Melukis memang meyeronokkan...tetapi meletihkan..itu yang aku rasa malam ini, tetapi akhirnya siap juga lukisan yang tertangguh sebelum ini...pelan kecemasan sekolah!

Dengan bantuan Googlemap, akhirnya aku berjaya malakar seterusnya melukis pelan susun atur dan pelan kecemasan sekolah...nasib baik la ada kemudahan streamyx nie...bagus jugak yer..

pencarian pelan kawasan sekolah menggunakan satelit..Wow!. Dah jumpa apa lagi paint and print laa...


Seterusnya lukis terus gunakan AutoCAD berpandukan pelan dari satelit tadi...segalanya berjalan lancar walaupun mungkin ada sedikit kekurangannya...
Baling, 28.2.09: Suatu kemalangan melibatkan sebuah kereta dan motosikal telah berlaku sekitar jam 11.30 pagi..lokasi selepas simpang ke SK Kampung Keda dari Kupang ke Baling.. ketika kejadian mangsa mungkin sudah di bawa ke hospital..semoga selamat


50 meter sebelum tempat kejadian...


tempat kejadian...

Insaf aku melihat kejadian ini, kerana pengalaman penulis semdiri sukar dilupakan.. alhamdulillah segalanya selamat..
26-28 Feb 2009, Perkemahan Kursus Ketua Patrol Persekutuan Pengakap Derah Baling sedang diadakan di Tapak Perkhemahan Sungai Angkat JPS, Iboi, Baling... ketika artikel ini di tulis, program masih berjalan....

Kursus melibatkan lebih 15o peserta..semuanya bakal dianugerahkan Ketua Patrol Pengakap Muda dan Pengakap Remaja Daerah Baling...

Walaupun aku bukan ahli pengakap mana-mana daerah atau negeri....tetapi kehadiran sebagai tanda sokongan kepada rakan-rakan dan pelajar tetap diberikan...tak gitu?? Tak boleh lama-lama sebab esoknya aku ada hal keluarga...i'm sorry!!


8.15 malam: bergambar di dalam khemah...aktivti malam adalah memasang khemah dan memasak...nak tau masak apa?? tengoklah kat bawah tu..


masak maggi laa...cepat dan pantas, 3 minit aje..bukan tak nak masak nasi, tapi nak jimat masa dan tenaga pekerja...makan malam pelajar disediakan oleh pihak urusetia..terima kasih banyak-banyak..

antara peserta yang mengambil bahagian...pakaian waktu malam nie, kalau siang memang lengkap habis...Ram, lapar ker??

Esok panggang ayam ker? Aiseh...rugi tadak...takpa, sumbangan tetap ada untuk rakan-rakan..
Memiliki rumah sendiri memang idaman setiap orang..memilih untuk membeli rumah ataupun membina sendiri rumah mempunyai perbezaan yang sangat banyak terutamanya dari segi proses yang dilalui...

Penulis sendiri sudah sudah melalui 1 tahun peringkat pemilikan rumah yang belum selesai lagi...mungkin 2 tahun lagi kut..

Fasa 1: Peringkat Perancangan melibatkan Proses Reka Bentuk di mana proses perolehan tapak, ukur tanah, reka bentuk, serta lukisan dan perincian (pelan). Proses ini ada yang mengambil masa cuma 6 bulan bagi yang mempunyai tapak (tanah) sedia ada, tetapi bagi yang belum ada memakan masa 1-3 tahun untuk proses perolehan dan penambunan tanah..sabar...


Reka bentuk bermula dengan mengenal pasti projek dan proses perolehan tapak disusuli denga kerja-kerja penambunan tanah bendang dan batu kawi. Proses bermula sejak Feb 2008 (fasa 1) dan Feb 2009 (fasa 2)


Kerja ukur tanah dilakukan untuk mendapatkan maklumat sebenar tentang keluasan tanah menggunakan kaedah theodolite, iaitu kaedah pengukuran menggunakan ukuran sudut dalam darjah, minit dan saat..


Sempadan keluasan tanah diketahui melalui batu sempadan yang sedia ada. Rajah sebelah adalah tapak projek rumah yang telah siap..proses pemendapan tanah diperlukan untuk tempoh 1-3 tahun sebelum Fasa 2: Peringkat Pembinaan

Proses reka bentuk, lukisan dan perincian (pelan) masih dalam proses kelulusan pihak Majlis Perbandaran...InsyaAllah akan menyusul kemudian...
Isu PPSMI masih lagi menjadi tajuk perbualan hangat di kalangan pelajar, guru-guru, di kalangan pencinta bahasa, NGO-NGO, ahli-ahli parlimen di dewan rakyat mahupun di kalangan rakyat biasa baik di bandar-bandar ataupun di desa...

