Sengal seluruh badan, letih memandu hari ni..sebenarnya hari ini aku menghadiri mesyuarat perlaksaan aktiviti 2009 bagi subjek Teknologi Kejuruteraan bersama dengan guru-guru Teknologi Kejuruteraan Negeri Kedah dan En. Halim, pegawai Teknik Vokasional di JPN Kedah 2 petang tadi..mesyuarat diadakan di SMK Mergong..

Ini merupakan perjumpaan kedua bersama dengan En. Halim kerana sebelum ini mesyuarat panitia daerah pernah dihadiri oleh beliau di PKG Kuala Pegang..walaupun agak lewat perancangan tahun ini, mungkin kerana rombakan penjawatan baru di JPN, aktiviti tetap dijalankan sebelum-sebelum ini seperti mesyuarat PBS, menghasilkan set soalan percubaan SPM dan lain-lain.

Mesyuarat selama 2 jam membincangkan tentang aktiviti selepas cuti iaitu menghasilkan set soalan gempur SPM dan soalan-soalan topikal Tingkatan 4 dan 5. Letih juga memandu jauh-jauh untuk mesyuarat selama 2 jam saja...tapi apa boleh buat, aku jer yang jauh..yang lain boleh kira dekat juga..terimalah. Mesyuarat berikutnya diputuskan pada 24-25 Jun nanti di Sik (bermalam la tu...). Sebelum itu 16-18 Jun aku dan beberapa rakan akan berkampung di Hydro Majestic Hotel, Penang untuk pemurnian soalan percubaan..

Kelmarin, 26.5.09 aku berada di PKG Yan, di SK Langkasuka untuk mesyuarat panel soalan percubaan kali ke-3..dah lama tak sampai kat Yan ada juga member yang sesat...masih ingat lagi kenangan 2006 ketika bersama Ustaz Sham, Ustaz Fuad, Cg Megat dan lain-lain bersama pelajar-pelajar dalam program Lead Trac ketika menaiki Tangga Kenari di Titi Hayun di situ..letih tak sangga..blogger neldras dan fiquery pun ada..

Dan kelmarin juga mesyuarat Majlis Guru diadakan di sekolah..hehe sorry banyak2 la kawan2, tak dapat nak menghadirkan diri..aku rasa berapa kali dah aku miss meeting Majlis Guru tahun nie..nak buat macam mana boss, hok deme tu lagi penting. hehe
Baca seterusnya..

Sama juga lah hari nie, clash meeting dengan panitia di bawah Unit Teknik dan Vokasional SMKAB, hari sama, jam sama...tajuk dan tempat meeting jer lain-lain. Sorry juga kat boss, terpaksa excuse kali nie...hok deme sana tu lagi penting. hehe.. Harap-harap meeting tadi lancar kut, mesti padat dengan perancangan...erm, amacam blog terupdate ke tak??

Dan esok, hari terakhir persekolahan..semua kerja nak kena siap malam ni jugak. Start 28 Mei-13 Jun warga pendidikan akan bercuti persekolahan penggal 1. Bagi warga SMKAB, terdapat guru dan pelajar yang terlibat dengan perkampungan ilmu dan Tunas Muda pada musim cuti nie..jalankan tanggungjawab anda semua sebaik mungkin. Juga minta maaf banyak2 buat rakan2 kerana tak dapat membantu untuk Karnival Sukan Sime Darby 2009 jumaat dan sabtu nie, sebabnya? erm baca kat bawah...hehe. Tahun ni tuan rumah, tahun lepas kat teluk Bahang, tahun depan kat Selinsing, Perak...yang tu aku mesti pergi..Buat rmz dan Big Boss, selamat berangkat ke tanah suci..semoga selamat pergi dan pulang dan mendapat kesempurnaan dalam ibadah yang dilakukan...

Aku? Emm...aku juga akan bercuti mulai tengah hari esok..ke Sarawak selama seminggu bermula 28.5.09, flight 5.45 petang. Doakan keselamatan kami sekeluarga..InsyaAllah, tiada halangan aku akan menulis lagi di sini..tunggu cerita-cerita menarik dari Kuching, Sarawak..Selamat Bercuti Semua..

