Showing posts with label robotik. Show all posts
Showing posts with label robotik. Show all posts
Selesai saja Pertandingan Robotik Peringkat Zon A (kedah/Perlis) baru-baru nie (17.9.09) semua peserta pertandingan bercuti selama seminggu kerana menyambut Hari Raya Aidilfiti...sekolah dibuka kemudiannya pada 27.9.09 iaitu pada hari Ahad..Pada hari yang sama surat panggilan ke Pertandingan Robotik Akhir Peringkat Kebangsaan difax dan pendaftaran peserta adalah pada 30.9.09 di Hotel Brisdale Kuala Lumpur. Pertandingan akan dimulakan keesokannya iaitu 1.10.2009...Fuh agak kelam kabut juga jadinya 3 hari sebelum ke KL.

Mana tidaknya, peserta pertandingan adalah dari tingkatan 3, usaha untuk menggantikan dengan pelajar tingatan 1 (Naib Johan Peringkat Zon A) ditolak oleh pihak SASBADI. Mahu tidak mahu, dengan sokongan pengetua, kaunselor dan Cikgu Zuraidah (waris salah seorang peserta) dan kesungguhan pelajar itu sendiri..cabaran SMKA dan Negeri Kedah diteruskan juga di peringkat kebangsaan ini..terima kasih semua.

Last minit juga iaitu pada Hari Selasa, JPN Kedah bagitau bas disediakan untuk ke KL..kalau tidak berkereta sendirilah lah jawabnya. Negeri Kedah kali ini diwakili oleh 5 buah sekolah iaitu SK Taman Ria, Sungai Petani (Kategori Robot Recyling), SMK Agama Baling (Kategori Robot Planting), SM Teknik Lebuhraya Alor Setar (Kategori Robot Energizing), SMK Ibrahim (Kategori Open menengah atas dan rendah) dan SJKC Sin Kwang, Sungai Petani (Kategori Open Sek Rendah). Jumlah kontijen adalah seramai 18 orang pelajar dan 6 orang guru@mentor.

Rabu (30.9.09): Kami memulakan perjalanan 7.30 pagi dari SMKAB dan menunggu bas di PPD Kuala Muda/Yan di sana. Bas tiba pukul 9.00 pagi akhirnya..Heheh, lewat juga 30 minit. Semua peserta menaiki bas menuju ke Key Ell....

Dalam perjalanan, lebih kurang 5 kemalangan jalan raya kami jumpa. Emm, kenapa semua ini terjadi?Salah manusia ker haiwan? Dah tentulah manusia..bawak kenderaan tak berhati-hati, memecut saja..kasihan dan insaf melihat keadaan kenderaan yang terlibat. Astagfirullah...

Lebih kurang pukul 4 petang kami tiba di Hotel Brisdale, Kuala Lumpur. Selesai pendaftaran peserta dan mendapat no bilik masing2..kami sempat berehat selama 1 jam...ZZzzzzzz. Pukul 5 ada Free Trial and Practise Session. Latihan singkat selama 2 jam berakhir pukul 7 malam..makan dan balik bilik lah...Pukul 8.30 malam taklimat ringkas oleh pihak MOE dan SASBADI untuk semua mentor...peserta berada dalam bilik. Hmm agaknya budak2 ni study kut..nampak tadi dok kilik buku saja...bagus2..

Hari 2 (1.10.09): Kami bangun seawal 6 pagi, bersiap, sarapan dan seterusnya ke bas yang di parking di tepi jalan TAR. Susah nak parking bas sini..sesak! Kami semua ke Pusat Sains Negara dan tiba lebih kurang pukul 7.45 pagi..Sunyi sepi saja...hmm awal kami sampai rupanya. Semangat lebihhh..hehe.

Pertandingan berlangsung bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 1.00 tengah hari. Selepas makan, solat pertandingan bersambung semula pukul 2.00 petang sehingga jam 3.30 petang. Selesai pertandingan majlis penyampaian hadiah berlangsng selepas ketibaan Pengarah pelajaran Malaysia, Dato' Haji Alimuddin Bin Haji Mohd Dom..Tahniah kepada semua pemenang, Kedah bagaimana?

