Sudah hampir masuk bulan 8, ini bermakna sudah hampir ke penghujung tahun 2009. Menari mengikut rentak sekolah..ujian, peperiksaan, post mortem, headcount, analisis, kerja kursus (PBS), pengurusan stok bengkel, kursus, bengkel, mesyuarat, kerja-kerja pejabat di sekolah sudah diharungi..

Walaupun tidak 100% berjaya dihabiskan, terutamanya pengurusan stok yang masih berbaki..emm, tak mampu nak siapkan dengan masa yang ada banyak dihabiskan untuk p&p dan melayan 'tetamu' luar yag tak putus-putus datang untuk 'menengok' fail2 dan iklim sekolah..sedikit terbantut kerja.

Pagi tadi 29.7.09 aku berpeluang melihat anak2 buah aku membuat persembahan spontan tetapi penuh berisi dengan segala aspek ilmu kejuruteraan dalam membentangkan hasil kerja selama 6 bulan sebelum ini..

Lihat saja aksi-aksi mereka semasa membuat persembahan...

Menghasilkan rak meja lukisan ala-ala jepun mudah alih...Kalu orang Jepun tengok mesti boleh jual nie...hehe agaknye lah

Siap untuk digunakan....boleh buka tutup lagi

Kumpulan pelajar perempuan mempersembahkan rak menyimpan papan LK mereka..Isy2, buat rak ngam2 depa 5 orang saja noo..yang lain tak boleh tumpang? Ptototype kata mereka...pandai menjawab!

Sempat lagi berposing tue...1 malaysia tengok lepas nie..bahkan 1 dunia jgak..hehe

Ermm rak apa nie ye? oh..inilah rak serbaguna kata mereka, boleh menyimpan buku, kasut, dan lain-lain lagi..Ada yang kata reban ayam. Isy..tak patut betul lah

Tidak ketinggalan juga kumpulan Fakri dengan troli sampah mereka..boleh menyimpan penyapu, tong sampah dan mudah ditolak ketika sedang menyapu...idea2

Dan yang paling mantop...gazebo bersaiz 4'x5' ini megah berdiri di bawah terik mentari dan dikala hujan melanda.

yang lain masing-masing cari tempat teduh..panas. Tapi alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Terimakasih semua..Eh ada lagi...

Macam inilah kalau berada depan kamera...kukuh jugak gazebo ni, 24 orang naik takdak apa2 pun...kira ok lah tu...

Mungkinkah ini generasi terakhir 5 Avicenna tahun ini? Wujud lagikah 5 Avicenna sesi 2010 nanti? 2011? Hanya yang tahu dapat menjawabnya...selamat tinggal Avicenna 2009...Cikgu mengabadikan segala kenangan Avicenna sesi 2009 di sini...juga Avicenna sesi 2005-2008, serta Ibnu Rushd sesi 2005-2006...terima kasih anak2 murid semua. Kalau jumpa mana-mana jangan malu-malu tegur noo...
Letih..itu yang boleh diucapkan setelah 3 hari 2 malam (23,24, dan 25 Julai 2009) berada di Sungai Angkat, kawasan air panas Ulu Legong di Daerah Baling untuk menjayakan perkhemahan perdana unit-unit beruniform..walaupun tidaklah sehebat eksplorasi Hutan Lipur Royal Belum di Tasik Banding tahun 2006 dan Ekpedisi Gua Gendang 2004 dan lain-lain lagi..tetapi aktiviti dan komitmen tetap diberikan untuk tidak menghampakan rakan-rakan yang setia berada di sana..

Aktiviti yang dijalankan tidaklah terlalu mencabar kerana kawasan perkhemahan di sini merupakan kawasan tumpuan ramai orang di hujung minggu, untuk tujuan bersantai bersama keluarga. Air yang sejuk di Sg Angkat dan berhampiran dengan Kolam Air Panas Ulu Legong memang menjadi tumpuan ramai. Sejuk memang sejuk, tapi itu saja air yang ada..sumber air utama kami sepanjang 3 hari berada di sana..

