Semua calon yang telah ambil PTK sesi Ogos 2008 boleh semak sekarang. Caranya
1. melalui laman sesawang www.mpm.edu.my
2. melalui sms. Taip PTK No K/P baru hantar ke 39003. Untuk keputusan terbaik sepanjang zaman Taip PTKBAIK No K/P baru hantar ke 39003.

Semoga mendapat keputusan yang membanggakan..


Jangan terkejut bila 'orang buta' pun ada blog pada zaman sekarang. Memang blog cukup hebat pada waktu ini.

Berikut adalah salah satu blog yang dikendalikan oleh orang yang cacat penglihatan atau buta. Ingat, beliau cuma buta mata tetapi bukan buta hati atau 'buta politik'.

Tetapi Blogger yang buta ini suka muzik 'dangdut'. Boleh tahan juga...
29.10.08 SMKAB menjadi tuan rumah Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum, Sukan, HEM, dan Pendidikan Khas Daerah Baling Sik Tahun 2008. Majlis disempurnakan oleh En. Roslee bin Ismail, BCK. iaitu Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPNK...

Antara anugerah yang dimenangi oleh SMKAB selaku tuan rumah pada kali ini ialah:
1. Anugerah Khas HEM PPD Baling Sik bagi kategori Pengurusan Bilik Kaunseling Cemerlang..
hehehe...senyum lebar PakYa kita...kena buat blog juga ni..
2. Anugerah HEM PPD Baling Sik: Anugerah Asrama Lima Bintang Kategori Pengurusan dan Pentadbiran
3. Anugerah HEM PPD Baling: Anugerah Asrama Lima Bintang Kategori Pengurusaan dan Fizikal
4. Anugerah utama Koku, Sukan dan HEM PPD: Johan Asrama Lima Bintang 2008
tahniah buat semua warga kerja warden dan pengurusan asrama SMKAB...especially Ust Sham..(http://pssonline.blogspot.com)
5. Anugerah pencapaian cemerlang Koku Berpasukan Peringkat Negeri Kedah untuk Pasukan National Robotik SMKAB tahun 2008
sekalung tahniah buat semua ahli Kelab Robotik SMKAB sesi 2007/08 yang telah
mengharumkan nama SMKAB...



National Robotics Competition (Zon Utara Kedah/Perlis)

Tahniah buat semua warga SMKAB...
Assalamualikum..
Buat pertama kali dan mungkin mencatat sejarah tersendiri apabila hampir 20 orang dan mungkin lebih guru-guru dan kakitangan SMKAB akan pergi ke luar negara pada musim cuti sekolah nanti...InsyaAllah pada 3 Dec 2008 nanti. Destinasi yang menjadi pilihan kami ialah Medan, Indonesia..
Kenapa Medan? Suatu persoalan yang mempunyai pelbagai jawapan...tetapi bagi saya medan adalah sebuah kawasan yang menarik, mempunyai latar belakang kependudukan yang tidak jauh bezanya dengan Malaysia..merupakan negeri di Sumatera Utara yang ke3 terbesar di Indonesia..dan dari segi minat penduduknya dalam sukan pula tentu anda pernah dengar tentang PSMS Medan dan Medan Jaya..ataupun Eli Aiboy...

Shaiful
28.10.08
Apabila anda melihat wanita yang cantik menarik, dan kamu terpesona melihatnya, maka datanglah kepada isterimu, sesungguhnya segala yang ada pada wanita itu, ada pula pada isterimu.

Sesungguhnya dunia ini adalah alat perhiasan, sebaik-baik perhiasan di dunia ini adalah wanita yang solehah.

Tidak ada satu pun di dunia ini yang dapat mengangkat darjat wanita, selain daripada kesuciannya.

Wanita yang budiman adalah laksana matahari terbit pada waktu fajar bagi orang yang menunggu kedatangan siang.

Wanita yang berbahagia adalah wanita yang dapat memelihara akalnya ketika dia kehilangan hatinya
Buat semua rakan-rakan guru, pelajar-pelajar dan sesiapa saja yang mahupun soalan peperiksaan, latihan dan sebagainya untuk subjek Lukisan Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan boleh dapatkan dalam blog ini. InsyaAllah koleksi soalan-soalan ini akan sentiasa dikemas kini. Jika berminat ingin berkongsi soalan amatlah dialu-alukan..sila emel kepada wan7998@gmail.com ataupun wan7998@yahoo.com.