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan berhubung pelaksanaan dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dijangka dapat dibuat beberapa minggu lagi.

"Saya telah katakan, saya (berada) di peringkat yang akhir (membuat keputusan). Saya menerima banyak pandangan daripada pelbagai pihak mengenai kedudukan PPSMI. Dan masih lagi bersikap terbuka menerima pandangan pelbagai pihak yang lain.

"Dan dalam beberapa minggu yang akan datang ini, kita akan halusi. Dan saya akan membuat beberapa keputusan bagaimana kita hendak menangani isu yang berbangkit mengenai PPSMI," katanya di Putrajaya selepas menerima kunjungan tujuh NGO utama Cina.

"Jadi, pandangan yang dikemukakan tadi saya ambil perhatian. Saya tidak kata bersetuju atau tidak bersetuju. Kita bersikap terbuka sehinggah kita buat keputusan."
Baca seterusnya..

Muhyiddin, yang juga menteri pelajaran, dikunjungi pemimpin pendidikan Cina, diketuai Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina (Dong Zong).

Dalam pertemuan dua jam itu, mereka turut menyerahkan memorandum membantah pelaksanaan PPSMI, selain membangkitkan isu-isu berhubung pendidikan Cina.

Menurut memorandum tersebut, PPSMI antaranya memberikan kesan negatif kepada murid di semua sekolah rendah pelbagai aliran, termasuklah sekolah kebangsaan atau sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.

Tujuh badan itu juga mendakwa, kajian Gabungan Persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) pada 2005 dan 2006 pula mendapati, PPSMI menjejaskan penguasaan bahasa Cina kerana jumlah waktu pengajaran yang menggunakan pengantar bahasa Cina telah dikurangkan.

Mengulas lanjut, Muhydin berkata sebarang keputusan yang dibuat nanti memerlukan perancangan menyeluruh bagi dilaksanakan kerana ia melibatkan pelbagai sumber, infrastuktur dan bertujuan memuaskan hati pelbagai pihak.

Beliau menafikan pelbagai NGO terus memberikan tekanan kepada kerajaan bagi mempengaruhi keputusan yang akan dibuatnya nanti. -Malaysiakini

Hari ini hari Sabtu. Sedang ramai orang bercuti bersama keluarga (termasuk rmz dan neldras), guru-guru yang lain bertungkus lumus dipaksa menghadiri kursus dalaman 7 hari di sekolah. Kursus kali ini bertajuk :Kursus Peningkatan ICT, We Are Smart School Teacher" (yang ni aku tambah jer nie..hehe). Antara pengisian utama ialah mengaktifkan kembali sistem sms sekolah dan bengkel pembinaan lama blog panitia. Alhamdulillah kedua-dua agenda telah pun berjaya dilaksanakan, walaupun mungkin terdapat kekurangannya..

Untuk pengaktifan sistem sms sekolah, guru-guru kena berkorban RM1 sorang untuk mengaktifkan nombor tekefon bimbit. Bukan RM1 menjadi masalah, tapi time2 macam ni prepaid pulak habis..kantoi! Aku sorang belum aktif, walaupun beberapa orang guru yang lain memberi alasan hand phone tertinggal..trick semua tu. Haha. Nasib baik bankislam.biz ada, selesai masalah tak sampai 2 minit. Teknologi, teknologi..

Baca seterusnya..

Tiba masa yang ditunggu-tunggu, selepas minum dan makan donat tak ada lubang di kantin sekolah, guru-guru ke makmal bestari meneruskan agenda kedua. "How To Create A Blog With Blogger"..agenda yang disangka mudah menjadi sebaliknya..apabila langkah demi langkah mengambil masa terlalu lama tambahan lagi kakitangan tak mencukupi. Kasihan Kak Wan (setelah ditinggal neldras dan rmz balik kampung..hampeh!) aku cuba menyelamat keadaan..heheh, tolong apa yang mampu. Hasilnya lihat [sini]. Yang lain-lain tunggu...