Akhirnya dah lewat petang pada hari Sabtu, sehingga jam 5.30 petang barulah segalanya selamat...letih juga menguruskan soal peralatan dan pengangkutan pelajar petang tu..ermm nasib baik juga ramai guru yang sudi membantu waktu itu...terima kasih semua..

Gambar-gambar sekitar perkhemahan...





Lagi gambar klik sini..

Menghadap monitor komputer berjam-jam akan menyebabkan bahu dan tengkuk akan berasa letih dan lenguh. Lakukan senaman ringkas selama empat minit ini bagi setiap sejam atau apabila anda berasa letih apabila anda menggunakan komputer. Senaman ringkas ini akan menjadikan anda lebih selesa. Amalkannya selalu! Selamat mencuba...
POST MORTEM: PPMSI MANSUH 2012. Dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang menimbulkan banyak kontroversi sehingga menggugat peranan utama bahasa Melayu dalam bidang tersebut, akhirnya dimansuhkan oleh kerajaan.

Dengan itu bermakna kerajaan telah mengambil kira suara rakyat pelbagai lapisan selaras dengan dasar 'Satu Malaysia Rakyat Didahulukan'. Saya percaya, kerajaan telah membuat kajian mendalam, telus dan adil dari pelbagai sudut sebelum membuat keputusan akademik tersebut.

Memang tidak boleh dinafikan bahawa subjek Sains dan Matematik itu sangat penting untuk membangunkan negara. Namun demikian, rakyat tidak pernah menolak belajar kedua-dua subjek itu. Rakyat selama ini cuma mempertikaikan kenapa kedua-dua subjek tersebut diajar dalam bahasa Inggeris sedangkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu? Selama ini rakyat terasa seperti bahasa Melayu itu sangat teruk diperlekehkan sehingga tidak layak diajar dalam subjek tersebut.

Justeru, apabila kerajaan membuat keputusan mengembalikan semula pengajaran dan pembelajaran kedua subjek tersebut ke dalam bahasa Melayu maka saya berpendapat ia adalah satu keputusan yang adil dan melegakan ramai pihak.

Semoga usaha kerajaan untuk mengutamakan dan mempertingkatkan kualiti kurikulum bahasa Inggeris di sekolah-sekolah akan berjaya melalui dasar baru yang diperkenalkan.

Di sini saya dan rakyat ingin ucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana mengembalikan semula kedudukan bahasa Melayu ke dalam Sains dan Matematik-Utusan Melayu

REZA ALJUNAID
Jelebu, N. Sembilan
Baca seterusnya..

JADIKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU. KUALA LUMPUR 9 Julai - Pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) merupakan langkah baik untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Tokoh pendidik, Tan Sri Abdul Rahman Arshad berkata, bahasa Melayu merupakan bahasa ibunda yang perlu dijaga kesuciannya dan dimartabatkan supaya ia tidak terpinggir dalam arus peredaran zaman.

Menurutnya, untuk terus memartabatkan bahasa itu, ia perlu dijadikan bahasa ilmu di semua peringkat pengajian.

"Langkah kerajaan memansuhkan dasar PPSMI merupakan langkah yang cukup baik, tetapi bukan bermakna bahasa Inggeris dipinggirkan.

"Sebagai bahasa kebangsaan, keutamaan haruslah diberikan kepada bahasa Melayu untuk terus dipelihara dan dijadikan sebagai bahasa ilmu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Abdul Rahman berkata, apabila PPSMI dilaksanakan, ia telah mewujudkan satu kejutan budaya bagi pelajar luar bandar yang masih belum bersedia secara keseluruhannya.

Jelasnya, pemansuhan PPSMI bukan bermaksud bahasa Inggeris dipinggirkan tetapi ia harus dijadikan nilai tambah dalam diri setiap pelajar untuk bersaing di peringkat global.

''Kita akui kepentingan bahasa Inggeris, tetapi PPSMI bukanlah cara yang boleh digunakan untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris baik di kalangan pelajar mahupun guru," jelasnya.