Download adalah dalam bentuk format RAR ataupun ZIP. Sila download perisian (jika belum ada) di [sini].

SOALAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN
Percubaan SPM
1. Percubaan TK SBP 2003]
2.
Percubaan TK SBP 2005
3. Percubaan TK SBP 2006

4. Percubaan TK SBP 2007
5. Percubaan TK SBP 2008
6. Percubaan TK KEDAH 2005
7.
Percubaan TK KEDAH 2007
8.
Percubaan TK KEDAH 2008
9. Percubaan TK JOHOR 2003
10. Percubaan TK JOHOR 2008
11. Percubaan TK N.SEMBILAN 2008
12. Percubaan TK PERAK 2007
13. Percubaan TK PERAK 2008
14. Percubaan TK PAHANG 2008
15. Percubaan TK KL 2008
16. Percubaan TK SELANGOR 2008

Gempur
17. Gempur TK (1)

Terbaru...!!!!!
18. Percubaan TK PERAK 2009
19. Percubaan TK SBP 2009
20. Percubaan TK KEDAH 2009
21. Percubaan TK N.SEMBILAN 2009
22. Percubaan TK JOHOR 2009
23. Percubaan TK PERLIS 2009

SOALAN LUKISAN KEJURUTERAAN
Percubaan SPM
1. Percubaan LK SBP 2006
2. Percubaan LK SBP 2008
Kawasan Kepala Batas..ada sebuah kedai makan yang makanannya boleh tahan sedapnya..pelbagai jenis ikan bakar, daging bakar, sup, ulam-ulaman segar...pendek kata citarasa anda terdapat di sini..mai la cuba..Lokasi: selepas pekan Kepala Batas, depan Affin Bank.


more pictures..click here

Esok 27.10.08 rakyat Malaysia yang beragama Hindu akan menyambut Hari Deepavali...cuti adalah satu peluang untuk bersama keluarga dan meneruskan kerja-kerja yang tertangguh di tempat kerja.

Saya juga ingin merakamkan ucapan Selamat Meraikan Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia yang berugama Hindu juga guru-guru di seluruh Malaysia dan rakan-rakan semasa di Universiti Kebangsaan Malaysia dahulu.

Mudah-mudahan perayaan Pesta Cahaya yang bakal diraikan pada hari Isnin ini akan dapat mengeratkan lagi ikatan muhibah sesama rakyat Malaysia, seterusnya memupuk persefahaman yang lebih harmoni.

Buat semua, diucapkan Deepavali Nal Valthukhal!

Minggu ini keluarga warden SMKAB berehat dan bersantai di Bukit Merah Lake Town Resort selama 2 hari 1 malam. Menginap di apartment dan berkunjung ke pulau Orang Utan keesokannya dan mandi-manda di Water Park sedikit sebanyak meredakan tekanan sepanjang tahun tahun bergelumang dengan kerja-kerja di sekolah...


mandi di water park..


naik boat ke pulau Orang Utan..

Kalau anda dari Butterworth...ikut highway BKE....terus saja ke Daerah Baling. Senang saja...jarak? hampir 80km..

Anda ada sebarang teka-teki? Boleh berkongsi di sini ataupun ingin menjawab teka-teki daripada saya...

1. Kutu apa yang paling orang tak suka?
2. Apa beza jantung pisang dengan jantung manusia?
Bagi penduduk luar Kedah khususnya di selatan semenanjung mahupun di seberang Sabah dan Sarawak tentu tidak pernah dan kalau pernah pun tentu tidak tahu mengenai Baling. Daerah Baling, di pedalaman negeri Kedah (sekarang dah jadi luar bandar), terdiri daripada enam mukim iaitu Mukim Tawar, Mukim Pulai , Mukim Kupang, Mukim Teloi Kanan, Mukim Bongor dan Mukim Siung. Kebanyakan penduduk daerah ini bersawah padi dan menorah getah. Tetapi 'Baling Baru' sekarang penduduknya sudah ada yang berniaga, buka bengkel, kerja kerajaan dan sebagainya. Bandar ibu daerah ini juga bernama Baling. Ada berbagai cerita tentang kemunculan nama baling, termasuk yang dikaitkan dengan Raja Bersiung, raja keempat daripada keturunan Merong Maha Wangsa. Raja Bersiung gemar memakan sayur bayam dengan kuah darah manusia. Baginda melarikan diri setelah kegemarannya yang menjijikkan itu diketahui rakyat. Ketika Raja Bersiung lari daripada kepungan menteri dan rakyatnya, baginda terpaksa berhenti beberapa kali kerana menderita sakit gigi taring atau siungnya. Apabila kesakitannya itu tidak reda-reda, baginda mengambil keputusan untuk mencabut siungnya itu. Namun siung itu masih kejap dan tidak mudah dicabut. Sudah beberapa kali baginda menjerit kesakitan ketika cuba untuk mencabutnya. Apabila siungnya itu akhirnya berjaya dicabut baginda terus membalingnya jauh-jauh, tanda marah. Tempat siung itu jatuh dinamakan ‘Baling’