Perlaksanaannya telah mendapat mendapat sokongan dan tidak kurang juga yang menentangnya..baru-baru ini beberapa siri laporan polis telah dibuat berkaitan dengan PPSMI, terbaru
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah tampil membuat aduan terhadap perlaksanaan PPSMI..

Sebelum itu Gabungan Penulis Nasional (Gapena) membuat aduan polis berhubung pelaksanaan PPSMI yang "tidak sah di sudut undang-undang dan bertentangan dengan Seksyen 17(1), Akta Pendidikan 1996 dan bercanggah dengan kehendak dan tujuan Perkara 152(1) dan 152(6) Perlembagaan Persekutuan"...

Di sini penulis ingin berkongsi pendapat dengan seorang pakar motivasi pelajar dan guru berkaitan dengan PPSMI tersebut...sila baca di bawah:

PPSMI - Berbalik Kepada Asas

Saya ingin turut sama menyumbang buah fikiran dalam soal Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Untuk memastikan kita lebih faham akan isu ini yang di kebelakangan ini disuarakan oleh banyak cendikawan negara, elok kita berbalik ke soal asas pembelajaran dan pengajaran itu sendiri.

Pelajar ke sekolah. Mereka belajar dalam kelas (atau makmal sains atau bengkel kerja tangan dsb.). Pendek kata pelajar belajar, guru mengajar. Itu asas utama pembelajaran.

Hasil dari pengajaran guru, secara umumnya akan terdapat empat kelompok pelajar.

Pertama, ada pelajar yang faham sepenuhnya pengajaran guru. Mereka inilah yang lazimnya muncul sebagai pelajar cemerlang dan memperolehi keputusan yang terbaik dalam setiap ujian bulanan, semester atau peperiksaan utama seperti UPSR, SMRA, PMR, SMA, SPM, STPM atau pun lain-lain peperiksaan sehingga di peringkat institusi pengajian tinggi. Mereka cemerlang sebab mereka faham sepenuhnya hampir kesemua subjek yang diajar oleh guru. Lantaran itulah pelajar cemerlang seperti Azali Azlan (SPM 2007, 21A) tidak memerlukan tuisyen kecuali kelas tambahan yang diuruskan oleh sekolah. Nadiah Amira (SPM 2006, 18A) dan Nor Amalina Che Bakri (SPM 2004, 17A1) hanya mengambil tuisyen bagi subjek Prinsip Akaun sahaja. Oleh kerana mereka faham sepenuhnya ajaran guru, maka mereka dapat menguasai sesuatu subjek dengan lebih baik.

Kedua pula ialah kumpulan pelajar yang hanya memahami sebahagian daripada apa yang di ajar oleh guru. Mungkin dari sepuluh perkara yang dibentangkan mereka hanya boleh memahami enam atau tujuh perkara sahaja. Inilah kelompok pelajar sederhana. Sesetengah subjek difahami sepenuhnya manakala subjek lain pula difahami sebahagian sahaja. Atas sebab itulah keputusan peperiksaan mereka meliputi gred A, B dan C sebagai contoh. Mereka ini kita golongkan sebagai pelajar sederhana.

Kelompok ketiga terdiri dari kalangan pelajar yang hanya dapat memahami sebahagian kecil sahaja dari apa yang diajarkan oleh guru kelas mereka. Inilah kelompok pelajar lemah. Rata-rata gred yang diperolehi ialah C dan D sahaja. Jarang sekali mereka mendapat B atau A. Mungkin bagi sesetengah subjek lain mereka gagal terus.

Kemudian kita ada kelompok terbawah, yakni pelajar gagal kerana tidak memahami apa yang diajar oleh guru mereka. Mereka inilah yang lazimnya berada di kelas bekalang. Kerana tidak memahami apa yang diajar oleh guru, maka mereka ke sekolah “sekadar meramaikan majlis”.

Apakah faktor yang menyebab mereka faham atau tidak faham pengajaran guru ? Banyak !. Di pihak pelajar, mereka tidak atau kurang faham kerana tidak memberi tumpuan dalam kelas, bermain-main semasa guru mengajar, tidak ada asas yang kukuh mempepalajari sesuatu tajuk yang diperkenalkan dan yang seumpamanya. Di sebelah pihak guru pula ia mungkin disebabkan oleh pengajaran yang kurang berkesan.

