Bila baca balik berita bertarikh 5 Julai 2008 ini, sebenarnya isu ini tidak pernah selesai..tak kira di mana tempat kerja anda khususnya guru. Aku belumlah sampai ke tahap kronik sehingga masuk hospital..tetapi rasa pening, sakit kepala, nak demam..itu selalulah..itu yang aku rasa. So, untuk kawan-kawan di sekolah..sorry lah tak boleh nak join malam tadi dan malam ni..esok En. Nasir nak mai...

Apa yang aku sibukkan sangat sekarang ini. Entahlah semua orang sibuk, rasanya semua orang faham. Mungkin rasa tanggungjawab tak sama kut, itu yang aku terbeban sekarang ni. Amanah dan tanggungjawab aku dahulukan...yang lain-lain tolak tepi.
Baca seterusnya..

Bermula dengan stok bengkel yang perlu pembaharuan semula (setelah ditinggalkan sebegitu lama..ingat aku baru pegang tahun ni)..6 fail stok (minimum) perlu dibuat pembaharuan...beli baru, balut, mengisi maklumat.....letih!! Itu belum lagi kira satu-satu peralatan bengkel seperti file, scriber, chisel, tong dan banyak lagi lah..

Digemparkan pula dengan perancangan strategik setiap tingkatan, post mortem ujian Februari (7 kelas semuanya), post mortem SPM. Hari Anugerah Cemerlang...kerja-kerja lain sedikit tertangguh..Ini semua perlu dimuatkan dalam fail panitia (7 fail semuanya..) dan lebih 40 item perlu dilengkapkan..Fuh!

Jangan lupa kelas cikgu! P&P wajib dilaksanakan..kerja kursus pelajar mesti berjalan. Ini lagi satu kerja memenatkan sebenarnya..memantau pelajar melaksanakan kerja kursus. Bukan calang-calang kerja kursus, site supervisor pun tak sanggup nak handle..soal keselamatan pelajar, kebersihan bengkel, pengurusan masa semuanya perlu di jaga, akhirnya aku pun letih sama...sorry pada cikgu-cikgu yang masanya terpaksa dicuri...hehe

Antara projek yang dijalankan...gazebo bersaiz 4' x 5'. Boleh baring nie...terdapat 6 kumpulan yakni 6 produk berlainan yang akan dihasilkan...

Soal keselamatan adalah utama..baik-baik guna chisel tu..

Alat ketam elektrik..yang baru deperbaiki...rosak pun diaorang ni yang buat...Lain-lain gambar akan dimasukkan kemudian setelah projek siap nanti..

Banyak lagi yang yang menunggu...pelajar-pelajar semakin ramai datang bertanyakan robotik, F1..bila nak start? bila nak buat latihan? Cikgu, kawan saya nak masuh team, boleh tak? Isk, budak-budak ni tak reti penat ker? 5 bulan lagi Percubaan SPM. Itu yang penting sebenarnya..tetapi seringkali kita lupa core business kita..tujuan asal kita ke sekolah..
Alhamdulillah selesai sudah program Hari Anugerah Cemerlang SMKA Baling Tahun 2009 siang tadi (26.3.09). Persiapan yang meletihkan..3,4 hari! Namun segalanya berjalan lancar apabila ketibaan tetamu kehormat Yang Berbahagia Tuan Haji Rashid bin Ngah, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, KPM merasmikan majlis tersebut...

Yang Berbahagia Tuan Haji Rashid bin Ngah, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam diiringi oleh Tuan Pengetua, PPD Baling Sik dan Pegawai dari JPN Kedah
Ucapan pembukaan YDP PIBG, diikuti Tuan Pengetua kemudiannya perasmian oleh Tuan Pengarah, majlis diserikan dengan persembahan pelajar..nasyid oleh pelajar sekolah yang baru saja berjaya menjadi johan peringkat zon..Tahniah juga

Antara penerima-penerima anugerah kecemerlangan..Tahniah!
Tahniah buat semua penerima-penerima anugerah kecemerlangan pada kali ini. Juga buat Pasukan Robotik SMKAB tahun 2007 dan 2008 dan F1 InSchools, cikgu mengucapkan jutaan tahniah di atas komitmen anda selama ini..semoga kejayaan akan berterusan hendaknya..

