Memiliki rumah sendiri memang idaman setiap orang..memilih untuk membeli rumah ataupun membina sendiri rumah mempunyai perbezaan yang sangat banyak terutamanya dari segi proses yang dilalui...

Penulis sendiri sudah sudah melalui 1 tahun peringkat pemilikan rumah yang belum selesai lagi...mungkin 2 tahun lagi kut..

Fasa 1: Peringkat Perancangan melibatkan Proses Reka Bentuk di mana proses perolehan tapak, ukur tanah, reka bentuk, serta lukisan dan perincian (pelan). Proses ini ada yang mengambil masa cuma 6 bulan bagi yang mempunyai tapak (tanah) sedia ada, tetapi bagi yang belum ada memakan masa 1-3 tahun untuk proses perolehan dan penambunan tanah..sabar...


Reka bentuk bermula dengan mengenal pasti projek dan proses perolehan tapak disusuli denga kerja-kerja penambunan tanah bendang dan batu kawi. Proses bermula sejak Feb 2008 (fasa 1) dan Feb 2009 (fasa 2)


Kerja ukur tanah dilakukan untuk mendapatkan maklumat sebenar tentang keluasan tanah menggunakan kaedah theodolite, iaitu kaedah pengukuran menggunakan ukuran sudut dalam darjah, minit dan saat..


Sempadan keluasan tanah diketahui melalui batu sempadan yang sedia ada. Rajah sebelah adalah tapak projek rumah yang telah siap..proses pemendapan tanah diperlukan untuk tempoh 1-3 tahun sebelum Fasa 2: Peringkat Pembinaan

Proses reka bentuk, lukisan dan perincian (pelan) masih dalam proses kelulusan pihak Majlis Perbandaran...InsyaAllah akan menyusul kemudian...

Comments (9)

On February 24, 2009 at 2:52 PM , ShiRex Avenue said...

pecah tanah umah hang ka? kat mana?

 
On February 24, 2009 at 3:02 PM , Unknown said...

haah, pecah tanah nak buat teratak bekalan hari tua...hahaha..

kat kgpdgmelangit laa...mana lagi, dekat sgt dgn umah mak aku..

 
On February 24, 2009 at 3:52 PM , Panitia Kimia, Fizik, Biologi dan Sains said...

PECAH TANAHhhhhhhh... perhhhh.... Any way tahniah... bila nak tukaq balik perlis.... nanti boleh Jari... konker....

 
On February 24, 2009 at 4:17 PM , Anonymous said...

biasa la.......mesti ada angan2....takkan nak dok baling sampai pencen........huhuhuhuhu....

 
On February 24, 2009 at 7:51 PM , Unknown said...

mmg nak balik, lepas bln 6 ni nak isi borang daa...dapat alhamdulillah...tak dapat pun alhamdulillah jugak...rezeki Dia yang bagi...kita terima...

Perlis ku yg damai,
destinasi ku tuju,
jom ramai-ramai,
kita pakat tukaq..setuju?

 
On February 24, 2009 at 8:15 PM , Anonymous said...

jom kita berkubu kot belah kubang pasu n perlis pulak.....baling lama dah......dah thn ke-6 dah ni.....

 
On February 25, 2009 at 12:35 AM , Unknown said...

sesuai sangat la tu cik mail noo..jitra pi perlis jauh mana, setengah jam jaa...

kut ada rezeki thn depan...apa lagi esok kontek erna aaa...hehe

 
On February 25, 2009 at 12:36 AM , Unknown said...

sesuai sangat la tu cik mail noo..jitra pi perlis jauh mana, setengah jam jaa...

kut ada rezeki thn depan...apa lagi esok kontek erna aaa...hehe

 
On February 25, 2009 at 11:18 AM , ShiRex Avenue said...

besh betoi dpt balik kerja kt kampung halaman...kerja mcm aku ni xdak hari la...bermastautin di Kolompo je la...namun PERLIS tetap no. 1...