MANTAPKAN BI SEBAGAI PERSEDIAAN PELAJAR KE IPT.
Pengumuman kerajaan untuk memansuhkan PPSMI tidaklah sesuatu yang mengejutkan, berikutan tentangan yang telah diberikan oleh pelbagai pihak. Ia bukan satu keputusan mudah bagi kerajaan tetapi cukup besar untuk membuktikan bahawa kerajaan memang mendahulukan rakyat.

Oleh kerana pada masa yang sama, langkah-langkah untuk memperkasakan bahasa Inggeris juga telah dibentangkan, maka seperti yang dikatakan oleh Prof. Ungku Aziz, keputusan tersebut dapat memuaskan hati semua pihak. Satu pihak mahu bahasa Melayu dimartabatkan, dan satu pihak lagi mahu melihat peningkatan di dalam penguasaan bahasa Inggeris (BI).

Salah satu hujah yang selalu kedengaran bagi golongan yang mahu PPSMI ini diteruskan ialah masalah pelajar-pelajar daripada alam persekolahan ke peringkat universiti.

Kebanyakan daripada bahan-bahan rujukan masih lagi di dalam bahasa Inggeris bertahap tinggi dan agak sukar bagi pelajar-pelajar yang hanya berkelulusan MUET dan Bahasa Inggeris SPM, yang langsung tidak diiktiraf IPT tempatan, apatah lagi di luar negara.

Ini merupakan salah satu penyumbang kepada pencapaian pelajar-pelajar IPT kita yang 'sederhana', khususnya golongan Bumiputera, terutamanya di dalam bidang-bidang sains dan teknologi.

Jawapan kerajaan terhadap hujah di atas ialah dengan memantapkan Bahasa Inggeris (BI) itu sendiri di peringkat persekolahan, dengan menambahkan contact hours, bilangan guru serta pendedahan istilah sains dan teknologi. Di sini izinkan saya memberikan beberapa cadangan.

Tidak perlu bagi Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menterjemahkan segala-galanya ke dalam bahasa Melayu. Istilah-istilah teknikal/saintifik "universal" perlu dikekalkan, atau setidak-tidaknya di masukkan juga di dalam buku-buku teks sebagai "nota kaki" bagi memudahkan pelajar-pelajar membuat rujukan kelak.

Untuk memantapkan lagi penguasaan mana-mana subjek, pelajar-pelajar perlu mengaplikasikan apa yang telah diajar di sekolah, bukan sekadar untuk lulus peperiksaan sahaja. Dalam kes penguasaan sesuatu bahasa, tidak ada cara yang lebih berkesan selain daripada menggunakannya. Memperkenalkan ujian lisan, persembahan-persembahan teater/drama, debat dan pidato sebagai cabang kurikulum, dari peringkat rendah secara berterusan dapat memantapkan lagi penggunaan bahasa tersebut. Pengajaran secara 'monolog' yang berlebihan perlu dihentikan.

Soalan-soalan peperiksaan BI sama ada ujian bulanan, penggal, semester atau tahunan wajar merangkumi bidang sains dan teknologi, dan tidak tertumpu kepada nahu, sastera dan hal-ehwal semasa sahaja.

Ketika ini, hanya BI yang merupakan satu-satunya subjek di dalam peperiksaan SPM yang "tidak laku" untuk syarat melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Pelajar-pelajar yang ingin ke luar negara perlu mengambil peperiksaan IELTS, manakala bagi yang mendapat tempat di IPT terpaksa mengambil MUET.

Sudah sampai masanya bagi Kementerian Pelajaran untuk menaikkan kembali status BI ke tahap yang setaraf dengan negara-negara membangun yang lain.

Akhir sekali, demi masa depan anak-anak kita yang bakal mewarisi negara ini, semua pihak perlu berhenti mempolitikkan soal-soal pendidikan, sebaliknya bekerjasama dengan pihak yang bertanggungjawab untuk bersama-sama berganding bahu memperkasakan perkara yang sensitif ini.