Namun ada satu lagi faktor kritikal yang menentukan kefahaman atau ketidakfahaman pelajar terhadap pengajaran guru.

Ada kalanya pelajar telah memberi tumpuan 100% dalam kelas. Mereka tidak bermain-main semasa guru mengajar. Namun kerana bahasa yang digunakan oleh guru tidak difahami oleh pelajar, maka masih sukar bagi mereka untuk memahami apa yang diajar. Inilah di antara perkara utama yang menimbulkan masalah dalam PPSMI.

Ia menjadi lebih ketara lagi sekiranya guru yang mengajar subjek berkenaan kurang dapat menguasai Bahasa Inggeris itu sendiri. Atau mungkin usaha guru untuk mengajar menggunakan dwi-bahasa kurang menjadi.

Pada saya ibu kunci kejayaan akademik ialah FAHAM. Jika seseorang pelajar itu faham apa yang diajar oleh guru, maka peluangnya untuk skor sesuatu subjek amatlah baik. Jika tidak, maka peluangnya amat tipis sekali.

Atas sebab itulah kita lihat sesetengah pelajar nampak seolah-olah tidak belajar bersungguh-sungguh berbanding dengan rakan sekelasnya serta menyertai pelbagai aktiviti ko-kurikulum sekolah dan memegang beberapa jawatan penting dalam persatuan dan kelab, namun menyerlah sebagai pelajar terbilang sekolah pada hari penganugerahan pelajar cemerlang. Rakannya pula berusaha dua kali ganda lebih kuat darinya, menghadiri kelas tuisyen dan melibatkan diri dalam aktiviti ko-kurikulum sekadar memenuhi syarat sekolah sahaja, namun tidak menampakkan kehebatan dalam pelajaran.

Di mana silapnya ? Tidak ada silap di mana-mana melainkan pelajar cemerlang tadi cemerlang sebab dia memahami sepenuhnya ajaran guru, manakala rakannya tidak begitu. Sementara rakannya perlu mengambil sedikit masa untuk membuat ulangkaji dan kerja rumah, dia terpaksa bertungkus lumus berjam-jam lamanya untuk mendapat hasil yang sama. Jawapannya, seorang faham, dan seorang lagi kurang atau tidak faham. Justeru itu, ibu kunci kejayaan ialah FAHAM apa yang diajar oleh guru.

Biar saya buat satu analogi untuk memantapkan lagi hujjah ini. Katakan subjek Matematik atau Sains diajar oleh seorang guru dari Timur Tengah dalam Bahasa Arab, atau oleh guru dari Manila dalam Bahasa Tagolog atau oleh seorang guru dari Pirenza (Florence) dalam Bahasa Itali.

Kita sendiri yang masih meraba-raba dengan bahasa Arab atau Tagolog atau Itali mengikuti pengajaran guru berkenaan. Sehebat manapun guru tersebut, sudah pasti sukar sekali bagi kita memahami pengajaran guru berkenaan.

Ia mungkin satu analogi yang agak keterlaluan, namun itulah unsur-unsur permasalahan yang dihadapi oleh pelajar yang sama ada tidak tahu langsung Bahasa Inggeris atau lemah bahasa berkenaan.

Dalam keadaan serupa itulah, program tuisyen seperti yang dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran (skim baucer tuisyen) atau FELDA (skim tuisyen Felda) atau lain-lain agensi kerajaan dan bukan-kerajaan kurang keberkesanannya kerana masalah asas, yakni tidak faham atau kurang faham ajaran guru kerana penggunaan bahasa tertentu wujud.

Saya masih teringat perbualan saya dengan seorang guru dari Kota Belud, Sabah ketika dia mengajak pelajar membuat karangan dalam Bahasa Inggeris. Dia minta pelajar memberitahu apakah perkataan “pengenalan” dalam Bahasa Inggeris. Setiap karangan mesti dimulakan dengan “pengenalan”. Dia amat terkejut apabila seorang pelajar berkata (bukan tujuan berjenaka) “I.C.” Bagi pelajar berkenaan baeangkali kerana “Kad Pengenalan” itu lazimnya disebaut sebagai “I.C”, maka itulah agaknya logik yang dipakai.