Dalam cerita kedua, nama Baling dikaitkan dengan orang Siam (Thai) dan orang Burma (Nyanmar) yang datang ke daerah itu kira-kira dua ratus tahun dahulu. Mereka datang ke Baling kerana ingin memulakan penghidupan baru. Setelah merentasi pelbagai jenis rintangan mereka sampai ke Baling dan membuat keputusan untuk membuka kawasan hutan di situ. Mereka begotong-royong menebang hutan dan belukar untuk memulakan penempatan baru. Mereka bercucuk tanam, berniaga dan membawa sampan penambang untuk menyara hidup. Ada juga di kalangan mereka yang mencari kayu di hutan dengan menggunakan gajah. Sungai Ketil yang pada masa itu dalam dan luas, menjadi alat perhubungan utama penduduk tempatan. Sungai itu juga kaya dengan ikan. Sampan-sampan dari Kota Kuala Muda yang sarat dengan barang-barang dagang banyak yang berlabuh di tempat itu. Pangkalan di kawasan penempatan baru itu juga dijadikan tempat memunggah candu mentah yang dibawa dari Burma untuk dijual di Kota Kuala Muda.



Bagi penduduk yang bertani, tanaman mereka sangat berhasil. Mereka gembira melihat sayur-sayuran dan buah-buahan yang begitu menjadi. Akan tetapi. Kegembiraan mereka tidak kekal lama. Buah-buahan mereka seperti langsat, rambutan dan durian diserang oleh beribu-ribu kera yang dikatakan datang dari hutan Gunung Baling. Binatang-binatang itu bebas memakan dan memusnahkan buah-buahan mereka. Setelah habis musim buah-buahan, binatang-binatang itu balik ke hutan Gunung Baling. Oleh sebab kaum pendatang itu tidak pernah melihat kera yang begitu banyak mereka menamakan kampung mereka Ban-Lin yang bererti ‘kera’. Lama-kelamaan perkataan Ban-Lin bertukar menjadi ‘Baling’.

Nak tengok lagi gambar? Tunggu...

Zaimi, Cg Ghazali (GKTV), Cg Fadhlee (SMK Teloi Kanan....x SMKAB nie....)


isy...isy...isy....anak sapa la nie..hemsemnya...

makan jangan tak makan...

Keluarga Abang Wan (Penang)

Keluarga Abang Nasir (Alor Setar)


Puteri sulong (Ainin Sofiya) dan Puteraku Alif NAjmi
Kepada semua pelajar2 tingkatan 3 seluruh negara yang akan menduduki PMR mulai esok, 12/10/2008 semoga anda semua memperolehi kejayaan yang cemerlang hendaknya..tiada ucapan selain doa dan harapan daripada cikgu-cikgu anda semua...juga mak dan ayah...
Semoga anda berjaya...
Assalamulaikum...
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT akhirnya wujud juga blog ini. Kepada semua yang melayari blog saya, diucapkan selamat datang dan semoga anda akan mendapat sedikit sebanyak input atau info-info terkini dari saya....Tujuan utama blog ini hanyalah untuk membolehkan kawan-kawan atau sesiapa yang mengenali baik dari mana tempat sekalipun akan dapat berhubung dengan saya sentiasa...
Akhir kata...semoga benih penulisan ini akan terus bercambah dan hidup subur pada masa akan datang..Selamat maju jaya untuk semua..
nih gambar masa raya ke-6 kat umah....kawan2 datang meriahkan majlis...hehehe...selamat hari raya...amboi, sakan dok cedok nampak?


mencedok kuah soto...


berborak sambil memenuhkan ruang perut..