Anugerah Kualiti SMKA 2009 edisi yang ke-8 telah berjaya diadakan di SMKA Tok Jiring, Terengganu pada 16 dan 17 Ogos 2009. Terengganu telah dipilih sebagai tuan rumah untuk program kali ini yang bertujuan untuk mengiktiraf dan melonjakkan martabat SMKA ke peringkat yang lebih baik. Penilaian panel Kementerian oleh Bahagian Pendidikan Islam khususnya telah membuat penghakiman pada bermula sejak 25 Jun hingga 10 Julai 2009 yang lalu ke atas 55 buah SMKA seluruh negara.

Untuk pengetahuian Kementerian Pelajaran Malaysia telah memulakan program Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Anugerah Kualiti SMKA yang pertama bersempena Sambutan Jubli Perak SMKA pada tahun 2002. Pada waktu itu SMKA Kuala Lumpur telah diberi penghormatan sebagai tuan rumah untuk program sulung ini.

Syukur pada Allah kerana rezeki diberikan kepada SMKA BAling kerana berjaya memenangi beberapa kategori hadiah iaitu pada hari anugerah tersebut:
1. Tempat pertama Bidang Bimbingan dan Kaunseling
2. Tempat pertama Bidang Kebajikan
3. Tempat ke-3 Bidang Pentadbiran dan Pengurusan

Tidak lupa juga SMKA Baling telah mencapai kejayaan manis dalam bidang akademik iaitu:
1. Tempat pertama mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan (SPM 2008)
2. Tempat ke-3 mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan (SPM 2008)
3. Tempat ke-4 mata pelajaran KHB (ERT) (PMR 2008)

Apa yang lebih membanggakan ialah mata pelajaran Teknolgi Kejuruteraan berjaya mendapat tempat pertama untuk kali ke tiga berturut-turut sejak SPM 2006, 2007 dan terkini SPM 2008. Manakala mata plajaran Lukisan Kejuruteraan berjaya menempatkan diri buat kali pertama untuk SPM 2008 ini. Alhamdulillhah...

Berdasarkan keputusan tersebut, SMKA Baling telah dinobatkan tempat KETIGA secara keseluruhan dibelakang SMKA Sharifah Rodziah, Melaka (Tempat KEDUA) dan SMKA Sheikh Haji Mohd. Said, Seremban yang muncul sebagai Johan edisi kali ini. Tahniah untuk semua guru SMKA terbabit..teruskanlah perjuangan murni anda mendidik anak bangsa selari dengan nilai-nilai Islam..Mudah-mudahan...

Warga SMKA Baling merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan tahniah kepada Pengetua, PK1, PK HEM, PK Koko, Kaunselor, guru-guru dan kakitangan seterusnya para pelajar SMKAB terutamanya 5 Ibnu Rushd 2006 dan 5 Ibnu Sina tahun 2006, 2007 dan 2008 diatas kejayaan yang telah dicapai ini. Mudah-mudahan anugerah yang diterima ini berterusan dan terdapat peningkatan serta mendapat keberkatan bersempena menjelangnya Ramadhan Al-Mubarak 1430H..

Comments (6)