Sudah hampir masuk bulan 8, ini bermakna sudah hampir ke penghujung tahun 2009. Menari mengikut rentak sekolah..ujian, peperiksaan, post mortem, headcount, analisis, kerja kursus (PBS), pengurusan stok bengkel, kursus, bengkel, mesyuarat, kerja-kerja pejabat di sekolah sudah diharungi..

Walaupun tidak 100% berjaya dihabiskan, terutamanya pengurusan stok yang masih berbaki..emm, tak mampu nak siapkan dengan masa yang ada banyak dihabiskan untuk p&p dan melayan 'tetamu' luar yag tak putus-putus datang untuk 'menengok' fail2 dan iklim sekolah..sedikit terbantut kerja.

Pagi tadi 29.7.09 aku berpeluang melihat anak2 buah aku membuat persembahan spontan tetapi penuh berisi dengan segala aspek ilmu kejuruteraan dalam membentangkan hasil kerja selama 6 bulan sebelum ini..

Lihat saja aksi-aksi mereka semasa membuat persembahan...

Menghasilkan rak meja lukisan ala-ala jepun mudah alih...Kalu orang Jepun tengok mesti boleh jual nie...hehe agaknye lah

Siap untuk digunakan....boleh buka tutup lagi

Kumpulan pelajar perempuan mempersembahkan rak menyimpan papan LK mereka..Isy2, buat rak ngam2 depa 5 orang saja noo..yang lain tak boleh tumpang? Ptototype kata mereka...pandai menjawab!

Sempat lagi berposing tue...1 malaysia tengok lepas nie..bahkan 1 dunia jgak..hehe

Ermm rak apa nie ye? oh..inilah rak serbaguna kata mereka, boleh menyimpan buku, kasut, dan lain-lain lagi..Ada yang kata reban ayam. Isy..tak patut betul lah

Tidak ketinggalan juga kumpulan Fakri dengan troli sampah mereka..boleh menyimpan penyapu, tong sampah dan mudah ditolak ketika sedang menyapu...idea2

Dan yang paling mantop...gazebo bersaiz 4'x5' ini megah berdiri di bawah terik mentari dan dikala hujan melanda.

yang lain masing-masing cari tempat teduh..panas. Tapi alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Terimakasih semua..Eh ada lagi...

Macam inilah kalau berada depan kamera...kukuh jugak gazebo ni, 24 orang naik takdak apa2 pun...kira ok lah tu...

Mungkinkah ini generasi terakhir 5 Avicenna tahun ini? Wujud lagikah 5 Avicenna sesi 2010 nanti? 2011? Hanya yang tahu dapat menjawabnya...selamat tinggal Avicenna 2009...Cikgu mengabadikan segala kenangan Avicenna sesi 2009 di sini...juga Avicenna sesi 2005-2008, serta Ibnu Rushd sesi 2005-2006...terima kasih anak2 murid semua. Kalau jumpa mana-mana jangan malu-malu tegur noo...

Comments (9)

On August 15, 2009 at 3:46 PM , Centrina said...

Syabas! suka tengok blog shaiful. Perkongsian Pintar Cikgu dengan Murid begini yang diharpkan . Kak Wan buat keputusan yang betul memilih Shaiful untuk meneruskan perjuangan Bestari kak Wan nanti.

 
On August 15, 2009 at 8:09 PM , Unknown said...

Aik..apa nie? perjuangan apa plak ni? Saya tak kata apa2 pun...
Blog ini insyaAllah akan diteruskan swpun saya dah bertukar blk ke Perlis thn depan...
InsyaAllah....

 
On August 15, 2009 at 10:22 PM , M. Faiz Syahmi said...

aik?

apa jadi ngan avicenna cekgu?

sekolah nak buang aliran teknik ka cekgu?

 
On August 16, 2009 at 10:32 AM , msa said...

smkab jga tak terkecuali drp dihadkan subjek maks 10 subjek utk spm..so, antara subjek2 yg mungkin terpaksa digugurkan ialah ekonomi asas, lk, tk lah...
tapi masih di tahap perbincangan krn pekeliling/garis panduan drp japim/kpm blm keluar..tapi bunga2 tu dah ada dah...
kelas avicenna ttp wujud tp tak pasti sama asa masih teknikal atau tak..tengok mcm mana..

 
On August 16, 2009 at 11:33 AM , M. Faiz Syahmi said...

aiik.. dah tu sama jela smka ngan sekolah lain..
kan ke 3 je smka kat malaysia ni ada aliran teknik?
adoila..
rugi2.
xpela.. nak wat cmna kan..

 
On August 17, 2009 at 12:47 AM , Unknown said...

sbnrnya bkn 3 tapi 7 smka seluruh negara ada aliran teknik (lk/tk)..
yg ada Lk shj dlm 9 buah sekolah..

 
On September 1, 2009 at 3:11 PM , Dr. Husz said...

ni slh gov n sek yg benarkn stdnt ambik smpai 21 subject bg menaikkan nama sek... so timbul plak isu nape anak sy ambik subject lebih byk dari dak len xpi xdpt scholarship...

 
On September 1, 2009 at 6:33 PM , msa said...

memang betul br husz..sebenarnya isu biasiswa yg menyebabbkan kerajaan menghadkan subjek2 ini...namun yg menjadi mangsa pelajar aliran agama..ada yg megambil berbelas-belas subjek agama..terpaksa berkorban wpun subjek2 agama itu penting...

 
On May 9, 2011 at 11:45 AM , cikgu laila said...

Menarik dan banyak perkongsian ilmu...Syabas Cikgu...