Bagi pihak Kementerian Pelajaran pula, diharap pada masa-masa akan datang dapat membuat pertimbangan dan persiapan secara menyeluruh lagi terperinci, sebelum melaksanakan sesuatu dasar yang membabitkan kepentingan generasi akan datang, yang bakal menggalas amanah untuk mentadbir negara kita yang tercinta ini. -Utusan Melayu

Dr. Faizal Tajuddin
Pasir Salak, Perak

KUALA LUMPUR 17 Jun – Semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hanya boleh mengambil 10 mata pelajaran mulai tahun depan, namun pengecualian diberikan kepada mereka daripada aliran agama sains.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dengan keputusan itu, pelajar aliran agama sains dibenarkan mengambil 11 mata pelajaran, tetapi hanya untuk tahun 2010 sahaja. ‘‘Bagaimanapun, kelonggaran ini kita hanya berikan untuk tahun depan sahaja. Oleh itu, satu bentuk pengubahsuaian perlu dilakukan segera kerana mulai tahun 2011, semua pelajar termasuk aliran agama sains hanya dibenarkan mengambil 10 mata pelajaran,” katanya.

Muhyiddin berkata, 11 mata pelajaran yang perlu diambil oleh pelajar aliran agama sains ialah empat mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik.

‘‘Tiga lagi mata pelajaran agama iaitu Pendidikan al-Quran dan As-Sunnah, Pengajian Syariah dan Bahasa Arab Tinggi. Empat lagi mata pelajaran sains tulen iaitu Fizik, Biologi, Kimia dan Matematik Tambahan,” katanya lagi. Rujuk berita penuh [sini].

Komen: Ini bermakna mulai 2011 semua pelajar aliran agama MESTI ambil 10 subjek? Jadi subjek apa yang akan dikorbankan untuk menghadkan kepada 10 subjek? PAQ, PSI, BAT? atau FIZ, KIM, BIO atau ADD MATH? Mana satu subjek yang akan dikorbankan?

Itu untuk aliran kelas sains agama, kelas ekonomi dan prinsip akaun bagaimana pulak? Pelajar ini mengambil 11 subjek. Jadi subjek apa yang akan dikorbankan untuk menghadkan kepada 10 subjek? PAQ, PSI, BAT? atau ADD MATH, SAINS (subjek teras ini tak mungkin, kerana wajib), P.AKAUN atau EKONOMI? Mana satu subjek yang akan dikorbankan?

Yang ni lagi cerca merba. Bagaimana dengan kelas agama teknikal yang rata-rata pelajar mengambil 12 subjek? Subjek apa yang akan dikorbankan untuk menghadkan kepada 10 subjek? PAQ, PSI, BAT? atau FIZ, KIM, ADD MATH, LK atau TK? Dua subjek perlu dikorbankan..agak2 subjek apa?
Kuching, Sarawak..nama yang indah di sebalik pelbagai keunikan yang tersimpan di sini. Dari segi nilai sejarah, masyarakatnya yang berbilang kaum, pelancongan, masakan, dan tahap kebersihan yang tinggi merupakan antara tarikan utama Bandaraya Kuching dan sekitarnya..

Minggu lepas bermula hari terakhir sekolah 28.5.09 aku bersama keluarga sempat merasai sedikit sebanyak keunikan di negeri bekas jajahan keluarga Brooke nie..seminggu di sana sehingga 4.6.09 padat dengan aktiviti pelancongan...berbekalkan motor (orang semenanjung panggil kereta), minyak petrol dan diesel, banyak juga tempat-tempat menarik yang sempat aku terjah...hehe. Jom ikuti pengalaman aku...

Hari 1: 29.5.09 (Jumaat): Sudah tidur nyenyak malam tadi setibanya di Kuching International Airport jam 10.30 malam tadi..pagi-pagi lagi selepas sarapan..lawatan pertama adalah sekitar Bandaraya Kuching..ke sarawak yang menempatkan Muzium Etnologi, Muzium Islam dan Muzium Arkeologi dan lain-lain. Dah nama muzium pastilah bahan-bahan lama yang dipamerkan..agak menarik kerana artifak-artifak, spesimen-spesimen arkeologi, tapak-tapak warisan budaya, seni kraf, barangan keagamaan yang dikaitkan dengan tradisi-tradisi dan kepercayaan masyarakat tempatan Sarawak masih terpelihara dengan baik. Dan yang paling penting masuk free..hehe



Baca seterusnya..

