Perkembangan terbaru di negeri yang terkenal dengan boria ini, Ketua Menaterinya telah pun melancarkan teknologi Wi-Fi yang boleh digunakan di seluruh Pulau Pinang. Apa tu Wi-Fi? Kalau nak tau, Wi-Fi ni adalah perkhidmatan internet tanpa wayar sepertimana yang banyak terdapat di Starbuck, Old Town, Coffe Bean dan lain-lain tempat lagi. Kini ianya telahpun diperkenalkan di seluruh Pulau Pinang secara berperingkat-peringkat. Mulai September baru-baru ini Bangunan KOMTAR telah pun mempunyai Wi-Fi dan sedia untuk digunakan.
Hal ini merupakan suatu perkara yang paling membanggakan rakyat Pulau Pinang khususnya kerana telah mendahului negeri-negeri lain dalam teknologi internet tanpa wayar ini. Harap-harap lepas ni Kedah pun ikut sama macam Penang..senang sikit, asyik-asyik kabel kena curi saja...boleh kut?
Tetapi sebelum anda boleh menggunakankemudahan Wi-Fi percuma ini, kenalah daftar dulu kat [sini] senang jer...
Kalau nak tahu kawasan yang WiFi ni boleh digunakan di negeri Pulau Pinang bolehlah semak kat [sini]
Wednesday, November 12, 2008 |
Category: |
3
comments
Ya Allah berikan kemudahan dan ketenangan kepada pelajar-pelajarku semasa berjuang di medan jihad ilmu pada hari esok. Ya Allah jauhkan mereka dari sifat lupa dan putus asa. Berikan mereka minda yang segar dan semangat yang berkobar-kobar demi menjulang agamaMu di pentas dunia ini. Ya Allah berikan kejayaan kepada semua anak didikku dengan kejayaan yang gemilang. Limpahi rahmat dan pertolonganMu kepada pelajar muslim agar mereka berjaya di dunia dan di akhirat.. Amin Ya Allah..
Selamat menghadapi SPM 2008 buat semua pelajar SMKAB dan semua pelajar di seluruh negara..."Hidup biarlah terus berjaya"
Monday, November 10, 2008 |
Category: |
0
comments
Masih ingat lagi tak lagu nyanyian Zainal Hitam ini. Suatu ketika dulu kalau dengar Pak Din (Allahyarham Azarudin Othman) Radio 3 Alor Setar (sekarang Kedah.fm) memang selalu putarkan lagu ini. Sekarang ada juga tapi jarang-jarang.. Lagu ini perihal seloka rakyat Kedah yang menceritakan tempat-tempat menarik di Negeri Kedah. Mai kita layan lagu ni...korang tau ke tajuk lagu ni?
Monday, November 10, 2008 |
Category: |
3
comments
Malam ini (7.11.08 jam 8 malam), semua warga SMKAB termasuk guru2 dan staf telah menghadiri majlis jamuan akhir tahun tingkatan 5 dan juga majlis perpisahan untuk mereka. Minggu hadapan bermulalah cabaran sebenar mereka sepanjang 5 tahun berada di sekolah. SPM 2008 akan bermula Selasa ini 11.11.08.
Di sini cikgu semua mengucapkan selamat menduduki peperiksaan SPM 2008 untuk semua calon tahun ini, walaupun ini hanyalah salah satu ujian awal kerana ujian seterusnya masih lagi menunggu di hadapan...tetapi permulaan yang baik memudahkan perjalanan menuju destinasi akhir. .
Tahniah kepada semua pelajar yang bertungkus lumus meyediakan persiapan majlis sehingga berjalan dengan lancar. Semoga anda semua berjaya.
TIME, LIKE LIFE CANNOT BE RECALLED
Friday, November 07, 2008 |
Category: |
1 comments
Sebenarnya idea untuk menulis tentang tajuk ini adalah hasil terbitnya Catatan Medan (Part 1) sebelum ini. Tujuannya cumalah untuk memberi sedikit input mengenai Kota Medan dan untuk membangkitkan mood nak pergi Medan...lagi 26 hari, tak lama dah.
Untuk info pertukaran matawang terkini Ringgit Malaysia ke Rupiah Indonesia adalah RM1 bersamaan dengan Rp3147.55. Ini bermakna anda akan menjadi jutawan segera jika berada di Medan untuk 3,4 hari di sana...
Calon Demokrat, Barrack Obama mencapai kemenangan dan menjadi presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat. Manakala calon Republik, John McCain mengucap tahniah kepada Obama selepas kemenangan Obama itu.
Sehingga jam 12.20 tengah hari ini, Obama mendahului dengan kutipan 297 undi berbanding calon Republik, John McCain yang memperoleh 145 undi. Calon memerlukan sejumlah 270 undi untuk menang.
