Kita semua pasti akan dijemput..ajal, maut dan jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan..10 dan 11 Disember, dua hari berturut-turut aku menerima berita tentang pemergian orang yang aku kenali, walaupun tidak terlalu rapat..tetapi pernah mengenali dan bersembang bersama sebelum ini..

Al-fatihah untuk arwah Pakcik Mohamad, ayah kepada rakanku, Dikwan 5B di SMTS dahulu yang meninggal kerana kemalangan jalan raya pada 10 Disember baru-baru ni. Juga yang lebih menyayat hati pemergian Pakcik Kadiaq, isteri, anaknya yang baru 3 jam menikah dan juga rakan anaknya dalam kemalangan ngeri di simpang 3 Alor Sena (dekat rumah Dr Faezah) pada 11 Disember baru-baru nie. Pakcik Kadir merupakan pembantu makmal di makmal kimia dan fizik semasa kami di tingkatan 4 dan 5 di SMTS dahulu..pada tahun 1995/96..

Ikuti luahan hati dari blog Azhar Abdullah di bawah;

Aku amat terasa dengan tragedi tu...mangsa yang terkorban semuanya jiran aku dulu masa aku tinggal di Taman Melati Indah, Beseri...rumah aku sebelah rumah Allahyarham Abdul Kadir tu... Lepas waktu solat Jumaat tadi, aku terbaca Mutakhir Berita Harian tentang tragedi yang mengorbankan empat nyawa termasuk seorang pengantin yang baru bernikah di Jalan Kangar-Padang Besar...aku terus bagitau isteri, betapa kesian nasib mereka...masa tu belum disiarkan nama yang terkorban...

Lewat petang aku dapat call dari seorang jiran jugak kat situ dulu, dia menangis bagitau Abang Kadir meninggal dunia...macam tak percaya, aku ulang ayat kata dia nak kenduri kahwin anak dia Ahad (13/12) ni...Pemanggil bagitau aku suruh datang rumah mayat sekarang...
Sambil isteri dan anak-anak siap, aku telefon seorang jiran lagi nak tanya sahih...Aku call Abang Musa...suara Abang Musa sedih bagitau aku.."Bukan Kadir sorang Azhar...anak kami pun ada sama.."...aku macam tergamam...kami terus pi rumah mayat.. Bila sampai kat situ, aku tegur dua tiga orang, tetiba wife aku terus menangis...baru kami dapat tau jumlah yang terkorban dan sapa yang terkorban...Abang Kadir, Kak Apsah isterinya, Arif anaknya (pengantin) dan Mat Farhan, anak Musa jiran depan rumah diorang...sedih tak tau nak cakap masa tu..

Then diorang panggil aku dan family masuk...rupanya jenazah Abang Kadir dah dikafankan..aku bawak anak-anak pi depan jenazah dan ajar diorang sedekahkan Al-Fatihah...
Then kami ke sebelah dalam lagi, baru nampak Abang Musa dan Kak Noriah isteri dia...lepas ucapkan takziah dan console diorang, nampak pulak Hafiz anak kedua Abang Kadir..Hafiz doktor kat Hospital Tuanku Fauziah ni...Hafiz peluk aku menangis kuat...then jumpa Azli anak sulung diorang... Keluarga kami dan keluarga Abang Kadir dan Musa memang rapat...sangat rapat.. Walaupun aku dah tak duk kat Taman Melati Indah lagi, tapi saling menghubungi dan mengunjungi...

Antara kenangan paling kuat sekali ialah masa tragedi yang menimpa aku dan Adam, masa tu sliding door pecah, kena muka anak aku...Abang Kadir yang drive kami ke hospital...dan jiran-jiran bersihkan kaca dan darah sampaikan bila aku balik je dah clear dan bersih... Sama jugak tadi..waktu keluarga Abang Kadir dan keluarga Musa sibuk di rumah mayat, jiran-jiran kawasan tu take the liberty untuk arrange rumah kedua-dua keluarga tu, untuk persiapan bawak balik jenazah...siap pasang spotlight sebab dah tahu malam baru akan balik...aku amat respect kejiranan situ... Allahyarham Arif, anak bongsu Abang Kadir baru saja balik dari UK..dan Abang Kadir dan Kak Apsah sendiri baru balik dari konvo Arif kat sana...teringat lagi masa aku pi tu lagi seminggu Abang Kadir nak pi London...dia dok bagitau rezeki dapat pi sana tengok anak...dan dia bagitau aku bila balik nanti dia nak nikahkan Arif..memang stail dia tak suka anak-anak usung kawan pompuan lama-lama katanya, baik bagi nikah...Arif pulak sepatutnya lapor diri 1 Disember sebagai tenaga pengajar kat UiTM, tapi minta tangguh 15 Disember sebab kahwin...dan Arif ni yang paling rapat dengan kami, sebab waktu kami berjiran tu, dia selalu bawak balik anak aku Adam ke rumah...masa tu dia sekolah lagi... Allahyarham Muhd Farhan, kami panggil Mat Farhan pulak anak bongsu Abang Musa dan Kak Noriah...abang Musa anggota Polis dan Kak Noriah kerani sekolah...baru tahun ni Kak Noriah kena tukar ke Selangor, jadi Mat Farhan duk rumah dengan ayah dia berdua...sejak kecik memang samada anak aku bertandang rumah dia atau dia bertandang rumah kami...

Tadi suasana kejiranan yang meriah jadi sayu...ramai orang berkunjung tadi...dan jiran-jiran situ yang amat prihatin dah siapkan rumah kedua-kedua keluarga mangsa...terang benderang...rumah diorang pun dibuka supaya tetamu ada tempat duduk...kerusi penuh di keluarkan...siap ada sapa tak tau dah keluarkan tong air, bancuh air oren untuk tetamu minum...
Dan hampir kesemua jiran tadi masih dalam keadaan termangu...tak cakap banyak pasal masing-masing masih susah nak swallow kejadian yang berlaku mengakibatkan kehilangan empat orang jiran serentak... Kematian memang boleh diterima, tapi tragedi tu yang agak sukar...sebab Abang Kadir memang terkenal berhemah di jalan raya...itu lah kan, kalau dah ajal, tak siapa boleh halang... Pilu bila teringat ayat Abang Kadir waktu dia call aku jemput kenduri..."Abang Kadir jemput siap-siap pakai telefon ni, kot-kot tak dan jumpa Azhar.."... Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadaNya kita bakal kembali... Semoga roh mereka berempat ditempatkan Allah bersama kalangan para solihin...kepada isteri Arif, semoga tabah menghadapi dugaan ni...setiap yang berlaku ada hikmah tersembunyi... Kepada pembaca blog yang budiman, sudilah kiranya kita pakat sedekahkan Al-Fatihah kepada semua mereka yang terkorban tadi, Abdul Kadir Awang, Apsah Osman, Muhd Arif dan Mohd Farhan Musa....

Lagi tentang Muhd Arif, klik [sini] dan Mohd Farhan [sini]
Lagi gambar kemalangan klik [sini]

Comments (2)