Tak boleh lama di situ, kat sini zohor dah awal..12 lebih dah masuk..bergegas balik untuk ke Masjid Negeri, Sarawak. Siaran langsung sembahyang jumaat biasanya di buat di sini dalam Cats FM..radio Sarawak la tu...sempat jumpa (tengok dari jauh jer), Ketua Menteri Sarawak YAB Abdul Taib Mahmud dengan rolls roiyce nya...




Waktu petang kami ke Water Front..di pesisir Sungai Sarawak, sungai yang merentasi Bandaraya Kuching dan dipenuhi dengan bangunan hotel-hotel mewah di tepinya..dan terdapat aktiviti sukan air seperti kayak..sempat juga la naik boat penambang untuk ke seberang sana, Boyan. 40 sen jer tambang boat tu..murah kan? Kat sana bolehlah menjamu selera di deretan-deretan kedai tepi sungai seperti Pak Lah Boyan dll. Menu utama-mi kolok, laksa Sarawak, mee sos tomato, sate sarawak dan macam-macam lagi..semua aku order! hehe..selepas maghrib di situ (ada 2 surau dekat-dekat di situ), kami naik boat penambang semula ke water front dan pulang....esok ke Sariken!!



Hari 2: 30.5.09 (Sabtu): Cadang awal-awal lagi nak bertolak ke Sariken, tapi terpaksa di tunda ke sebelah petang atas masalah teknikal..pukul 2.30 baru bertolak ke Sariken. Sejam perjalanan kami sampai di sana..panas sungguh bahang matahari petang tu..berpeluh jugak laa..kat sana boleh tengok macam2 barang ada..kebanyakkan barangan cenderahati, barangan rotan seperti tikar rotan, kerusi dll. Pakaian agak kurang...


Sempat juga buat tawar menawar harga tikar rotan..puas hati aku beli dua..300 lebih ada laa..7'x10'..hehe penuh ruang tamu kut. haha..beli kain telekung dan sedikit barangan ringan..senduk dll (yang ni bukan aku pilih...). Hampir 2 jam kat sana, kami nak ke Pekan Satok..ada pasar juga di sana, biasanya hari Sabtu dan Ahad saja sama macam Sariken. Singgah dulu di Gua Angin (Wind Cave)..terus ke Pekan Satok. Nak masakan melayu best, kat sini ada...hari2 buka. Bah'D Cafe..

Hari 3: 31.5.09 (Ahad): Hari ni mungkin jauh sikit perjalanan..keluar awal (tak awal mana pun..) jam 11 pagi, destinasi utama di Kampung Santubong. Singgah untuk mandi laut kat pantai Pandak, sebelum Kampung Santubong..di sini boleh lihat dengan jelas Gunung Santubong (lihat gambar) yang ada mitos atau cerita perihal Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang..ingat lagi lagu tu?? Selepas tu kami ke Damai Beach Resort Kuching..kat sini baru mandi..tadi acah jer. hehe...Pukul 3 berolak balik ke Bandaraya Kuching..

Hari 4: 1.6.09 (Isnin): Awal sikit hari ni lebih kurang jam 10 pagi kami bertolak ke Padawan untuk ke kampung Annah Rais yang merupakan perkampungan masyarakat Dayak dengan tarikan utamanya ialah rumah panjang. Antara masyarakat Dayak yang ada di sini adalah orang Iban dan Bidayuh..1 Jun setiap tahun adalah sambutan Hari Gawai Dayak dan merupakan hari cuti di negeri Sarawak..

Pelbagai acara sempena Andu Gawai di sana, ada tarian Gawai, permainan alat muzik tradisional, jamuan dan malam Gawai..aku setakat siang jer, petang dah cabut..letih berjalan..hehe. Lebih kurang 2 jam melawat sekitar rumah panjang (tak sampai hujung aku jalan, panjang sangat rumah nie..), kami mandi kat sungai berhampiran..air yang jernih dan sejukk sangat....lepas mandi kami bertolak ke Bandaraya Kuching semula..

Dalam perjalanan balik, kami singgah di kedai menjual pasu..borong lah pasu sekotak. Untuk simpanan sendiri lah...tak mahal habis setakat 100 jer kat situ..lebih kurang pukul 6.oo petang sampai di rumah...mandi lagi..melekit badan!

