Showing posts with label acara. Show all posts
Showing posts with label acara. Show all posts
Anugerah Kualiti SMKA 2009 edisi yang ke-8 telah berjaya diadakan di SMKA Tok Jiring, Terengganu pada 16 dan 17 Ogos 2009. Terengganu telah dipilih sebagai tuan rumah untuk program kali ini yang bertujuan untuk mengiktiraf dan melonjakkan martabat SMKA ke peringkat yang lebih baik. Penilaian panel Kementerian oleh Bahagian Pendidikan Islam khususnya telah membuat penghakiman pada bermula sejak 25 Jun hingga 10 Julai 2009 yang lalu ke atas 55 buah SMKA seluruh negara.

Untuk pengetahuian Kementerian Pelajaran Malaysia telah memulakan program Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Anugerah Kualiti SMKA yang pertama bersempena Sambutan Jubli Perak SMKA pada tahun 2002. Pada waktu itu SMKA Kuala Lumpur telah diberi penghormatan sebagai tuan rumah untuk program sulung ini.

Syukur pada Allah kerana rezeki diberikan kepada SMKA BAling kerana berjaya memenangi beberapa kategori hadiah iaitu pada hari anugerah tersebut:
1. Tempat pertama Bidang Bimbingan dan Kaunseling
2. Tempat pertama Bidang Kebajikan
3. Tempat ke-3 Bidang Pentadbiran dan Pengurusan

Tidak lupa juga SMKA Baling telah mencapai kejayaan manis dalam bidang akademik iaitu:
1. Tempat pertama mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan (SPM 2008)
2. Tempat ke-3 mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan (SPM 2008)
3. Tempat ke-4 mata pelajaran KHB (ERT) (PMR 2008)

Apa yang lebih membanggakan ialah mata pelajaran Teknolgi Kejuruteraan berjaya mendapat tempat pertama untuk kali ke tiga berturut-turut sejak SPM 2006, 2007 dan terkini SPM 2008. Manakala mata plajaran Lukisan Kejuruteraan berjaya menempatkan diri buat kali pertama untuk SPM 2008 ini. Alhamdulillhah...

Berdasarkan keputusan tersebut, SMKA Baling telah dinobatkan tempat KETIGA secara keseluruhan dibelakang SMKA Sharifah Rodziah, Melaka (Tempat KEDUA) dan SMKA Sheikh Haji Mohd. Said, Seremban yang muncul sebagai Johan edisi kali ini. Tahniah untuk semua guru SMKA terbabit..teruskanlah perjuangan murni anda mendidik anak bangsa selari dengan nilai-nilai Islam..Mudah-mudahan...

Warga SMKA Baling merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan tahniah kepada Pengetua, PK1, PK HEM, PK Koko, Kaunselor, guru-guru dan kakitangan seterusnya para pelajar SMKAB terutamanya 5 Ibnu Rushd 2006 dan 5 Ibnu Sina tahun 2006, 2007 dan 2008 diatas kejayaan yang telah dicapai ini. Mudah-mudahan anugerah yang diterima ini berterusan dan terdapat peningkatan serta mendapat keberkatan bersempena menjelangnya Ramadhan Al-Mubarak 1430H..
Aktiviti hari guru pertama...perlawanan persahabatan badminton dengan beberapa kenalan guru dan bukan guru di Sungai Petani petang tadi masih terasa kepenatannya..Kami seramai 4 orang bertolak dari Baling, 3 dari Pendang memulakan perjalanan jam 3.30 petang tadi, kami tiba di Taman Sejati, Sungai Petani sejam kemudiannya..Sementara menunggu waktu Asar, kami menjamu selera di gerai tepi jalan di Taman Sejati..pekena bubur hitam dan char kow teaw..bolehlah tahan..Abang Daud belanja sempena hari guru..

Selepas solat Asar, kami bergerak ke dewan (nama jalan, nama dewan pun tak ingat) yang tak berapa jauh dari situ...Sampai sana apa lagi main lah. Soal menang kalah belakang kira, yang penting kami enjoy petang tu dapat bermain badminton dengan kenalan baru..kata orang terus ke peringkat daerah, takdak zon-zon dah..layak automatik! Daerah Baling lawan Daerah kuala Muda/Yan..hehe

Selesai bermain, adalah jam 7.00 petang kami menjamu selera kat gerai nasi kukus..ramai orang di situ, mesti sedap ni.. Emm, memang sedap pun, tambahan lagi kalau orang belanja..heheh..terima kasih Cg Ghazali yang belanja kami makan petang tu. Selesai saja makan kami bergegas ke masjid berdekatan..Solat Maghrib, terus balik rumah. Sampai rumah 9.15 malam..layan Badminton Piala Sudirman pulak. Alahai Malaysia pun kena 3-0 dengan China, apa lagi kami? Eh, kalahkah kami??

Lagi gambar di [sini]
Alhamdulillah selesai sudah program Hari Anugerah Cemerlang SMKA Baling Tahun 2009 siang tadi (26.3.09). Persiapan yang meletihkan..3,4 hari! Namun segalanya berjalan lancar apabila ketibaan tetamu kehormat Yang Berbahagia Tuan Haji Rashid bin Ngah, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, KPM merasmikan majlis tersebut...

Yang Berbahagia Tuan Haji Rashid bin Ngah, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam diiringi oleh Tuan Pengetua, PPD Baling Sik dan Pegawai dari JPN Kedah
Ucapan pembukaan YDP PIBG, diikuti Tuan Pengetua kemudiannya perasmian oleh Tuan Pengarah, majlis diserikan dengan persembahan pelajar..nasyid oleh pelajar sekolah yang baru saja berjaya menjadi johan peringkat zon..Tahniah juga

Antara penerima-penerima anugerah kecemerlangan..Tahniah!
Tahniah buat semua penerima-penerima anugerah kecemerlangan pada kali ini. Juga buat Pasukan Robotik SMKAB tahun 2007 dan 2008 dan F1 InSchools, cikgu mengucapkan jutaan tahniah di atas komitmen anda selama ini..semoga kejayaan akan berterusan hendaknya..

Bergambar kenangan bersama Tuan Haji Rashid bin Ngah..
Selain pelajar, sekalung tahniah juga kepada semua guru, staf sokongan yang berrjaya menganjurkan majlis ini dan juga di atas usaha dan kesungguhan untuk melaksanakan semua aktiviti sekolah sama ada kurikulum, kokurikulum, dan sebagainya..Hasil usaha gigih yang intim oleh andalah maka lahirnya pelajar cemerlang ini..

Hmm..gambar sebelum majlis rasmi berlangsung...Guru yang juga AJK dalam majlis tersebut..Terima kasih kepada yang mengambil gambar...
Antara gambar candid hari anugerah yang di ambil...
Lagi gambar tengok [sini].