Kemenangan terbesar bagi Obama ialah apabila beliau diisytiharkan pemenang di Ohio dan Pennsylvania - tempat berlakunya kempen yang paling panas dan sengit antara kedua-dua calon tersebut.
Masa sekolah tadika.. Cikgu : Amri, awak ada berapa beradik? Amri : Tiga, cikgu Cikgu : Awak yg paling tua? Amri : Tak. Atuk saya... .
Masa sekolah rendah.. Suatu hari, Amri ponteng sekolah. Dia telefon guru kelasnya dan menyamar sebagai ibunya. Amri : Hello, adakah itu Cikgu Aminah binti Ali, guru kelas tahun 6 hijau? Cikgu : Ya, saya. Amri : Cikgu, hari ini Amri tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit. Cikgu : Ok...ok..., er...boleh saya tahu siape yang sedang bercakap? Amri : Emak saya...
Masa sekolah menengah.. Suatu hari seorang ibu hairan apabila anaknya pulang awal dari sekolah tidak seperti biasa Ibu : "Amri kenapa kamu pulang awal hari ini sedangkan jam baru pukul 10.00 pagi.." Amri : "oo.. tadi Amri boleh jawab soalan Cikgu Aminah dengan tepat..lalu disuruh pulang... " Ibu : "Oooo... bagus.. pandai anak ibu... apa soalan dari cikgu kamu itu?" Amri : "Cikgu tanya... SIAPA YANG MEMBALING KASUT KE MUKA CIKGU ?
Bila dah habis SPM.. Cikgu Aminah bertanyakan pada Amri pada hari keputusan peperiksaan SPM keluar. Cikgu : Tahniah, kerana mendapat keputusan cemerlang! Amri : Terima kasih cikgu. Cikgu : Saya tahu, kamu telah buat yang terbaik untuk peperiksaan kamu. Jadi apa rancangan kamu selepas ini ? Amri : Balik ke rumah!!
Moral: Jadi cikgu kena banyak bersabar...kerana guru adalah insan hebat yang menjalankan tugas mulia..kerana sejarah juga sudah membuktikan lahirnya seorang PM itu mahupun mana-mana pemimpin di dunia ini asalnya adalah dari seorang guru yang mengajar tulis dan baca..
Tuesday, November 04, 2008 |
Category: |
0
comments
Sabtu: 1 Nov 2008 semua guru SMKAB telah menghadiri kursus dalaman yang terakhir untuk tahun 2008 ini. Melalui kerjasama Panitia PJ/PK dan Unit Kaunseling kursus ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya..
Kursus ini dinamakan sebagai Kursus Ujian Segak. Aktiviti dimulakan dengan senam robik beramai-ramai dengan iringan instructor yang diimport khas dari luar negara (pakai cd jer...). Kemudian barulah aktiviti ujian segak ini dilakukan oleh cikgu-cikgu yang sungguh komited dan dedikasi itu...
Kandungan video: Ujian tekan tubi:Masa ni la yang paling best...tang orang lain buat yang lain pakat-pakat dok kondem..riuh satu dewan..kita tengok jela si zaimi ni kena...tapi Ustaz Othman memang power!!
Ujian jangkaun melunjur: Cuma baring dengan kaki dbengkokkan..kemudian bangun dengan tangan diluruskan..buat selama yang boleh..tengoklah aksi-aksi mereka ini..yang cekang urat pun ada..kurang senam tu..
Ujian naik turun bangku: Nampak senang, ya memang senang..cuma naik atas bangku, kemudian turun balik mengikut detik jam selama 3 minit. Selepas 5 saat ambil nadi...Yang cool nadi rendah la..yang gelabah nadi kuat...mudahkan?
Aktiviti ringkuk tubi separa: Yang cekang urat memang susah nak buat..tapi tetap berusaha dan memang wajar dipuji..tengklah gaya-gaya Ramzi, Ust Alaudin, Ust Zurin, Cg Z, Sir Azizi..
Tapi kadang-kadang lain yang diajar lain pulak yang dibuat oleh cikgu-cikgu ni...saksikan lah semasa ujian naik turun bangku dilakukan... (antara yang ada dalam video: Cg Ramzi, Cg Zaimi, Cikgu Zakaria, Cg Rosli, Cg Azli, Sir Azizi, Cg Zakaria, Cg Lini, Cg Zuraidah, Cg Liza, Cg Wan, Cg Mas, Cg Aini, Cg, Cg Suhaimi, Ust Zurin, Ust Alaud, Ust Ya, Cg Shidi, Cg Ghazali, Cg Amzari, Cg Hisahamudin, Ust Sham, Cg Ter dan ramai lagi...tengoklah!)
Sunday, November 02, 2008 |
Category: |
8
comments
"Memperkasakan martabat guru adalah tanggungjawab guru. Jangan mengharap orang lain menghormati kita. Kita harus berusaha keras untuk menilai dan mengkoreksi diri sebelum orang lain terpanggil untuk menghormati kita"