Walaupun masa terlalu singkat, namun guru-guru berjaya juga menghasilkan blog masing-masing setelah memerah idea bersama-sama. Pihak guru mengucapkan terima kasih kepada Penyelaras ICT dan pihak Kaunselor Sekolah kerana berjaya menganjurkan kursus ini. Kalau boleh agar kursus ini dapat di buat lagi untuk masa-masa akan datang..suku hari tak cukup, banyak benda sebenarnya nak dibuat lagi..

Antara lain-lain pengisian mungkin akan dilaksanakan nanti adalah seperti video conference, chatting, website/portal, email, dan lain-lain..semoga hasrat meningkatkan kemahiran penggunaan ICT di kalangan guru-guru tercapai hendaknya..Erm, facebook tak tersenarai ker Kak Wan?
Aktiviti hari guru pertama...perlawanan persahabatan badminton dengan beberapa kenalan guru dan bukan guru di Sungai Petani petang tadi masih terasa kepenatannya..Kami seramai 4 orang bertolak dari Baling, 3 dari Pendang memulakan perjalanan jam 3.30 petang tadi, kami tiba di Taman Sejati, Sungai Petani sejam kemudiannya..Sementara menunggu waktu Asar, kami menjamu selera di gerai tepi jalan di Taman Sejati..pekena bubur hitam dan char kow teaw..bolehlah tahan..Abang Daud belanja sempena hari guru..

Selepas solat Asar, kami bergerak ke dewan (nama jalan, nama dewan pun tak ingat) yang tak berapa jauh dari situ...Sampai sana apa lagi main lah. Soal menang kalah belakang kira, yang penting kami enjoy petang tu dapat bermain badminton dengan kenalan baru..kata orang terus ke peringkat daerah, takdak zon-zon dah..layak automatik! Daerah Baling lawan Daerah kuala Muda/Yan..hehe

Selesai bermain, adalah jam 7.00 petang kami menjamu selera kat gerai nasi kukus..ramai orang di situ, mesti sedap ni.. Emm, memang sedap pun, tambahan lagi kalau orang belanja..heheh..terima kasih Cg Ghazali yang belanja kami makan petang tu. Selesai saja makan kami bergegas ke masjid berdekatan..Solat Maghrib, terus balik rumah. Sampai rumah 9.15 malam..layan Badminton Piala Sudirman pulak. Alahai Malaysia pun kena 3-0 dengan China, apa lagi kami? Eh, kalahkah kami??

Lagi gambar di [sini]

Esok hari guru....! Terima kasih kepada semua yang menghantar ucapan melalui sms dan shoutbox mengingati tarikh keramat ini. Hampir juga aku terlupa..heh. Sebenarnya minggu lepas aku menghadiri satu mesyuarat SULIT di Copthorn, Tanjung Bungah, Penang. 4 hari di sana, menyebabkan aku sedikit lupa..bagaimana agaknya persiapan sambutan hari guru ahad nanti di sekolah yer...

Guru Pembina Negara Bangsa...itulah tema hari guru pada tahun ini.
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Jadi sempena 16 Mei esok, aku ucapkan Selamat Hari Guru buat semua rakan-rakan cikgu di SMKAB dan seluruh negara baik yang kenal semasa berkursus, mesyuarat dan juga melalui alam siber ni...dan paling tidak lupa cikgu-cikgu yang mengajar aku di Sekolah Rendah Padang Melangit dan Sekolah Menengah Tengku Suleiman, Perlis serta cikgu-cikgu di Kolej Mara Seremban, Maktab Teknik Kuala Lumpur dan cikgu-cikgu di UKM, Bangi. Jasamu tetap kukenang sampai bila-bila...
Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur kita pun akan meningkat bersama pengedaran masa. Kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bernama ibu. Begitu besar peranan dan jasa insan yang bernama ibu ini. Oleh itu renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini. Sekurang-kurangnya peluk dan ciumlah ibu masing-masing yang dapat berjumpa atau sekurang-kurangnya telefon ibu bagi mereka yang duduk berjauhan..

