KUALA LUMPUR 17 Jun – Semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hanya boleh mengambil 10 mata pelajaran mulai tahun depan, namun pengecualian diberikan kepada mereka daripada aliran agama sains.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dengan keputusan itu, pelajar aliran agama sains dibenarkan mengambil 11 mata pelajaran, tetapi hanya untuk tahun 2010 sahaja. ‘‘Bagaimanapun, kelonggaran ini kita hanya berikan untuk tahun depan sahaja. Oleh itu, satu bentuk pengubahsuaian perlu dilakukan segera kerana mulai tahun 2011, semua pelajar termasuk aliran agama sains hanya dibenarkan mengambil 10 mata pelajaran,” katanya.

Muhyiddin berkata, 11 mata pelajaran yang perlu diambil oleh pelajar aliran agama sains ialah empat mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik.

‘Tiga lagi mata pelajaran agama iaitu Pendidikan al-Quran dan As-Sunnah, Pengajian Syariah dan Bahasa Arab Tinggi. Empat lagi mata pelajaran sains tulen iaitu Fizik, Biologi, Kimia dan Matematik Tambahan,” katanya lagi. Rujuk berita penuh [sini].

Komen: Ini bermakna mulai 2011 semua pelajar aliran agama MESTI ambil 10 subjek? Jadi subjek apa yang akan dikorbankan untuk menghadkan kepada 10 subjek? PAQ, PSI, BAT? atau FIZ, KIM, BIO atau ADD MATH? Mana satu subjek yang akan dikorbankan?

Itu untuk aliran kelas sains agama, kelas ekonomi dan prinsip akaun bagaimana pulak? Pelajar ini mengambil 11 subjek. Jadi subjek apa yang akan dikorbankan untuk menghadkan kepada 10 subjek? PAQ, PSI, BAT? atau ADD MATH, SAINS (subjek teras ini tak mungkin, kerana wajib), P.AKAUN atau EKONOMI? Mana satu subjek yang akan dikorbankan?

Yang ni lagi cerca merba. Bagaimana dengan kelas agama teknikal yang rata-rata pelajar mengambil 12 subjek? Subjek apa yang akan dikorbankan untuk menghadkan kepada 10 subjek? PAQ, PSI, BAT? atau FIZ, KIM, ADD MATH, LK atau TK? Dua subjek perlu dikorbankan..agak2 subjek apa?

Comments (1)

On June 19, 2009 at 1:05 PM , D'Rimba said...

Kasihan rakyat selalu jadi mangsa mereka yang terlebih pandai ini.