Hari 5: 2.6.09 (Selasa): Hari nie ada kenduri di rumah kawan kepada kakak ipar aku di sana, makan dulu...hehe. Apa yang menarik tentang kenduri di sini alah cara tuan rumah menghidangkan makanan di atas meja. Pinggan lauk dan gulai dihidangkan dengan cara mengelilingi nasi ditengahnya..2 hidangan disatukan jadi 1 hidangan..sepatutnya 2 hidangan untuk 8 orang tetapi bila disatukan yang akan makan cuma 4 orang saja..(faham ker? tengok ler gambar bawah tu..guna hp jer). Kalau kita kat sini layan diri laa, takde nak hidang2 dah..

Lepas makan nasi rumah kenduri kahwin, kami bertolak ke Boyan (berhadapan Water Front). Kali ni naik kereta dah, tak naik boat penambang lagi..lambat..hehe. Kat sini kami ke kedai kek Hajjah Salhah untuk 'makan' kek lapis free...hehe. Memang kek lapis di sini percuma untuk di makan...lepas makan kena beli laa...sebiji ada 10 ringgir, 20, 30 pun ada..bergantung kepada sedapnya la laa...tapi aku rasa semua sedap laa...

Selepas memborong kek lapis lebih kurang, dah petang dah hampir nak malam...kami ke gerai makan bawah jambatan merentasi Sungai Sarawak. Kat sini dulu ada jambatan gantung, tapi dah roboh dah..Makanan boleh tahan laa..boleh tahan tang harga dia tu..hehe mahal kalau nak dibandingkan dengan semenanjung..nasib baik sedap. Makan sea food kali nie...Lepas makan balik ke rumah, malam keluar sekejap ke Bandaraya Kuching ambil gambar sekeping 2....hehe

Hari 6: 3.6.09 (Rabu): Hari nie tak banyak aktiviti...kami ke pasaraya 'The Spring' di bandaraya Kuching...jalan2, tengok2, cuci mata lebih kurang...kami balik. Hmm..nak jalan punya la tak larat, besar sangat pasaraya nie...lebih kurang suria KLCC jugak la, tak pun Queensbay Mall kat Penang..alih2 dah penat balik rumah jer..

Hari 7: 4.6.09 (Isnin): Hari nie hari terakhir kami kat sini..malam ni flight pukul 8.15 ke Penang. Pagi2 lagi jam 9.00 pagi kami ke Pekan Satok sarapan di Bah'D Cafe..macam biasa laa roti canai dengan mi kolok..hehe. Hari terakhir ke kedai souvenier di Jalan India dan Pekan Cina, kemudian kami ke pasaraya Boulevard..lepas makan di restoran Pinang Jawa (kalau tak salah) dah jam 5.00 petang kami balik ke rumah..nak bersiap. 6.30 nak ke Kuching Airport.

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar, kami berjaya melepasi pemeriksaan dengan selamat walaupun agak tak puas hati kerana bagasi terlebih berat sikit, casnya boleh beli hand phone sebiji lagi..tak guna punya! Hehe sabar...akhirnya kami tiba di Penang jam 10.30 malam....Terima kasih Kuching, terima kasih tak terhingga buat keluarga Abang Sulaiman di sana..ada masa "kamik teringin nak pergi sinun lagi..kamik sik akan lupa sama kitak..jumpak lagi.."

Sengal seluruh badan, letih memandu hari ni..sebenarnya hari ini aku menghadiri mesyuarat perlaksaan aktiviti 2009 bagi subjek Teknologi Kejuruteraan bersama dengan guru-guru Teknologi Kejuruteraan Negeri Kedah dan En. Halim, pegawai Teknik Vokasional di JPN Kedah 2 petang tadi..mesyuarat diadakan di SMK Mergong..

Ini merupakan perjumpaan kedua bersama dengan En. Halim kerana sebelum ini mesyuarat panitia daerah pernah dihadiri oleh beliau di PKG Kuala Pegang..walaupun agak lewat perancangan tahun ini, mungkin kerana rombakan penjawatan baru di JPN, aktiviti tetap dijalankan sebelum-sebelum ini seperti mesyuarat PBS, menghasilkan set soalan percubaan SPM dan lain-lain.