Bergambar kenangan bersama Tuan Haji Rashid bin Ngah..
Selain pelajar, sekalung tahniah juga kepada semua guru, staf sokongan yang berrjaya menganjurkan majlis ini dan juga di atas usaha dan kesungguhan untuk melaksanakan semua aktiviti sekolah sama ada kurikulum, kokurikulum, dan sebagainya..Hasil usaha gigih yang intim oleh andalah maka lahirnya pelajar cemerlang ini..

Hmm..gambar sebelum majlis rasmi berlangsung...Guru yang juga AJK dalam majlis tersebut..Terima kasih kepada yang mengambil gambar...
Antara gambar candid hari anugerah yang di ambil...
Lagi gambar tengok [sini].

Dalam kenangan...Tahniah buat sahabat Mail yang akan memulakan tugas di tempat baru tidak lama nanti...semoga kuat fizikal dan mental serta bersemangat kental untuk meneruskan kerja dan bakti di tempat baru walaupun mungkin dalam suasana yang berbeza..semoga dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sempurna...

Tiada lagi pakar drop di gelanggang badminton, tiada lagi defender kental dalam gawang gol futsal, tiada lagi penganalisis isu-isu rumahtangga, tiada lagi penghuni di Jimi's Hostel, tiada lagi gelak-gelak kecil..semuanya tiada. Mungkin yang ada hanyalah gambar-gambar lama sahaja kerana namanya juga tiada dalam majalah sekolah...haha

Rosli dan Mail sudah..lagi dua orang tu bila lagi??Langgar atau Kangar??Kalau ikut abjad menaik (JKL)..Jerai, Jitra, Kangar, Langgar..Hmm!

Akhir kata buat Mail..ada pertemuan akhirnya perpisahan, semoga berjumpa lagi...

Hahaha...saja jer letak entry ni..bukan apa sekadar membuatkan penyokong Manchester United sesak nafas dalam misi mempertahankan takhta liga..terbaru skuad Rafael Benitez kali ini menjadikan Aston Villa mangsa seterusnya di Anfield dengan kemenangan bergaya 5-0. Buat penyokong MU, bersabarlah...hehe

HIDUP LIVERPOOL!!
Lihat contoh di bawah...kenapa ini berlaku?

Adakah pelajar tersebut tidak faham soalan? Mungkin, sebab soalan tersebut dalam bahasa inggeris lalu menyukarkan pelajar tersebut untuk memahami soalan tersebut. Kerana pelajar tersebut lemah dalam bahasa inggeris (kebanyakkannya pelajar luar bandar/pedalaman)..

Jadi apa perlu di buat? Mantapkan atau perkasakan penguasaan pelajar tersebut dengan ilmu bahasa inggeris dahulu melalui subjek bahasa inggeris..

Atau mungkin pelajar tersebut faham soalan tersebut..tetapi masih tidak mampu untuk menjawabnya. Kenapa? sebab semasa dalam kelas cikgu menerangkan langkah-langkah penyelesaian dalam bahasa inggeris menyebabkan dia langsung tidak faham apa-apa..tambahan pula kalau penerangan guru pun tersangkut-sangkut kerana telalu hendak mem 'b.i' kan ayat...

Jadi siapa yang rugi? Tentulah pelajar tersebut..sebab? Sudahlah bahasa inggeris lemah lalu tidak ada apa-apa program peningkatan penguasaan bahasa inggeris, di tambah pula belajar sains, fizik dll dalam bahasa inggeris..bahasa inggeris entah ke mana, ilmu sains entah ke mana..jadilah seperti gambar di bawah ini pula!

Pernah tak kajian mengenai ppsmi melibatkan para guru dan pelajar? Agak-agak kalau guru dan pelajar menjadi responden apa keputusannya...

PUTRAJAYA 20 Mac - Sebanyak 1,000 siswazah akan dilantik sebagai guru kontrak di bawah program Tenaga Pengajar Secara Kontrak dengan peruntukan RM48 juta.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, guru-guru yang terpilih dijangka dapat memulakan perkhidmatan selewat-lewatnya pada Mei ini.

Beliau berkata, peluang tersebut dibuka kepada semua peringkat pencari kerja sama ada siswazah atau mereka yang sedang mencari pekerjaan. Berita penuh di [sini].

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA!!
[Tema hari guru 2009]

Hip: Tapi tidakkah Johan tahu perbuatan seperti itu kurang manis?

