Alhamdulillah aku panjatkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana tanpa izinNya aku pasti tidak dapat menulis lagi di sini...syukur aku dan semua rakan dalam Keluarga Medan 2008 kerana telah selamat pulang ke tanah air pada 6 Dec 2008. Perjalanan serta pengalaman selama 4 hari 3 malam amat bermakna walaupun meletihkan tetapi cukup menyeronokkan.

3 Dec 2008 - Keluarga Medan seramai 30 orang bertolak dari SMKAB ke Bayan Lepas International Airport kira-kira jam 3pm. Waktu berlepas jam 9.20pm. Sengaja bertolak awal, mengelak kesesakan jambatan Pulau Pinang dan sebagai persediaan tukaran matawang RM ke Rp. Boleh la RM1=Rp3100.

Berlepas dengan Air Asia. kira-kira 40min kami sampai di Polonia International Airport Medan. Menyambut ketibaan kami pada waktu itu adalah hujan!. Memulakan malam pertama di Medan dengan suasana sejuk...kami dihidangkan dengan hidangan makan malam di Simpang Tiga Restaurant. Menyelerakan kerana lapar sungguh pada waktu itu...

Selepas makan malam, kami check in di Garuda Plaza Hotel di tengah bandar Medan..disebabkan penat yang amat sangat, terlena terus sampai ke pagi..walaupun cerita Who Am I versi Indonesia belum habis siaran lagi......ZzZzzzzz...

4 Dec 2008 - Usai sarapan pagi, kami bergegas ke bas kerana destinasi utama hari ini adalah Parapat. Tetapi sebelum itu kami sempat melawat Istana Maimon Sultan Deli dalam Kota Medan. Seterusnya melalui Tebing Tinggi perjalanan mengambil masa lebih 4 jam...kami singgah makan tengah hari di Simpang Tiga Restaurant (duduk menelilingi meja sambil kaki berbuai di bawah) memang suatu pengalaman yang seronok. Tidak lupa singgah di Patent Shop untuk menjamah sedikit pelbagai jenis makanan spt kacang tumbuk dll.

Melewati jalan yang sempit dengan kenderaan yang sesak sedikit sebanyak menggusarkan, tambahan lagi dengan gaya pemanduan yang agak kasar dan lasak. Hon berbunyi di sana sini adalah suatu perkara yang normal di sana.

Singgah di sebuah kedai telefon membeli kad sim Indonesia, untuk kegunaan sementara di sana..walaupun mottonya "tiap detik makin pe de ngobrolnya...nyambung teruss" tetapi panggilan selama 34saat sudah habis 16,000 Rp. adohya...simPATI PE DE...gratis sungguh!

Kami tiba di Parapat jam 6.00 petang dan check in di Quality Hotel Parapat..betul2 menghadap tasik toba suatu pemandangan waktu petang yang sungguh syahdu..bayangkan waktu makan malam anda menghadap kilauan lampu Kota Singapura yang jaraknya cuma hampir 1km sahaja.

5 Dec 2008 - Masih lagi sekitar Parapat, pagi ini kami menaiki boat menuju ke Samosir untuk melawat Tomok. Tomok di sini bermaksud suatu kawasan yang mempunyai hampir 500 deretan kedai menjual pelbagai barangan cendera hati dan pakaian oleh rakyat Indonesia berketurunan Batak. Kiranya shopping laa....mula-mula takut juga, takut kena tarik tapi alah biasa jer...

Hampir sejam setengah melewati kedai-kedai di situ, kami menaiki boat semula menuju Parapat. Makan tengah hari di Istana Restaurant kemudian solat jumaat di Masjid Raya Taqwa Parapat, kami bertolak ke Berastagi. Perjalanan yang mengambil masa hampir 4 jam melalui kawasan rumah-rumah penduduk dan kawasan pertanian begitu menginsafkan kami...

Hairan lagi menakjubkan! itulah yang boleh diperkatakan apabila singgah sebentar di Sipo-sipo Waterfall..air terjun semulajadi tanpa henti persis Niagara Fall di Ontario dan New York memang menginsafkan kami betapa kuasa Allah SWT melebihi sekalian makhluknya. Aktiviti bergambar kenangan, tidak lupa juga membeli sedikit cendera hati sudah menjadi kebiasaan sesetengah ahli rombongan bila singgah di mana-mana. Jaket kulit hitam tentu menggamit kenangan sesetengahnya di sini....