Mesyuarat selama 2 jam membincangkan tentang aktiviti selepas cuti iaitu menghasilkan set soalan gempur SPM dan soalan-soalan topikal Tingkatan 4 dan 5. Letih juga memandu jauh-jauh untuk mesyuarat selama 2 jam saja...tapi apa boleh buat, aku jer yang jauh..yang lain boleh kira dekat juga..terimalah. Mesyuarat berikutnya diputuskan pada 24-25 Jun nanti di Sik (bermalam la tu...). Sebelum itu 16-18 Jun aku dan beberapa rakan akan berkampung di Hydro Majestic Hotel, Penang untuk pemurnian soalan percubaan..

Kelmarin, 26.5.09 aku berada di PKG Yan, di SK Langkasuka untuk mesyuarat panel soalan percubaan kali ke-3..dah lama tak sampai kat Yan ada juga member yang sesat...masih ingat lagi kenangan 2006 ketika bersama Ustaz Sham, Ustaz Fuad, Cg Megat dan lain-lain bersama pelajar-pelajar dalam program Lead Trac ketika menaiki Tangga Kenari di Titi Hayun di situ..letih tak sangga..blogger neldras dan fiquery pun ada..

Dan kelmarin juga mesyuarat Majlis Guru diadakan di sekolah..hehe sorry banyak2 la kawan2, tak dapat nak menghadirkan diri..aku rasa berapa kali dah aku miss meeting Majlis Guru tahun nie..nak buat macam mana boss, hok deme tu lagi penting. hehe
Baca seterusnya..

Sama juga lah hari nie, clash meeting dengan panitia di bawah Unit Teknik dan Vokasional SMKAB, hari sama, jam sama...tajuk dan tempat meeting jer lain-lain. Sorry juga kat boss, terpaksa excuse kali nie...hok deme sana tu lagi penting. hehe.. Harap-harap meeting tadi lancar kut, mesti padat dengan perancangan...erm, amacam blog terupdate ke tak??

Dan esok, hari terakhir persekolahan..semua kerja nak kena siap malam ni jugak. Start 28 Mei-13 Jun warga pendidikan akan bercuti persekolahan penggal 1. Bagi warga SMKAB, terdapat guru dan pelajar yang terlibat dengan perkampungan ilmu dan Tunas Muda pada musim cuti nie..jalankan tanggungjawab anda semua sebaik mungkin. Juga minta maaf banyak2 buat rakan2 kerana tak dapat membantu untuk Karnival Sukan Sime Darby 2009 jumaat dan sabtu nie, sebabnya? erm baca kat bawah...hehe. Tahun ni tuan rumah, tahun lepas kat teluk Bahang, tahun depan kat Selinsing, Perak...yang tu aku mesti pergi..Buat rmz dan Big Boss, selamat berangkat ke tanah suci..semoga selamat pergi dan pulang dan mendapat kesempurnaan dalam ibadah yang dilakukan...

Aku? Emm...aku juga akan bercuti mulai tengah hari esok..ke Sarawak selama seminggu bermula 28.5.09, flight 5.45 petang. Doakan keselamatan kami sekeluarga..InsyaAllah, tiada halangan aku akan menulis lagi di sini..tunggu cerita-cerita menarik dari Kuching, Sarawak..Selamat Bercuti Semua..

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan berhubung pelaksanaan dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dijangka dapat dibuat beberapa minggu lagi.

"Saya telah katakan, saya (berada) di peringkat yang akhir (membuat keputusan). Saya menerima banyak pandangan daripada pelbagai pihak mengenai kedudukan PPSMI. Dan masih lagi bersikap terbuka menerima pandangan pelbagai pihak yang lain.

"Dan dalam beberapa minggu yang akan datang ini, kita akan halusi. Dan saya akan membuat beberapa keputusan bagaimana kita hendak menangani isu yang berbangkit mengenai PPSMI," katanya di Putrajaya selepas menerima kunjungan tujuh NGO utama Cina.

