Showing posts with label ucapan. Show all posts
Showing posts with label ucapan. Show all posts

Esok hari guru....! Terima kasih kepada semua yang menghantar ucapan melalui sms dan shoutbox mengingati tarikh keramat ini. Hampir juga aku terlupa..heh. Sebenarnya minggu lepas aku menghadiri satu mesyuarat SULIT di Copthorn, Tanjung Bungah, Penang. 4 hari di sana, menyebabkan aku sedikit lupa..bagaimana agaknya persiapan sambutan hari guru ahad nanti di sekolah yer...

Guru Pembina Negara Bangsa...itulah tema hari guru pada tahun ini.
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Jadi sempena 16 Mei esok, aku ucapkan Selamat Hari Guru buat semua rakan-rakan cikgu di SMKAB dan seluruh negara baik yang kenal semasa berkursus, mesyuarat dan juga melalui alam siber ni...dan paling tidak lupa cikgu-cikgu yang mengajar aku di Sekolah Rendah Padang Melangit dan Sekolah Menengah Tengku Suleiman, Perlis serta cikgu-cikgu di Kolej Mara Seremban, Maktab Teknik Kuala Lumpur dan cikgu-cikgu di UKM, Bangi. Jasamu tetap kukenang sampai bila-bila...
Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur kita pun akan meningkat bersama pengedaran masa. Kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bernama ibu. Begitu besar peranan dan jasa insan yang bernama ibu ini. Oleh itu renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini. Sekurang-kurangnya peluk dan ciumlah ibu masing-masing yang dapat berjumpa atau sekurang-kurangnya telefon ibu bagi mereka yang duduk berjauhan..

Bersempena dengan hari Ibu yang berlangsung pada hari ini 10 Mei 2009, aku ucapkan selamat hari ibu buat ibu kat kampung dan isteriku yang juga ibu buat anak-anakku, serta semua ibu-ibu di dunia ini...tanpa mereka tiada ertinya aku hidup di dunia ini...lakukanlah yang terbaik sementara mereka masih ada atau sebelum kita semua dijemput pulang..

Dalam kenangan...Tahniah buat sahabat Mail yang akan memulakan tugas di tempat baru tidak lama nanti...semoga kuat fizikal dan mental serta bersemangat kental untuk meneruskan kerja dan bakti di tempat baru walaupun mungkin dalam suasana yang berbeza..semoga dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sempurna...

Tiada lagi pakar drop di gelanggang badminton, tiada lagi defender kental dalam gawang gol futsal, tiada lagi penganalisis isu-isu rumahtangga, tiada lagi penghuni di Jimi's Hostel, tiada lagi gelak-gelak kecil..semuanya tiada. Mungkin yang ada hanyalah gambar-gambar lama sahaja kerana namanya juga tiada dalam majalah sekolah...haha

Rosli dan Mail sudah..lagi dua orang tu bila lagi??Langgar atau Kangar??Kalau ikut abjad menaik (JKL)..Jerai, Jitra, Kangar, Langgar..Hmm!

Akhir kata buat Mail..ada pertemuan akhirnya perpisahan, semoga berjumpa lagi...