Johan:
Saya hairanlah, mengapa apabila kami berbuat begitu, orang pandang serong, tapi bila artis lain buat perkara sama, tidak ada siapa yang pertikaikan. Kami cuma laga pipi, dan perkara ini juga dilakukan artis lain apabila mereka berjumpa. Lagi pun, adalah lebih baik apabila kami, yang memang mengaku bercinta buat begitu, daripada mereka yang tidak mengaku bercinta, tetapi buat perkara yang serupa. Mengenai isu peluk itu, ingin saya jelaskan walaupun kami berpeluk tapi tidak sampai melekapkan dada masing-masing. Ozlyn hanya bergantung di leher saya dan saya sifatkan pelukan itu sebagai pelukan memberi semangat.

(yang ni gambar hiasan jer ni...)
Tak tahu nak ulas macam mana. Korang baca lah sendiri kat [sini] dan [sini]. Gambar kat [sini]. Lepas tu buat lah pertimbangan sendiri baik ke tak baik..sesuai ke tak sesuai...

Untuk kesemua pegawai yang berkhidmat dalam sektor awam, pastinya mengetahui apa itu Penilaian Tahap Kecekapan atau lebih ringkasnya dikenali sebagai PTK. Pada tarikh 17-19 Mac ini, kebanyakkannya akan menduduki peperiksaan PTK ini.

Jangan ada yang terlupa tarikh sudah! Ataupun silap tarikh, macam mail! Ataupun salah tempat! Yang hilang slip macam rmz, bersabarlah...Untuk kepastian sila semak di [sini]. Nak soalan tutorial di [sini].

SELAMAT BERJAYA BUAT SEMUA RAKAN GURU DAN STAF!!

BANDAR SERI BEGAWAN – Brunei secara rasmi menggugurkan tuntutannya sejak sekian lama terhadap Limbang, bahagian di utara Sarawak, menandakan bermulanya era baru dalam hubungan dua hala antara kedua-dua negara..

Limbang terletak di tebing Sungai Limbang di antara dua bahagian Brunei dan meliputi kawasan seluas 3,978 km persegi dengan populasi lebih 40,000, telah diilhakkan oleh Raja Brooke pada 1890 daripada Brunei untuk menjadi bahagian kelima Sarawak dan Brunei mempertikaikan tindakan pengilhakkan itu.

Selepas terlepas Pedra Branca ke tangan Singapura, kini Limbang menjadi hak Malaysia..
Ramai pelajar yang keliru, memilih program matrikulasi, asasi atau diploma selepas keputusan SPM diumumkan baru-baru ini. Rasanya belum terlambat untuk pelajar membuat pilihan kerana tarikh tutup untuk program-program ini masih ada...

Walaupun mungkin ramai pelajar telah didedahkan dengan program matrikulasi, asasi atau diploma oleh pihak sekolah, namun masih ada yang keliru..masih ada sms yang sampai bertanya tentang ini..

Matrikulasi dan program asasi adalah program khas yang dirangka untuk membolehkan pelajar cemerlang melangkau program diploma. Terdapat program satu tahun (PST) dan dua tahun (PDT) bagi matrikulasi. Matrikulasi yang popular sekarang ialah matrikulasi KPM..3 jenis program matrikulasi KPM iaitu matrikulasi sains, perakaunan dan teknikal (terbaru). Rujuk [sini].

Bagi program asasi seperti program asasi sains, undang-undang, pengajian islam, kejuruteraan, perakaunan dan banyak lagi juga memberi peluang lepasan SPM melangkau ke peringkat ijazah dalam tempoh singkat iaitu 1 tahun (2 semester). Contoh program asasi IPTA sila rujuk [sini].

Selepas tamat program matrikulasi atau asasi, iaitu dengan cemerlang pelajar layak meneruskan pengajian ke peringkat ijazah pertama aliran sains, perundangan, perubatan, kejuruteraan dsb..Rujuk [sini].

Diploma pula terbuka kepada semua lepasan SPM untuk tempoh pembelajaran yang panjang iaitu 3 tahun. Hanya selepas tamat diploma, barulah pelajar boleh mengikuti program ijazah dalam bidang yang mereka minati, sama ada aliran sains, teknikal atau sastera. Selepas tamat pengajian pelajar boleh membuat keputusan sama ada terus sambung belajar (ijazah) atau terus bekerja..di sini lah kelebihan diploma.

