Sudah lama aku tak menulis di sini, bukannya malas..tapi tak sempat. Sebenarnya 27 April baru-baru ni aku berpeluang untuk menghadiri kursus TPA (Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan) kendalian JAPIM (Jabatan Pendidikan Islam dan Moral) bersama dengan BPTV (Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional).

Kursus selama 3 hari ni dibuat kat Hotel Regency, Tanjung Tuan..Seronok juga laa...letih2 kursus minum2 sambil menghirup udara segar tepi pantai..

Apa yang paling menarik nak dikongsikan di sini ialah..pertamanya dapat berjumpa rakan2 seperjuangan dalam aliran teknikal (Lk/Tk) untuk SMKA dan SABK seluruh negara. Alhamdulillah buat pertama kalinya sejak 12 tahun, JAPIM dan BPTV menemukan juga kami ini...maka kenal jugalah rakan2 yang langsung tak pernah jumpa sebelum ini. Selalunya yang jumpa hanyalah rakan2 guru teknikal SM Harian dan SMT sahaja..

Baca seterusnya..

Keduanya, penyerapan SABK ke dalam kalendar JAPIM dengan memasukkan aliran teknikal jelas menunjukkan adanya usaha untuk membantu dan memperkasakan sekolah2 agama rakyat ini di samping menambah nilai pelajar dengan kemahiran teknikal. Secara tidak langsung memberi peluang penyerapan guru2 baru di SABK ini..


Bersama penceramah aset En. Kamarulzaman Ikhsan (gambar atas) dan En. Mohd Idris Hj. Salam (gambar bawah) dari BPTV..terima kasih tak terhingga buat mereka berdua yang tidak segan silu memberi tunjuk ajar dengan gaya santai dari mula (hampir semua ZERO tentang aset) sehinggalah kenal apa itu KEW PA, J3, J4 dan sehinggalah bab melupuskan aset dengan cara tenggelam/tanam dalam tanah. Hai..macam2...

Berbalik kepada Kursus TPA yang dihadiri sebenarnya ianya bukanlah suatu tugas yang mudah untuk dilaksanakan. Tugas yang berat menanti kepada semua guru yang terlibat secara langsung dengan bilik2 khas seperti makmal, bengkel, bilik guru, bilik mesyuarat, stor sukan, dewan makan, dewan2, asrama dll...
Setiap sekolah seharusnya menubuhkan JKPAK (Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan) di sekolah dan melaksanakan pekeliling yang telahpun berkuasa pada 2007. Pemantauan sedangpun berjalan..Apa yang penting, kita melaksanakannya...Ingat tu! Erm...kat mana nak mula yer?

Duduk dari kiri: Nor Rohaizad Bustaman, Normahani A. Gaffar, Fazlina Ab. Wahab, Umi Nuur Jannatun Nahrawi, Kamarulzaman Ikhsan (BPTV), Hj Abd Rashid Ngah (Pengarah JAPIM), Ust Abd Jalil Ahmad (JAPIM), Mohd Idris Hj Salam (BPTV), Noriyatimah Mat Elah, Tengku Rugayah Tengku Sembok, Salina Shahudin.

Berdiri dari kiri: Mohd Hishamudin Ismail, Lukman Nurhakim Ishak, Salahuddin Saiyadi, Abdul Ghafar Hussin, Azlan Idris, Sharulnizam Atil, Mohd Isa Abdul Ghani, Mohd Fathi Adnan, Ahmad Rizal Yahya, Mohd Shaiful Azwan Ariffin, Mohd Nizaha Md Jaafar,Nasir Sadarman, Muhammad Sufi Ahmad.

Comments (6)

On May 3, 2009 at 9:57 PM , Ramzi Abdul Rahim said...

haii... ni kursus ka makan angin???? balik sekolaj terus tubuhkan JK aset tu... hang mesti jadi SU....

 
On May 4, 2009 at 2:58 PM , Unknown said...

makan angin sambil berkursus hehee...s/u adalah peg. aset, biasanya guru kanan yg tidak menjaga aset..

sbb cg yng menjaga bengkel/makmal dah dikategorikan sbg penjaga aset...

 
On May 4, 2009 at 5:49 PM , Geng said...

heheheheh jgn lupa nama jari lak dlm j/kuasa aset.......dah buat training kat jari ker lum ni......huhuhuhuh

 
On May 4, 2009 at 9:01 PM , Anonymous said...

tnjg tuan ni dh dekat dgn melaka kan? yg dkt dgn rumah api tu kan? huhu..agak je la.

 
On May 5, 2009 at 12:59 PM , Ramzi Abdul Rahim said...

mesti bagi inhouse kat jary.... satu dept lah katakan.... walaumacammana pon kami tak kacau hang.. selamat bermesra...

 
On May 5, 2009 at 3:56 PM , Unknown said...

tanjung tuan ni tak jauh dah ngn melaka..ikut jln lama laa..30 min lagi sampai laa..

rumah api? tak perasan lak. awatnya mail, rindu kut dok sebut nama adik dia slalu...kurang kasih sayang ke kat sana...huhu