Itu sekadar satu dari banyak contoh serta ratusan “cerita jenaka” di mana guru-guru sekolah, khususnya di kawasan luar bandar hadapi dalam mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Ini bermakna pelajar yang lemah dalam Bahasa Inggeris, lebih-lebih lagi diajar oleh guru yang belum sepenuhnya bersedia mengajar dalam Bahasa Inggeris subjek Sains dan Matematik menghadapi dua aras permasalahan.

Pertama masalah mereka memahami pengajaran yang dibuat dalam bahasa yang mereka tidak selesa, dan keduanya memahami isi kandungan subjek Sains dan Matematik itu sendiri.

Sama ada berasas atau tidak, sebelum ini kita sering dengar keluhan umum tentang kelemahan pelajar Bumiputera dalam kedua-dua subjek berkenaan. Dengan memeprkenalkan PPSMI, kita bukan sahaja gagal menangani masalah ini, malah memburukkan lagi keadaan.

Saya amat bersetuju sekali kita meneliti semula dengan serius PPSMI kerana salah satu sebab utama diperkenalkan PPSMI ialah untuk mengukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar di negara kita ini. Itu satu matlamat murni yang tidak perlu dipertikaikan, cuma apakah pendekatannya menerusi PPSMI. Mengapa tidak memperkasakan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris itu sendiri seperti yang sering diwar-warkan oleh ramai orang.

Malah andaian penggunaan Bahasa Inggeris untuk memajukan negara juga ada hujah balasnya. Banyak negara di dunia yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama berjaya. Lihat Thailand sendiri kerana kemajuan sains dan teknologinya juga hebat sebenarnya. Negara Jepun, Jerman dan sekarang kemunculan gergasi ekonomi baru China. Pengalaman saya ke Itali tahun lalu cukup relevan. Rata-rata sama ada di TV, papan tanda jalan serta perbualan umum hampir 95% dalam bahasa Itali. Namun ia maju. Banyak jenama Itali menjadi buruan dunia. Tiada Bahasa Inggeris.

Cuma saya harap kita jangan ambil terlalu lama untuk meneliti semula dasar PPSMI. Sememangnya banyak pihak berhujjah bahawa kita jangan terburu-buru mengubah sesuatu dasar. Itu boleh kita fahami. Cuma yang menjadi persoalan kenapa dasar yang sama semasa diperkenalkan dulu tidak diteliti dengan mendalam. Tiba-tiba ia diperkenalkan tanpa apa-apa kajian dan tanpa apa-apa persediaan !

Dr. Mohd Shukri

Barisan guru bersama Dr. Shukri..

Alhamdulillah...segalanya berjalan lancar, seminar yang dihadiri hari ini bersama puluhan lagi guru dari Kedah dan Perak banyak memberi manfaat yang berguna...

14.2.2009 bertempat di Dewan Utama SMKAB, kehadiran Dr. Shukri Abdullah, melalui sesi ceramah pagi dan petang melalui tajaan Sime Darby Bhd...sedikit sebanyak berjaya memberi panduan kepada guru-guru untuk menjadi seorang guru yang bijak mengajar...

Antara 10 panduan berguna yang sempat penulis catat ialah:
1. Respon positif
2. Misi seorang guru
3. Muhasabah diri, berfikir bagaimana pelajar hendak faham dalam pengajaran
4. Pengajaran yang berkesan, penguasaan subjek
5. Yakinkan kebolehan diri pelajar
6. Menjadi kawan kepada pelajar, prihatin, peduli
7. Seronok bekerja, seronok mengajar
8. Berhubungan baik dengan semua orang/persepsi
9. Sumbang bakti kepada anak didik,masyarakat dan negara
10. Mengajar anak orang dengan bersungguh-sunguh, nescaya anak kita akan mendapat guru yang baik malah mungkin lebih baik dari kita..


Antara guru dari sekolah lain yang turut serta..
Hidup Sebuah Peperiksaan - Sijil Diberi di Mahsyar - Hadiah Selepas Titian Sirat

Pemuda dan Pemudi ku ikutilah kisah ini...

Suatu Hari Rasulullah s.a.w. dan sahabat sahabatnya turun di suatu tempat di padang pasir yang tandus dan tidak ada tanamannya.

Tetapi dihari itu mereka perlu ranting ranting kecil untuk menyalakan api “Kumpulkan ranting ranting kecil” perintah Nabi s.a.w kepada para sahabatnya

‘baik Ya Rasulullah’ jawab mereka ‘tapi lihatlah, betapa kosong padang pasir ini, tidak terlihat kayu kayu kecil pun disini’

Nabi saw bersabda : “Bagaimanapun setiap orang harus mengumpulkan sebanyak yang ia boleh”

Semua sahabat pergi ke padang pasir.