Alhamdulillah walaupun tak naik pordium kali ni, tapi Kedah tak pulang sia-sia apabila meraih tempat ke-5 dan 6 untuk Kategori Open Sek Menengah melalui SMK Ibrahim, tempat ke-8 Kategori Robot Energizing melalui SM Teknik Lebuhraya Alot Star, Tempat ke-9 Kategori Robot Planting melalui SMK Agama Baling dan tempat ke-11 Kategori Open Sek Rendah melalui SJKC Sin Kwang.. Tahniah semua..ingat ini peringkat kebangsaan. Usaha anda semua berada di peringkat ini adalah suatu pencapaian yang membanggakan semua warga Kedah. Untuk pemenang lain lihat web NRC di [sini]

Hari 3 (2.10.09): Selepas berehat semalaman pagi ini kami semua bertolak pulang ke bumi Kedah. Seawal jam 8.30 pagi kami semua sudah berada dalam bas....menuju ke utara! Menanti rutin harian seperti biasa di sekolah..esok hari Sabtu, belum tentu dapat berehat panjang..kerana ada tugasan yang perlu dibereskan. Sijil Robotik sebanyak 44 keping perlu dicetak..Haa ada lagi sijil kerja kursus 29 keping pun belum lagi dicetak!

Sewaktu artikel ini ditaip terima sms dari Ketua Warden asrama "Askm. Semua warden. Penilaian 5 bintang. Isnin-Khamis depan. Sila re-check bidang masing2. tq". Hahaha..tambah lagi kerja! Sat lagi wa mau pergi asramaaaaaaa...
Lagi gambar semasa pertandingan klik [sini]
Alhamdulillah..perjalanan merentasi beberapa daerah dan melangkau ke 'luar negeri' akhirnya berbaloi jugak...kejayaan yang diharap-harapkan setelah 2 tahun mencuba kini menjelma, harapan setinggi gunung kini tercapai sudah. SMKAB dah berjaya kali ini! Tempat ke-10, ke-4, JOHAN dan NAIB JOHAN National Robotic Competition Zon A (Kedah/Perlis) pada tarikh 17.9.2009. Untuk makluman pasukan Robotik SMKAB pernah mendapat NAIB JOHAN 2 kali nerturut-turut pada tahun 2007 dan 2008 Zon A. Bersyukur sekali lagi kehadrat Allah s.w.t

Tahun 2009 SMKAB menghantar 8 kumpulan. Walaupun pada awalnya, persiapan adalah untuk menghantar 10 kumpulan tetapi disebabkan perubahan tarikh pertandingan menyebabkan pelajar tingkatan 5 tidak dapat turut serta kerana mengambil peperiksaan percubaan SPM. Tapi, tahniah juga cikgu ucapkan kepada pelajar tingkatan 5 kerana komitmen yang ditunjukkan sebelum ini..

Bertolak seawal jam 6.15 pagi, kami tiba 'ngam-ngam' waktu akhir pendaftaran iaitu pukul 9.00 pagi..selepas mendaftar peserta diberi taklimat oleh pihak penganjur, peserta kemudiannya dikuarantin selama hampir 1 jam untuk proses pemasangan dan mencuba program yang telah diatur...Pertandingan dimulakan kemudiannya...
Kira-kira pukul 1, pertandingan pun tamat..Alhamdulillah, letih menunggu dan mengambil gambar hari ni, puasa lagi..hari last sekolah lagi. Sabar-sabar...akhinya masa penyampaian hadiah berlangsung pukul 2.15 petang setelah ketibaan wakil pengarah Pendidikan Negeri Perlis.

Untuk kategori Robot Planting (Lower Secondary) nama SMKAB telah diumumkan lebih awal sebagai pemenang tempat ke-10 diikuti tempat ke-4. Dan yang lebih membanggakan adalah kemenangan 1, 2 telah dicapai oleh pasukan Robotik tahun ini apabila mendapat JOHAN dan NAIB JOHAN kategori Robot Planting. Tahniah cikgu ucapkan kepada mereka semua. Tetapi ada sedikit rasa kecewa sebab tiada kemenangan dicapai oleh pasukan Robot Energizing (Upper Secondary). Walaubagaimanapun, sekalung tahniah cikgu ucapkan di atas kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan selama ini...berikut adalah nama-nama pemenang dan gambar mereka. Eh eh gambar cikgu a.k.a mentor dia pun ada?? Hehe..
Johan kategori Robot Planting:
1. Muhammad Syaham Bin Mohamad Bakre
2. Zahid Bin Ismail
3. Mohammad Irsyad Hanif Bin Md Badri

Naib Johan kategori Robot Planting:
1. Muhamad Izzul Irfan Bin Muhamad Pakurul Naseri
2. Muhamad Iqbal Bin Jamaludin
3. Muhammad Hanif Bin Nahar

Tempat ke-4 kategori Robot Planting:
1. Muhammad Izzat Bin Yamin
2. Mohammad Ikhwan Bin Abd Wahab
3. Muhammad Asyraf Bin Zulkifli

