Alhamdulillah..perjalanan merentasi beberapa daerah dan melangkau ke 'luar negeri' akhirnya berbaloi jugak...kejayaan yang diharap-harapkan setelah 2 tahun mencuba kini menjelma, harapan setinggi gunung kini tercapai sudah. SMKAB dah berjaya kali ini! Tempat ke-10, ke-4,
JOHAN dan
NAIB JOHAN National Robotic Competition Zon A (Kedah/Perlis) pada tarikh 17.9.2009. Untuk makluman pasukan Robotik SMKAB pernah mendapat NAIB JOHAN 2 kali nerturut-turut pada tahun
2007 dan
2008 Zon A. Bersyukur sekali lagi kehadrat Allah s.w.t
Tahun 2009 SMKAB menghantar 8 kumpulan. Walaupun pada awalnya, persiapan adalah untuk menghantar 10 kumpulan tetapi disebabkan perubahan tarikh pertandingan menyebabkan pelajar tingkatan 5 tidak dapat turut serta kerana mengambil peperiksaan percubaan SPM. Tapi, tahniah juga cikgu ucapkan kepada pelajar tingkatan 5 kerana komitmen yang ditunjukkan sebelum ini..
Bertolak seawal jam 6.15 pagi, kami tiba 'ngam-ngam' waktu akhir pendaftaran iaitu pukul 9.00 pagi..selepas mendaftar peserta diberi taklimat oleh pihak penganjur, peserta kemudiannya dikuarantin selama hampir 1 jam untuk proses pemasangan dan mencuba program yang telah diatur...Pertandingan dimulakan kemudiannya...
Kira-kira pukul 1, pertandingan pun tamat..Alhamdulillah, letih menunggu dan mengambil gambar hari ni, puasa lagi..hari last sekolah lagi. Sabar-sabar...akhinya masa penyampaian hadiah berlangsung pukul 2.15 petang setelah ketibaan wakil pengarah Pendidikan Negeri Perlis.
Untuk kategori Robot Planting (Lower Secondary) nama SMKAB telah diumumkan lebih awal sebagai pemenang tempat ke-10 diikuti tempat ke-4. Dan yang lebih membanggakan adalah kemenangan 1, 2 telah dicapai oleh pasukan Robotik tahun ini apabila mendapat JOHAN dan NAIB JOHAN kategori Robot Planting. Tahniah cikgu ucapkan kepada mereka semua. Tetapi ada sedikit rasa kecewa sebab tiada kemenangan dicapai oleh pasukan Robot Energizing (Upper Secondary). Walaubagaimanapun, sekalung tahniah cikgu ucapkan di atas kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan selama ini...berikut adalah nama-nama pemenang dan gambar mereka. Eh eh gambar cikgu a.k.a mentor dia pun ada?? Hehe..
Johan kategori Robot Planting:
1. Muhammad Syaham Bin Mohamad Bakre
2. Zahid Bin Ismail
3. Mohammad Irsyad Hanif Bin Md Badri
Naib Johan kategori Robot Planting:
1. Muhamad Izzul Irfan Bin Muhamad Pakurul Naseri
2. Muhamad Iqbal Bin Jamaludin
3. Muhammad Hanif Bin Nahar
Tempat ke-4 kategori Robot Planting:
1. Muhammad Izzat Bin Yamin
2. Mohammad Ikhwan Bin Abd Wahab
3. Muhammad Asyraf Bin Zulkifli
Tempat ke-10 kategori Robot Planting:
1. Kamil Faiz Bin Ali
2. Mohamad Redzuan Bin Abu Bakar
3. Mohd Aizat Farhan Bin Jaafar
Antara hadiah yang dimenangi adalah Medal, Piala, Robotic Resource Set dan Sijil Kecemerlangan. JOHAN akan mewakili Negeri Kedah dalam
pertandingan akhir peringkat kebangsaan pada 30 Sept-2 Oktober 2009 di Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur nanti. Jom kite ke Key El..
Sesudah habis penyampaian hadiah, kami semua pun dah keletihan. Perjalanan pulang mengambil masa lebih lama kali nie..Bertolak pukul 3.30 petang kami sampai pukul 7.oo malam di SMKAB. Letih..menghantar pelajar dalam perjalanan pulang di sekitar Pendang, Sungai Petani, Kuala Kertil dan Kupang...
Alhamdulillah sempat juga berbuka puasa di rumah...rasa nak menaip lagi tapi aku dah letih. Zzzzzzzzz...Lagi gambar klik di
[sini]
Friday, September 18, 2009 |
Category:
robotik
|
4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.
5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.
6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.
7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)
8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.
9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)
10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu.. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)
11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.
12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan :-
ذَكَرَالرَّجُلَيُطِيلُالسَّفَرَأَشْعَثَأَغْبَرَيَمُدُّيَدَيْهِإلىالسَّمَاءِيارَبِّيارَبِّوَمَطْعَمُهُ
حَرَامٌوَمَشْرَبُهُحَرَامٌوَمَلْبَسُهُحَرَامٌوَغُذِيَبِالْحَرَامِفَأَنَّىيُسْتَجَابُلِذَلِكَ
Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)
Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.
13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
ثلاثةلاترددعوتهم , الإمامالعادل , والصائمحتىيفطرودعوةالمظلوم
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
إنللصائمعندفطرهدعوةلاترد
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)
Sekian.
Oleh: Ustaz zaharuddin Abd Rahman