Dengan teliti, mereka mencari cari kayu kayu kecil dan mengumpulkannya, hingga akhirnya setiap orang berhasil membawa ikatan ikatan kecil ranting ranting kayu dan dikumpulkan di suatu tempat.

Sebentar kemudian jadilah setumpukan kayu yang telah menimbun.

Kemudian Baginda Suci s.a.w bersabda : “Dosa dosa kecil sama seperti kayu kayu kecil ini. Pada mulanya dia tidak tampak dimata, namun setiap sesuatu pasti ada yang mencari dan mengejarnya. Apa yang kamu cari tadi kini telah tertimbun banyak dihadapan mata. Dosa dosa kamu kelak juga akan dikumpulkan dan di hisab. Suatu hari nanti, kamu akan melihat dosa dosa kecil yang pada mulanya tidak tampak dimata tiba tiba telah tinggi menggunung”

Suasana indah sebelum datang musibah...

11 dan 12 Feb 2009, Sekolah telah menganjurkan Kejohanan Olahraga Sekolah seperti tahun-tahun sebelumnya. Pada hari pertama segalanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini...

Kejohanan bersambung pada esoknya..hampir jam 4.30 petang hujan mulai turun..acara yang akan berlangsung pada waktu itu iaitu 1500m terpaksa ditangguh seketika sehingga hujan berhenti...

Tetapi kuasa Allah melebuhi segala perancangan manusia..hujan yang rintik-rintik akhirnya bertukar ganas sehingga hampir menerbangkan khemah tempat guru-guru dan pelajar berteduh...mee kuah bawah khemah pun dah terlebih kuah dah!

Akhirnya keputusan di ambil...tangguh hingga ke suatu tarikh yang akan di beritahu kemudian, rasa-rasanya minggu depan kut.

Kalau buat pagi kan senang??...Satu hari dah selesai...


Hujan lebat yang hampir merobohkan khemah...tahan! tahan!

Lagi gambar [klik sini]
[entry asal]


Nie agak-agak boleh direalisasikan ke kat padang sekolah kita??
(sila klik gambar untuk paparan lebih jelas..)

[kemaskini]


Ni adalah tapak astaka tersebut...so pelan yang dibuat bergantung kepada keadaan tapak yang dibuat...mungkin tiada perancangan awal bagaimana rupa astaka semasa tapak di bina...
Maklumat penting untuk semua pelajar SPM 2008 tahun lepas. Bagi yang belajar di SM Teknik ataupun SM lain yang mengambil aliran teknikal berpeluang untuk memasuki Kolej Matrikulasi Teknikal di bawah KPM yang akan memulakan sesi pengajiannya pada Mei nanti untuk sesi 2009/2010.

Tiga cawangan Kolej Matrikulasi yang baru di buka ialah:
1. Kolej Matrikulasi Pendang, Kedah
2. Kolej Matrikulasi Jengka, Pahang
3. Kolej Matrikulasi Pontian, Johor

Nama jurusan yang ditawarkan ialah Jurusan Teknikal...Para pelajar yang berjaya ke Kolej Matrikulasi ini berpeluang untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama di IPTA/IPTS dalam dan luar negara dalam bidang kejuruteraan.

Nak tahu tentang mata pelajaran yang akan di ambil dan syarat-syarat minimum untuk memohon. [Klik sini].

Bagi pelajar yang telah memohon secara online tahun lepas (2008) sila kemaskini maklumat anda untuk memohon ke Kolej Matrikulasi Teknikal dengan mengisi angka giliran dan no. kad pengenalan. [Klik sini]

Ingat!!!! Kemaskini sebelum 20 Feb 2009!!

wahh...besar juga dewan 2020 ni yer...kagum2..

Pada hari Sabtu 31.1.2009 penulis bersama beberapa rakan guru dan 36 orang pelajar telah menghadiri Karnival Pengajian Tinggi Negara 2009 (Zon 2) bertempat di Dewan 2020, Kangar Perlis.

Karnival ini disertai oleh hampir 50 buah pusat pengajian tinggi awam dan swasta seluruh negara dengan UNIMAP selaku tuan rumah kali ini. Banyak info-info berguna yang boleh diberikan kepada pelajar-pelajar sekolah dan juga guru-guru serta ibu bapa yang hadir..

Jom masuk U....


jom memeriahkan...


tekun mendengar penerangan...


antara U yang mengambil bahagian..