Untuk pelajar semua, jika anda memilih matrikulasi atau program asasi ketahuilah bahawa kesusahan (strugle) anda dibayardengan kepantasan memasuki bidang ijazah dan dunia pekerjaan manakala program diploma, walaupun tidak terlalu strugle belajar (3 tahun) tetapi akan terlewat masuk ke peringkat ijazah dan seterusnya lambat memasuki bidang pekerjaan sebagai lepasan ijazah..

Walau apapun pilihan anda..hanya anda yang menentukannya..di harap post ini akan membantu pelajar sebelum tarikh akhir kemaskini borang 25 Mac ini (UPU). Tetapi bagi program matrikulasi KPM ianya telah ditutup.

Info: Matrikulasi teknikal anjuran KPM hanya kepada pelajar yang mengambil subjek Lukisan Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan/PKA/PKE/PKM
PUTRAJAYA, 12 Mac (Bernama) -- Sejumlah 6,277 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil berbanding 5,060 calon pada 2007.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya di seluruh negara..ingatlah ini baru permulaan..perjalanan anda semua masih jauh dan berliku. Jangan lupa kemaskini borang permohonan UPU 2 minggu dari sekarang...

Untuk pelajar SMKAB, tahniah diucapkan kepada Firdaus dan Muniroh yang berjaya mendapat 9A..

Ke mana anda selepas ini? Berikut merupakan panduan yang boleh pelajar ambil tindakan selepas keputusan SPM ini..

1. Mengemaskini permohonan borang UPU. Tarikh tutup 25 Mac. Rujuk [sini].
2. Memohon ke Kursus Perguruan Lepasan SPM (PISMP). Tarikh tutup 17 April. Rujuk [sini]
3. Memohon ke Politeknik. Tarikh tutup 22 Mac. Rujuk [sini].
4. Memohon ke Program Diploma atau Pra-Diploma UITM. Tarikh tutup 31 Mac. Rujuk [sini] dan [sini].
5. Memohon ke IPTS. Rujuk [sini] dan [sini].
6. Memohon ke Tingkatan 6
7. Memohon ke Institusi MARA spt UniKL, Kolej Poly-Tech MARA, Kolej Profesional MARA, IKM, KKTM dan GMI untuk program diploma atau sijil. Tarikh tutup 20 April. Rujuk [sini].

SEMOGA ANDA SEMUA BERJAYA KE IPT!!

Masih sekitar isu PPSMI yang belum ada sebarang keputusan lagi.. Perdana menteri meminta isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diselesaikan segera kerana bimbang bantahan orang ramai makin meluas pada masa depan.

Akibatnya? Beginilah jadinya.......Bahasa Melayu pun dah nak di 'b.i' kan..

Sebaik-baiknya...macam inilah!

Tapi jangan dok kaji, kaji dan kaji...tanpa sebarang tindakan! Jangan kita memberi alasan kita tidak akan maju jika tidak melaksanakan PPSMI kerana sejarah telah membuktikan sesiapa sahaja boleh maju walaupun menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar....

[kiri: ahli politik pangkat menteri, kanan:
Pengerusi Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN)]


Hari 4 (8.3.09)
Alhamdullilah tamat sudah MSSD Baling Sik selama 4 hari bersiaran secara alam maya di Sm Model Khas ini..perit jerih selama 4 hari ini membuahkan hasil yang agak berbaloi juga dari segi peningkatan pungutan pingat daripada tahun-tahun sebelumnya..

Tahun 2008 1e 2p 3g, tahun 2009 1e 4p 5g. Suatu peningkatan yang mendadak walaupun sasaran 2e tidak tercapai...

Antara nama-nama pemenang pingat SMKAB ialah:
1. Nornajihah Zainol (emas acara peluru P2)
2. Sharifudin Saidin (perak acara 1500m dan 800m L2)
3. Mohd Fakry Abd Halim (perak acara 400m dan 800m L1)
4. Nadia Farhanis Zulkifli (gangsa acara peluru, lembing, dan cakera L2)
5. Afiq Wahbi Mohd Termizi (gangsa acara 800m L2)
6. Muhd Nur Asyraf Azlan (gangsa acara 400m L2)

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang, juga seluruh kontijen sekolah yang bertungkus lumus mencuba untuk menyumbangkan pingat kepada sekolah...