Perjalanan jauh tentu memenatkan. Singgah sebentar di Simarjar Unjung membasahi tekak dengan ramuan teh herba yang cukup pekat, memeritkan anak tekak anda untuk menelannya...suatu pengalaman yang pasti tidak akan kami lupakan.

Suasana sejuk mengiringi perjalanan kami seterusnya menuju ke Berastagi apabila sampai di Fruits Central Market. Menjamah jagung bakar dan pisang kaki sambil menghirup udara dingin mengingatkan kami Cameron Highland di Malaysia..bezanya di sini kesejukan tanah tingginya di temani oleh kawah gunung berapi yang mungkin boleh meletus bila-bila masa sahaja..suatu Sebayak dan satu lagi Sinabung. Kami menginap di Danau Toba Cottage, sejukkkk....

6 Dec 2008 - Usai sarapan pagi, kami bertolak semula Medan. Melalui kawasan Sibolangit. Perjalanan kali ini agak singkat, cuma 2 jam kami cuma singgah sekali di Pondok Durian Ula Lupa...cuma menyinggah, nak merasa rasa macam kenyang jer....

Kami tiba di Kota Medan, aktiviti terakhir adalah membeli belah...destinasi utama adalah di Pasar Ikan. Walaupun namanya Pasar Ikan tetapi yang dijual bukanlah ikan, pakaian yang memenuhi setiap ruang kedai di situ. Letih juga...bukan kerana penat memilih tetapi dikejar "kedai bergerak". dari hari pertama sehinggalah hari terakhir...asyik2 dia ni jer, memang cekal orang-orang Indonesia ni mencari rezeki, sesuatu yang boleh dicontohi oleh orang Malaysia.

Makan tengah hari terakhir kami di Medan adalah di Idai Restaurant. Sungguh menyelerakan dengan menu utama ikan bakar dan ayam berempah..."rasa-rasa" juga tiada tandingannya. Sebelum ke Airport, kami sempat singgah di Fashion Outlet dan Medan Mall, juga aktiviti biasa..membeli belah. Mengalas perut dengan bakso agak mengenyangkan perut kami seketika.

Akhirnya destinasi terakhir adalah Polonia International Airport. Waktu berlepas jam 7.10 malam, akhirnya kami berada di tanah air Malaysia jam 8.30 malam waktu Malaysia. Mengakhiri lawatan dengan keseronokan di Medan tetapi memulakan hari pertama di Malaysia dengan sedikit karenah Kastam Malaysia di Bayan Lepas Intenational Airport sedikit mencacatkan percutian kami.

Alhamdulillah kami tiba di SMKAB kira-kira jam 12 malam...selamat tinggal Medan! Lagi gambar sepanjang lawatan ke Medan sila gambar medan 1 dan gambar medan 2. Nantikan kemunculan lawatan ke Medan versi video. Tunggu....


Comments (5)

On December 11, 2008 at 8:33 AM , Anonymous said...

gamba kroni ja byk.....mana gamba org lain.......

 
On December 11, 2008 at 8:48 AM , Unknown said...

gambar org lain ada dlm kamera org lain...tapi versi video nanti gambar aku langsung tadak..Huaaaaa

 
On December 11, 2008 at 2:29 PM , Ramzi Abdul Rahim said...

gambaq dlm video!!!!! mail...... paling banyak enterframe.....

 
On December 11, 2008 at 2:30 PM , Ramzi Abdul Rahim said...

mail comment ckit...

 
On December 16, 2008 at 10:01 AM , Anonymous said...

salam.. wah bestnya berjalan2 tempat orang.. bagus laa blog cikgu nii.. saya mgajar mpv landskap.. lawat la blog (http://casiabiflora.blogspot.com/) saya yg tak la berapa.. rasa kena improve la..bila tgk blog cikgu yang bagus ni.. cuma nak tanya laaa mana cikgu dpt templete yang cantik utk blog cikgu tuh!!!