Tempat ke-10 kategori Robot Planting:
1. Kamil Faiz Bin Ali
2. Mohamad Redzuan Bin Abu Bakar
3. Mohd Aizat Farhan Bin Jaafar

Antara hadiah yang dimenangi adalah Medal, Piala, Robotic Resource Set dan Sijil Kecemerlangan. JOHAN akan mewakili Negeri Kedah dalam pertandingan akhir peringkat kebangsaan pada 30 Sept-2 Oktober 2009 di Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur nanti. Jom kite ke Key El..
Sesudah habis penyampaian hadiah, kami semua pun dah keletihan. Perjalanan pulang mengambil masa lebih lama kali nie..Bertolak pukul 3.30 petang kami sampai pukul 7.oo malam di SMKAB. Letih..menghantar pelajar dalam perjalanan pulang di sekitar Pendang, Sungai Petani, Kuala Kertil dan Kupang...

Alhamdulillah sempat juga berbuka puasa di rumah...rasa nak menaip lagi tapi aku dah letih. Zzzzzzzzz...Lagi gambar klik di [sini]
Mood nak raya, mood nak bercuti semakin dirasakan oleh semua orang..siapalah tak mau raya kan? Tapi dalam sibuk membuat persiapan perayaan dan merancang perjalanan untuk balik kampung, tak kiralah kampung sendiri atau kampung siapa pun..kalau dah nama cikgu, tak lekang dengan kalimah keramat "cikgu berhak dipanggil untuk melaksanakan tugasan bila-bila masa yang dikehendaki"...

Wahh..memang kena kat aku lah, satu lagi tugasan lama yang tertangguh kini tiba. Di saat umat Islam hendak menyambut kedatangan Syawal 5, 6 hari lagi...sampai pula surat daripada JPN untuk menguruskan dan menghantar wakil pelajar ke Pertandingan Robotik Kebangsaan peringkat Zon A (Kedah/Perlis) pada 17hb ini..iaitu hari Khamis. Jangkaan bertolak adalah selepas subuh pukul 6.00 pagi dengan bas sekolah...awal tu, ye lah nak sampai Perlis dekat 3 jam juga kan..
Sebenarnya program ini dah tertangguh 2 bulan lebih..iaitu jadual asal pada 5hb Julai 2009 di InstitutPerguruan Perlis tetapi atas masalah yang tidak diketahui, program ini ditunda ke 17hb September 2009 bertempat di Dewan SMK Arau...Persiapan dah lama, tapi tunggu punya tunggu...asyik postpone tarikh saja..

Maka bertungkus lumuslah gurunya mencari anak-anak buah yang masing-masing dah seronok nak balik kampung beraya, tapi nasib baik jugalah mereka semua ni bersemangat! pantang diberitahu..nak saja, cakap saja di mana..janji boleh pi...
Jadi harapan untuk tahun 2009 ini, biarlah berkesudahan dengan JOHAN. Sebab dah 2 tahun berturut-turut NAIB JOHAN. Mulai 2007 diikuti 2008, SMKA hanya mendapat tempat kedua saja iaitu pencapaian yang teringgi. Kali ini biarlah JOHAN...berbaloi-baloi kata orang. Doa-doakan lah yer...mungkin tahun ni last kut!
Alhamdulillah selesai satu urusan hari ini....terima kasih kat neldras kerana membantu menyelesaikan masalah komputer di bengkel robotik petang tadi..so, Cg. Shukri tak usah risau lagi..komputer dah selesai..tak payah report kat technician dell la. Lagipun warranty dah habis rasanya....

Mulai minggu ini, dengan rasminya bengkel robotik beroperasi seperti selalu untuk tahun ini. Program yang disertai sejak 2007 melayakkan sekolah untuk bertanding ke National Robotic Competition peringkat Zon A (Kedah/Perlis)..Kalau ada rezeki sasaran utama 2009 ialah berjaya ke peringkat kebangsaan setelah gagal 2 tahun sebelum ini walaupun berjaya menjadi naib johan peringkat Zon A.

Menanti seterusnya minggu hadapan Pemantauan Program Robotik oleh pihak KPM. Adus, bersediakah aku? Mesti relaks kata orang..persediaan sedang berjalan. Bengkel mesti bersih, ceria, peralatan berfungsi baik dan digunakan sepenuhnya..kelab ditubuhkan, inventori mesti ada, dan lain-lain lagi laa..so, tenaga 34 orang ahli kelab 2009 mesti digunakan sepenuhnya...bukan dera yer!