Lebih membanggakan sekolah ialah apabila Nornajihah Zainol telah diumumkan olahragawati daerah kategori P2 apabila mencatat rekod baru kejohanan acara lontar peluru dengan jarak 7.40m..

Hujan lebat pasa sebelah petang memaksa acara penutup dan penyampaian hadiah beralih tempat dari padang sekolah ke dewan SM Model..

Kontijen SMKAB sampai di sekolah tepat jam 7.55 malam....penat sungguh!!

Sekitar gambar hari ke-4


acara 4x100m sedang berlangsung pada lewat petang...gambar sebelah KJ sedang menyejukkan badan anak buahnya...pemenang perakl 1500m dan 800m..


acara penutup pada mulanya diadakan di padang sekolah...hujan lebat pulak, semua diarahkan ke dewan..(belakang khemah nie)
Hari 2 (6.3.o9)
Pingat terus dikutip untuk hari ke-2..Alhamdulillah kontijen sekolah berjaya mendapat 1e dan 1g lagi menjadikan keseluruhan 1e dan 2g..semoga sasaran 2e, 2p dan 2g akan berjaya dicapai menjelang hari ke-4 nanti...

Cuaca cerah pada awal pagi tidak berterusan apabila hujan lebat turun mencurah-curah pada waktu petang memaksa acara 4x400m lelaki terpaksa ditunda esok (awal pagi).. InsyaAllah semoga berjaya ke peringkat akhir..


Pemandangan dari atas kejohanan sukan daerah di Sm Model Khas, Baling
Hari 1 (5.3.09)
Sungguh memenatkan...sejak dari pagi, seawal 8.00 pagi kontijen SMKAB telah berkampung di Sek Model Khas Baling sehingga 6.30 petang, selesainya hari pertama kejohanan MSSD..

Beraksi bukan atas pilihan juara..tetapi hari pertama membuahkan hasil menerusi gangsa acara lempar cakera 2P. Tahniah Nadia...sasaran 2e, 2p, 2g. Untuk tahun 2008 sekolah mendapat 1e 2p 3g..InsyaAllah.

Keadaan cuaca yang baik pada sebelah pagi berterusan sehingga petang..sehingga selesainya upacara perarakan dan perasmian..barulah hujan turun. Mujurlah tidak lebat...kejohanan diteruskan untuk acara 100m saringan pada sebelah petang.

Gambar2 sekitar Hari 1...


Atlit olahraga perempuan dan lelaki, bersama jurulatih-jurulatih. Zaimi mana kau?? Yang seluk poket tu KJ..


Antara pasukan beruniform yang mengambil bahagian..SMKAB menghantar pasukan pandu puteri..Ohh, kat sini kau yer Zaimi??


Berbaris menunggu ketibaan Pangarah JPNK..Pemeriksaan barisan kontijen2 yang mengambil bahagian oleh Pengrah JPN,Tuan Hj Shahidan Bin Abd Rahman diringi oleh PPD Baling SikTuan Hj Abd Rashid Bin Md Yosof..


Kak Edah dan Kak D...setia bersama kontijen olahraga saban tahun..semoga jasamu dikenang selama-lamanya...Kak D marah sapa tu?

Lagi gambar [klik sini]
Senarai individu terkaya di Malaysia update januari 2009 (terkini...!!)

Raja gula-Kuok Brothers Sdn Bhd
RM26.6 bilion
2.T. Ananda Krishnan
Maxis
RM20.1 bilion
Public Bank
RM8.15 bilion

4.Tan Sri Lee Shin Cheng
IOI Corporation
RM7.4 bilion



5.Tan Sri Quek Leng Chan
Hong Leong Group
RM4.5 bilion
6. Puan Sri Lee Kim Hua
Genting Group
RM3.5 bilion


7.Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
MMC corporation Berhad
RM3.2 bilion
Berjaya Group
RM1.8 bilion
9.Tan Sri Tiong Hiew King
Kumpulan Rimbunan Hijau
RM1.6 bilion




10.Tan Sri Azman Hashim
Arab Malaysian Corp
RM1.4 bilion




Tetapi...Yang Maha Kaya hanya 1......MasyaAllah
Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi)

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda :

"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Bismillaahirrohmaan irrohiim, Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakullahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Membacalah Sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan, perbanyaklah Bertasbih, Bertahmid, Bertahlil, Bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi Walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )

Wallahualam...