"Jadi, pandangan yang dikemukakan tadi saya ambil perhatian. Saya tidak kata bersetuju atau tidak bersetuju. Kita bersikap terbuka sehinggah kita buat keputusan."
Baca seterusnya..

Muhyiddin, yang juga menteri pelajaran, dikunjungi pemimpin pendidikan Cina, diketuai Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina (Dong Zong).

Dalam pertemuan dua jam itu, mereka turut menyerahkan memorandum membantah pelaksanaan PPSMI, selain membangkitkan isu-isu berhubung pendidikan Cina.

Menurut memorandum tersebut, PPSMI antaranya memberikan kesan negatif kepada murid di semua sekolah rendah pelbagai aliran, termasuklah sekolah kebangsaan atau sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.

Tujuh badan itu juga mendakwa, kajian Gabungan Persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) pada 2005 dan 2006 pula mendapati, PPSMI menjejaskan penguasaan bahasa Cina kerana jumlah waktu pengajaran yang menggunakan pengantar bahasa Cina telah dikurangkan.

Mengulas lanjut, Muhydin berkata sebarang keputusan yang dibuat nanti memerlukan perancangan menyeluruh bagi dilaksanakan kerana ia melibatkan pelbagai sumber, infrastuktur dan bertujuan memuaskan hati pelbagai pihak.

Beliau menafikan pelbagai NGO terus memberikan tekanan kepada kerajaan bagi mempengaruhi keputusan yang akan dibuatnya nanti. -Malaysiakini

Hari ini hari Sabtu. Sedang ramai orang bercuti bersama keluarga (termasuk rmz dan neldras), guru-guru yang lain bertungkus lumus dipaksa menghadiri kursus dalaman 7 hari di sekolah. Kursus kali ini bertajuk :Kursus Peningkatan ICT, We Are Smart School Teacher" (yang ni aku tambah jer nie..hehe). Antara pengisian utama ialah mengaktifkan kembali sistem sms sekolah dan bengkel pembinaan lama blog panitia. Alhamdulillah kedua-dua agenda telah pun berjaya dilaksanakan, walaupun mungkin terdapat kekurangannya..

Untuk pengaktifan sistem sms sekolah, guru-guru kena berkorban RM1 sorang untuk mengaktifkan nombor tekefon bimbit. Bukan RM1 menjadi masalah, tapi time2 macam ni prepaid pulak habis..kantoi! Aku sorang belum aktif, walaupun beberapa orang guru yang lain memberi alasan hand phone tertinggal..trick semua tu. Haha. Nasib baik bankislam.biz ada, selesai masalah tak sampai 2 minit. Teknologi, teknologi..

Baca seterusnya..

Tiba masa yang ditunggu-tunggu, selepas minum dan makan donat tak ada lubang di kantin sekolah, guru-guru ke makmal bestari meneruskan agenda kedua. "How To Create A Blog With Blogger"..agenda yang disangka mudah menjadi sebaliknya..apabila langkah demi langkah mengambil masa terlalu lama tambahan lagi kakitangan tak mencukupi. Kasihan Kak Wan (setelah ditinggal neldras dan rmz balik kampung..hampeh!) aku cuba menyelamat keadaan..heheh, tolong apa yang mampu. Hasilnya lihat [sini]. Yang lain-lain tunggu...


Walaupun masa terlalu singkat, namun guru-guru berjaya juga menghasilkan blog masing-masing setelah memerah idea bersama-sama. Pihak guru mengucapkan terima kasih kepada Penyelaras ICT dan pihak Kaunselor Sekolah kerana berjaya menganjurkan kursus ini. Kalau boleh agar kursus ini dapat di buat lagi untuk masa-masa akan datang..suku hari tak cukup, banyak benda sebenarnya nak dibuat lagi..

Antara lain-lain pengisian mungkin akan dilaksanakan nanti adalah seperti video conference, chatting, website/portal, email, dan lain-lain..semoga hasrat meningkatkan kemahiran penggunaan ICT di kalangan guru-guru tercapai hendaknya..Erm, facebook tak tersenarai ker Kak Wan?