Sekolah Kebangsaan Padang Melangit..inilah namanya sekolah aku tu..



Haaa...jangan terkejut, gambar masa aku tadika pun ada di sini. Tengoklah...masa ni tahun 1986. Konvokesyen di KEMAS Alor Tampang..