Esok 18 nov 2009, hari yang penuh mencabar buat semua pelajar tingatan 5 dan 6 seluruh negara kerana peperiksaan SPM dan STPM akan berjalan serentak. Dikesempatan itu, kami warga guru SMKAB dengan ikhlas hati mendoakan anak-anak pelajar kami yang akan menduduki peperiksaan SPM bermula esok hari. Kami dengan ini merestui dan menyerahkan berkah ilmu, semoga anak-anak pelajar semua diberikan ketajaman minda, dibukakan Tuhan hatinya, diberikan kefahaman, memiliki kesabaran dan jua ketenangan semasa menghadapi peperiksaan nanti.

Tiada yang kami warga guru dan ibubapa harapkan, melainkan kejayaan yang manis dan terbaik buat anak-anak pelajar harapan SMKAB. Berusalah sebaik mungkin...di sini sedikit tips untuk anak-anak pelajar semua..

TIPS SEHARI SEBELUM PEPERIKSAAN

1. Pastikan semua peralatan peperiksaan seperti pen, pensil, pembaris serta kad pengenalan / surat beranak dan slip peperiksaan disediakan.

2. Selepas solat Maghrib, lakukan solat hajat 2 rakaat dan teruskan dengan bacaan Surah Yaasin mohon agar Allah berikan ketenangan dan kemampuan menjawab soalan dengan sempurna. (Yang bukan beragama Islam - mengikut kaedah agama masing-masing)

3. Pastikan tidur yang mencukupi. Ia penting bagi badan dan otak cergas untuk menghadapi peperiksaan.

4. Pastikan diri tidak tertekan dengan membuat ulangkaji disaat akhir. Pelajar cemerlang sentiasa bersedia awal menghadapi peperiksaan.

5. Sebaik-baiknya pada pagi sebelum ke sekolah, solat Subuh berjemaah dengan keluarga dan mohon restu dari kedua ibu dan ayah (Begitu juga yang bukan beragama Islam - berdoalah dan minta restu kedua ibubapa anda).
6. Langkah keluar rumah dengan kaki kanan sambil membaca doa tertentu untuk selamat sampai ke sekolah, dan diberi kekuatan menjawab soalan dengan cemerlang.

SEMOGA ANDA SEMUA BERJAYA...!!

Comments (1)