Pada hari Sabtu lepas iaitu bertarikh 15.8.09 semua guru dan staf telah berjaya melaksanakan STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH MALAYSIA (SEGAK)atau lebih dikenali sebagai UJIAN SEGAK. Pada dasarnya ujian ini disasarkan untuk semua pelajar sekolah rendah dan menengah tetapi atas inisiatif Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dengan kerjasama Unit kaunseling Sekolah, ujian ini berjaya juga dilaksanakan di kalangan guru-guru dan staf sekolah..Haha di akhir ujian ni, masing-masing pakat tahulah di mana kedudukan anda?? Sihat atau 'siiiiihat sangattt'...hehe

Antara matlamat utama UJIAN SEGAK ini dilakukan adalah untuk memberi pengetahuan kepada guru dan staf untuk mengamalkan aktiviti kecergasan serta untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum. Antara syarat utama ujian ini adalah ianya mestilah dihabiskan ke empat-empat ujian dalam masa 1 hari..ini bermakna lepas satu ujian sambung lagi ujian seterusnya..Hmm, mengah jugak laa..hehe

Aktiviti pertama hari tu selepas bersedap-sedapan dengan menu makan pagi yang enak lagi melemakkan ialah aktiviti senamrobik mengikut rentak gaya Mohamad Ali (peninju yang terkenal tuu)..Hanya 4 gaya saja, memang menarik..

Cikgu dan staf wanita tidak ketinggalan memeriahkan suasana..tahniah di atas sifat ke'sporting'nan anda..Aih cikgu, gaya macam ahli taekwando pun ada ker?

Terima kasih kepada Ustaz Fuad, Ustaz Syamsury dan Kaunselor Cg. Zakaria kerana menjadi demonstator untuk aktiviti senamrobik kali ini. Tapi bila diamati daripada gaya mereka ni, hmm macam orang sakit pun ada...haha, baru baik demam kut..Cg Zakaria macam sakit gigi jer..

Selepas aktiviti senamrobik selesai, pengisian seterusnya adalah UJIAN SEGAK yang terdiri dari 5 aktiviti iaitu yang pertama adalah Pengiraan Indeks Jisim Berat (BMI). Untuk aktiviti ini guru dan staf mestilah megambil bacaan tinggi dan berat terkini yer...bukan yang 10 tahun lepas...ingat TERKINI!!!

MasyaAllah..tingginya keluh salah seorang rakan guru di atas...macam mana nak ukur nie??
Aktiviti yang ke-2 adalah Ujian naik turun bangku selama 3 minit untuk mengukur daya tahan kardiavaskular..selepas 3 minit, kiraan nadi di ambil selama 1 minit dan bacaan dicatatkan.

Antara kelemahan ketara ujian segak ini ialah peralatan yang masih kurang atau erti kata lain alat tak cukup. Jadi, harapan selepas ini pihak sekolah melalui Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bolehlah mengambil inisiatif untuk menambah alatan. Ni baru 70 orang guru. bagaimana kalau 700 orang pelajar?

Kesannya? Terpaksalah mereka ini menunggu giliran..muka mencuka sebelumnya menjadi ceria setelah kamera dihalakan ke muka..Hahaha! Setrusnya aktiviti ke-3 adalah Ujian tekan tubi lelaki dan tekan tubi separa untuk perempuan. Tujuannya adalah untuk mengukur daya tahan dan kekuatan otot tangan..ujian dilakukan selama 1 minit..Aduhh lenguh tangan. Naik menaip ni pun masih terasa...Hehe

Eyah..101, 102, 103....fuhhh dasyat tuh!

Sambung lagi...114, 115, 116...wooow lagi hebat! Aktiviti ke-4 ujian segak adalah Ujian ringkuk tubi separa. Tujuan ujian ini adalah untuk mengukur daya tahan dan kekuatan otot abdomen. Kalau tak kena gaya boleh terputus urat pinggang nie...hehe acah jer. Mula-mula baring dengan kaki dibengkokkan..

Kemudian bangun...lakukan sebanyak yang boleh selama 1 minit..

Dan yang terakir sekali adalah aktiviti ke-5 iaitu Ujian jangkauan melunjur. Tujuan aktiviti ini adalah untuk mengukur tahap kelenturan badan..atau sejauh mana 'kelentikkan' badan anda..haha

Hmm lama tahan nafas tu cikgu...aura belum mai lagi ker? Kumpul tenaga dulu.....dan tolak. Alamak, jauh ni jer? Gelak cikgu berbaju putih tu....hahahaha

Setelah semuanya selesai, pengiraan gred bagi setiap aktiviti dan skor keseluruhan dikira dan dicatatkan dalam jadual yang telah disediakan. Skor keseluruhan terbahagi kepada A, B, C, D dan E. Rata-rata guru dan staf mendapat C pada hari tersebut. Bukan bermakna tidak cergas, tetapi C adalah gred baik bebanding B sangat baik dan A cemerlang...

Isy, takkan aku dapat E? Mustahil nie, salah nie...musykil musykil. Hehe..sebenarnya setiap ujian yang dijalankan juga diberikan gred A,B , C, D, dan E dan membawa markah untuk pengiraan skor keseluruhan. Juga cadangan aktiviti/senaman./jenis sukan juga dicadangkan dalam carta untuk setiap gred yang diperolehi...

Secara keseluruhannya, UJIAN SEGAK ini atau STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH MALAYSIA (SEGAK) berjaya dilaksanakan dengan cemerlang terutama kerjasama yang ditunjukkna oleh semua guru dan staf pada hari tersebut..Majlis diakhiri dengan jamuan berat..haha lepas bersenam makan nasi pulak!

Sebelum balik sempat bergambar kenangan..

Terima kasih cikgu-cikgu, terima kasih staf-staf sekolah, terima kasih neldras untuk sesetengah gambar di hari kejadian..Terima kasih semua kerana menjayakan kursus sehari Ujian Segak ini.

Comments (0)