Bersempena dengan hari Ibu yang berlangsung pada hari ini 10 Mei 2009, aku ucapkan selamat hari ibu buat ibu kat kampung dan isteriku yang juga ibu buat anak-anakku, serta semua ibu-ibu di dunia ini...tanpa mereka tiada ertinya aku hidup di dunia ini...lakukanlah yang terbaik sementara mereka masih ada atau sebelum kita semua dijemput pulang..
Sudah lama aku tak menulis di sini, bukannya malas..tapi tak sempat. Sebenarnya 27 April baru-baru ni aku berpeluang untuk menghadiri kursus TPA (Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan) kendalian JAPIM (Jabatan Pendidikan Islam dan Moral) bersama dengan BPTV (Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional).

Kursus selama 3 hari ni dibuat kat Hotel Regency, Tanjung Tuan..Seronok juga laa...letih2 kursus minum2 sambil menghirup udara segar tepi pantai..

Apa yang paling menarik nak dikongsikan di sini ialah..pertamanya dapat berjumpa rakan2 seperjuangan dalam aliran teknikal (Lk/Tk) untuk SMKA dan SABK seluruh negara. Alhamdulillah buat pertama kalinya sejak 12 tahun, JAPIM dan BPTV menemukan juga kami ini...maka kenal jugalah rakan2 yang langsung tak pernah jumpa sebelum ini. Selalunya yang jumpa hanyalah rakan2 guru teknikal SM Harian dan SMT sahaja..

Baca seterusnya..

Keduanya, penyerapan SABK ke dalam kalendar JAPIM dengan memasukkan aliran teknikal jelas menunjukkan adanya usaha untuk membantu dan memperkasakan sekolah2 agama rakyat ini di samping menambah nilai pelajar dengan kemahiran teknikal. Secara tidak langsung memberi peluang penyerapan guru2 baru di SABK ini..


Bersama penceramah aset En. Kamarulzaman Ikhsan (gambar atas) dan En. Mohd Idris Hj. Salam (gambar bawah) dari BPTV..terima kasih tak terhingga buat mereka berdua yang tidak segan silu memberi tunjuk ajar dengan gaya santai dari mula (hampir semua ZERO tentang aset) sehinggalah kenal apa itu KEW PA, J3, J4 dan sehinggalah bab melupuskan aset dengan cara tenggelam/tanam dalam tanah. Hai..macam2...

Berbalik kepada Kursus TPA yang dihadiri sebenarnya ianya bukanlah suatu tugas yang mudah untuk dilaksanakan. Tugas yang berat menanti kepada semua guru yang terlibat secara langsung dengan bilik2 khas seperti makmal, bengkel, bilik guru, bilik mesyuarat, stor sukan, dewan makan, dewan2, asrama dll...
Setiap sekolah seharusnya menubuhkan JKPAK (Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan) di sekolah dan melaksanakan pekeliling yang telahpun berkuasa pada 2007. Pemantauan sedangpun berjalan..Apa yang penting, kita melaksanakannya...Ingat tu! Erm...kat mana nak mula yer?

Duduk dari kiri: Nor Rohaizad Bustaman, Normahani A. Gaffar, Fazlina Ab. Wahab, Umi Nuur Jannatun Nahrawi, Kamarulzaman Ikhsan (BPTV), Hj Abd Rashid Ngah (Pengarah JAPIM), Ust Abd Jalil Ahmad (JAPIM), Mohd Idris Hj Salam (BPTV), Noriyatimah Mat Elah, Tengku Rugayah Tengku Sembok, Salina Shahudin.

Berdiri dari kiri: Mohd Hishamudin Ismail, Lukman Nurhakim Ishak, Salahuddin Saiyadi, Abdul Ghafar Hussin, Azlan Idris, Sharulnizam Atil, Mohd Isa Abdul Ghani, Mohd Fathi Adnan, Ahmad Rizal Yahya, Mohd Shaiful Azwan Ariffin, Mohd Nizaha Md Jaafar,Nasir Sadarman, Muhammad Sufi Ahmad.